Pekan juara Futsal piala Pesuruhjaya Pahang PDF Cetak
Mon | Apr 10, 06 | 04:34:19 PM
Oleh BASIRON ABDUL WAHAB
KUANTAN, 10 April (Hrkh) - Pasukan Pekan 1 muncul juara Futsal merebut Piala Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man apabila menewaskan pasukan Paya Besar 2, 2-1 menerusi tendangan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 3-3 dalam perlawanan akhir di Pusat Futsal, Inderamahkota dekat sini, semalam. 
Sebelum itu, pada perlawanan separuh akhir, Pekan 1 menewaskan Kuantan 2,  2 - 0, manakala Paya Besar 2 mengatasi Inderamahkota 2 - 1 menerusi tendangan panalti untuk layak ke final. 
 
Pada saingan suku ahkhir pula, pasukan Inderamahkota 2 tewas kepada Paya Besar 2, 2 -1 (penalti), Pekan 1 mangalahkan Raub 3-0, Kuantan 2 menewaskan Rompin 2-1 penalti) manakala Inderamahkota 1 kalahkan Bentong 3-1.
 
Sebanyak 20 pasukan menyertai kejohanan sehari anjuran Lajnah Kebudayaan dan Sukan Dewan Pemuda PAS Pahang termasuklah pasukan Exco Pemuda PAS negeri dan Jabatan Pelajar Negeri.
 
Pasukan Exco Pemuda PAS negeri diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda Pahang, Ustaz Nasruddin Hassan, bagaimanapun pasukannya tersingkir pada peringkat awal setelah tewas dalam semua perlawanan. 
 
Dewan Pemuda PAS Pekan, Paya Pesar, Inderamahkota dan Kuantan masing-masing menghantar dua pasukan ke kejohanan tersebut manakala lain-lain kawasan menghantar satu pasukan.
 
Pasukan Pekan 1 yang menjuarai kejohanan tersebut menerima hadiah wang tunai, hamper dan piala pusingan,  naib nohan, Paya Besar 2 menerima wang tunai beserta hamper manakala pasukan Kuantan dan Inderamahkota 1 masing-masing menerima wang tunai dan hadiah iringan.
Hadiah-hadiah disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Nasruddin Hassan.


Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail


Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke