Ibu bapa bimbang PIBG diperalat untuk kepentingan politik                 
                                Salman Hussin      
         Sat | Feb 02, 08 | 10:43:55 am MYT                         PASIR 
GUDANG, 2 Feb (Hrkh) – Arahan Pengarah Pelajaran Negeri, Mokhy   Saidon, supaya 
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Taman   Megah Ria, dekat 
sini, menangguhkan program penjualan meja untuk majlis makan   malam, melegakan 
ibu bapa.  
-->
 Mokhy mengeluarkan arahan ini setelah mendapat aduan daripada seorang bapa   
yang terkejut dan tertekan setelah menerima sekeping surat daripada PIBG   
sekolah terbabit bertarikh 19 Januari lalu melalui anaknya, yang meminta   
beliau membeli satu meja berharga RM1,500.

 
 Penjualan meja ini adalah untuk majlis makan malam yang dijangka  akan   
diadakan pada 23 Februari depan di ‘Suasana Ballroom’ Hotel Selesa Pasir   
Gudang. Anggota Parlimen Pasir Gudang, Dato’ Seri Khaled Nordin, bersetuju   
menjadi penaung majlis ini.

 
 Bapa terbabit yang enggan identitinya didedahkan, ketika ditemui Harakah,    
memberitahu, tujuan kutipan diadakan adalah untuk mengisi tabung PIBG dan   
tabung pelajar miskin, bantuan kewangan kepada sekolah dan PIBG menjalankan   
aktiviti serta kemudahan teknologi komunikasi maklumat sekolah berkenaan.

 
 "Apa yang sangat menghairankan kami, belum pun sebulan sesi persekolahan   
bermula, ibu bapa sudah hendak dibebani lagi, kesan bayaran yuran   
persekolahan yang begitu tinggi tempoh hari pun masih lagi terasa, tiba-tiba   
kami dikejutkan pula dengan jamuan makan malam ini," katanya.

 
 "Bahkan apa yang lebih membimbangkan, majlis ini nanti dikhuatiri hanya akan   
menjadi medan untuk orang-orang politik tertentu berkempen, maklumlah bahang 
pilihan raya Umum sudah begitu terasa sekarang ini, jadi kita bimbang PIBG   
dan sekolah diperalatkan untuk kepentingan politik pemimpin tertentu, bukan   
untuk kepentingan pelajar," katanya.

  
 Katanya, kalau PIBG benar-benar ikhlas mahu mendapatkan sumber kewangan   
untuk tujuan yang mereka nyatakan tadi, minta sahajalah peruntukan dari   wakil 
rakyat berapa jumlah wang yang diperlukan, atau minta sahaja daripada   
Kementerian Pelajaran, bukankah setiap tahun mereka mendapat peruntukan   
berbilion-bilion ringgit untuk belanja mengurus, ke mana perginya wang ini, 
kenapa pula perlu membebankan ibu bapa.

 
 "Kita juga mempertikaikan kenapa PIBG hendak mengadakan jamuan makan malam   
ini di hotel yang kosnya sudah tentu tinggi, sudahlah mereka buat keputusan   
ini tanpa merujuk ibu bapa terlebih dahulu, sebaliknya ibu bapa pula perlu   
menanggung bebannya," katanya lagi. - mns   


Sampaikan berita Harakahdaily kepada orangramai. 
Tenaga dan masa sedikit anda mungkin besar impaknya 
dalam perjuangan menyampaikan kebenaran kepada rakyat Malaysia. 
Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalas.

       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Kirim email ke