Menulis Untuk Jadi Kaya 2

Di Internet

http://cybermoney2u.blogspot.com/

http://cybermoney2u.blogspot.com/2008/07/menulis-untuk-jadi-kaya-2.html

Bukan mudah untuk menulis. Tidak semudah yang disangka. Perkara utama
untuk menjadi penulis adalah semangat dan motivasi. Untuk menulis anda
perlu ada motivasi untuk meneruskan dorongan untuk terus menulis. Bagi
saya motivasi untuk menjadi kaya bukan satu yang kuat untuk terus
menulis. Kita perlukan satu motivasi yang datang dari rasa ikhlas.
Satu sebab utama mengapa saya menulis adalah kerana mahu berkongsi ilmu.

Motivasi Kenapa Menulis

Saya mahu berkongsi ilmu dengan menulis dan apa yang ditulis akan
dibaca dan diamalkan oleh ramai orang. Dengan kongsikan ilmu, harapan
saya, ramai lagi yang akan menulis dan menjadi kaya. Dengan mengetahui
ramai yang menjadi kaya kerana penulisan saya merupakan satu kepuasan
yang tiada gantinya.

Memang susah untuk mula menulis. COntohnya saya yang biasa menulis pun
menghadapi masalah untuk menulis. Idea dan apa yang hendak ditaip
sudah bermain dan sudah disusun dalam kepala, namun apabila hendak
ditaip, jari-jari ini susah untuk menaipnya. Namun apabila teringat
motivasi mengapa saya menulis, paksakan diri untuk bangun pukul empat
pagi untuk menaip tulisan saya.

Idea Untuk Menulis

Idea untuk menulis bukan senang pada awalnya. Sebenarnya sekeliling
kita boleh dijadikan idea untuk menulis. Pengalaman kita sendiri boleh
dijadikan bahan penulisan. Hobi kita boleh dijadi bahan untuk menulis.
Apa yang kita baca dan apa yang kita lihat boleh dijadikan bahan
penulisan.

Jangan bayangkan anda perlu menulis panjang. Anda yang hanya tetapkan
diri anda untuk menulis sekurangnya lima puluh patah perkataan atau
lima baris satu dan perenggan sudah cukup. Setiap hari, anda tulis dan
terus letakan dalam blog anda di Internet. Lama-kelamaan, cebisan
catatan anda akan menjadi satu penulisan yang panjang.

Jangan risaukan tentang tatabahasa atau nahu atau perkataan yang
digunakan. Anda boleh betulkan bila berkesempatan atau penulisan anda
boleh bersahaja dan santai. Yang penting penyampaian apa yang hendak
anda sampaikan.

Artikel Sebelum ini

Jika anda mahu kaya menulislah
http://cybermoney2u.blogspot.com/2008/07/jika-anda-mahu-kaya-menulislah.html

Aplikasi Percuma dan Sumber Terbuka untuk Vista
http://www.harisfazillah.info/sumberterbukauntukmicrosoftvista

Virtualization Gabungkan Pelbagai Sistem Operasi
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/06/virtualization-gabungkan-pelbagai-os.html

Nama Domain Perlu Dimiliki Oleh Semua Orang
http://www.tipswanita.com/Computers/Nama_Domain_Perlu_Dimiliki_Oleh_Semua_Orang/

Netika Dunia Internet
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/03/netika-dunia-internet.html

Ikuti catatan saya di

http://cybermoney2u.blogspot.com/

dan juga bagi perkara komputer dan Internet Malaysia di

http://cikgucyber.blogspot.com/

Wassalam.

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia hafnie hafija

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di
http://groups.yahoo.com/group/haris/

22 Julai 2008

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...
http://blog.harisfazillah.info/

This work is licensed under the Creative Commons
Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a
copy of this license, visit
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter
to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco,
California, 94105, USA.

--- Iklan ---

Iklankan perkhidmatan dan barangan anda di PutraOnline.com
http://directory.putraonline.com/

Tipswanita.com Portal Rujukan Wanita Malaysia
http://www.tipswanita.com/

Kirim email ke