KEADILAN seru rakyat mengundi, bangkit tuntut perubahan
=======================================================

(Oleh Arif Juhani)
KUALA LUMPUR 3 MEI: Pengundi digesa mengambil pendirian tegas dalam PRU 13 
dengan memikirkan masa depan yang lebih baik untuk generasi muda, supaya mereka 
dapat menikmati kehidupan lebih baik dan selesa pada masa akan datang.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menyeru para pengundi mengenepikan soal parti 
politik yang disokong dan merenung kembali suasana politik dan ekonomi yang 
tidak menyebelahi rakyat bawahan.
“Ini hakikat yang berlaku di Malaysia dan PRU 13 inilah sebuah peluang terbaik 
yang tidak patut diabaikan oleh pengundi untuk memilih sebuah kerajaan yang 
lebih telus dalam usaha membela rakyat.
“Tekanan hidup yang tinggi ketika ini mesti dipulihkan dengan membasmi amalan 
kronisme dan rasuah yang semakin membarah dan tidak diberikan perhatian oleh 
kerajaan sedia ada,”
kata Tian kepada Keadilan Daily.
“Adat resam murni di Malaysia juga dihancurkan oleh budaya politik fitnah, 
lucah dan samseng yang akhirnya membentuk sebuah masyarakat yang hilang nilai 
ketimuran yang luhur,” tambah calon yang akan mempertahan Parlimen Batu pada 
hari pengundian Ahad ini.
Kata Tian, pengundi juga perlu menginsafi bahawa sektor pendidikan, kesihatan 
dan perumahan sangat membebankan generasi muda untuk mereka meneruskan 
kehidupan yang sempurna.

<<"">>

<<"">>

Kirim email ke