Musa Hassan nafi anggotai Majlis Keselamatan Pakatan

7:28PM Apr 30 2013
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini menafikan dakwaan pakatan 
rakyat beliau menyertai parti itu, dan menganggotai Majlis Penasihat 
Keselamatan Pakatan Rakyat (MPKPR).

Musa menegaskan beliau hanya memberi nasihat keselamatan dari semasa ke semasa 
apabila diminta oleh parti itu atas kapasitinya berdasarkan pengalaman beliau 
dalam bidang keselamatan.

"Saya hanya diminta untuk beri nasihat keselamatan, jika diperlukan, dan bukan 
terlibat secara rasmi dalam majlis keselamatan mereka," katanya kepada  
/Bernama./

Semalam media melaporkan Musa menyertai MPKPR sebagai penasihat berikutan 
beberapa insiden keganasan politik sejak kebelakangan ini.

Pakatan rakyat melancar MPKPR pada 31 Mac lepas.

 /- Bernama/
PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang 
diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan 
tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko 
akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

<<"">>

Kirim email ke