Apabila Membuat Pilihan Dipersoalkan

Ada yang sebuah syarikat ICT yang kononnya mempunyai satu lagi
standard bagi satu perkara adalah satu pilihan kepada pengguna.
Sedangkan pengguna, mana-mana pengguna juga faham, standard, mempunyai
standard bermaksud kita telah membuat pilihan, membuat satu pilihan
daripada pelbagai pilihan yang terbaik untuk pengguna.

Wakil mereka di Malaysia dalam satu muka surat sebuah akhbar
menyatakan, kejayaan mereka mendapatkan iktiraf standard bagi satu
format adalah satu pilihan kepada pengguna. Teruskan membaca, apabila
membuat pilihan bukan kehendak mereka, adalah bukan pilihan mereka.

Lalu sebuah agensi dalam kerajaan Malaysia telah membuat pilihan.
Membuat pilihan bukan dalam kehendak syarikat ICT tersebut. Pilihan
setelah panjang membuat penilaian. Pilihan atas dasar untuk memberi
sokongan dan pilihan kepada agensi-agensi lain. Pilihan yang dibuat
atas kehendak sendiri tanpa tekanan mana-mana pihak. Pilihan yang
dipesetujui diperingkat pengurusan tertinggi hinggalah ke peringkat
bawahan.

Sekarang timbul isu, syarikat ICT itu tidak senang dengan pilihan yang
dibuat oleh agensi itu. Mereka merasakan agensi ini mahu menentukan
dasar yang keras terhadap pilihan yang telah dibuat. Oh ya betul,
mereka tidak senang dengan pilihan yang dibuat oleh sebuah agensi
kerajaan Malaysia dan mula menjalankan kerja-kerja melobi untuk
memaksa agensi ini, menurunkan maksud polisi penggunaan standard yang
telah dibuat oleh agensi ini.

Polisi yang telah disusun, dibincang dengan panjang lebar dan
diluluskan dalam pengurusan tertinggi agensi ini mahu diubah oleh
syarikat ICT tersebut kerana ia tidak menepati pilihan yang kehendak
mereka. Bahawa diingatkan polisi ini adalah khusus hanya untuk agensi
ini supaya memudahkan pelaksanaan atas satu standard. Itu maksud
tujuan standard, memudahkan pelaksanaan kepada satu pilihan.

Yang buat saya marah, adalah teknik yang saya panggil, kilas tangan
dengan kasar memaksa agensi ini tukarkan polisi agensi ini. Ya
memaksa, walau apa pun cara yang digunakan, bagi saya ia masih panggil
ia memaksa, agensi ini tukarkan polisi dari segi pelaksanaan.

Bagi saya, campur tangan dalam urusan sebuah agensi kerajaan Malaysia
terutama melibatkan polisi, dan nyata sekali polisi ini adalah untuk
penggunaan agensi tersebut oleh sebuah syarikat luar negara merupa
satu campur tangan asing... Sebuah bentuk penjajahan ...

Siapa mereka untuk tentukan dasar dan pentadbiran sebuah negara. Saya
sebagai rakyat Malaysia cukup marah dengan campur tangan sebegini.
Perkara ini telah lama diperhatikan sejak daripada melobi penerimaan
standard yang kononnya adalah satu pilihan.

Saya tidak akan duduk diam dengan bentuk penjajahan cara baru ini.
Satu tidak akan berhenti menulis dan berkempen untuk mendedahkan apa
jua yang dilakukan oleh syarikat ICT ini untuk terus memaksa
penggunaan produk mereka.

Banyak sudah duit rakyat, duit rakyat mengalir keluar daripada
Malaysia, hanya untuk pembayaran lesen. Pembayaran hanya atas kertas,
tiada hasil kepada kita rakyat Malaysia, hanya menjadikan syarikat
luar negara atau individu luar negara lagi kaya.

Sedangkan duit yang berjuta-juta itu boleh dialirkan kepada industri
ICT negara kita dalam bentuk pelaksanaan sistem sokongan, penyelidikan
dan pelaksanaan kepada aplikasi sumber terbuka atau Open Source Software.

Mengapa perlu kayakan orang lain sedangkan rakyat ini yang membayar
cukai tersebut perlu lihat sahaja duit itu keluarkan. Sedang sudah ada
pilihan, pilihan yang setelah dikaji, boleh mendatangkan faedah yang
banyak kepada rakyat Malaysia.

Polisi dan dasar sudah ada. Mengapa tidak sokong? Soalan yang tanya
kepada ahli-ahli politik negara kita ...

Apa yang saya tulis ini adalah pendapat peribadi, akan tetapi saya
mahu ia dipandang serius oleh banyak pihak. Lama mana kita mahu
dijajah ... ???

Harisfazillah Jamel
1 Jun 2008

http://blog.harisfazillah.info/2008/06/apabila-membuat-pilihan-dipersoalkan.html

http://blog.harisfazillah.info/

Sertai Senarai email Harisfazillah Jamel
http://groups.yahoo.com/group/haris/join

Kirim email ke