Aplikasi Dengan Lesen Sumber Terbuka Untuk Semua

Di Internet
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/08/aplikasi-dengan-lesen-sumber-terbuka.html

http://cikgucyber.blogspot.com/

Sudah sampai masanya pengguna komputer dan Internet Malaysia,
diberikan pilihan yang sebenarnya dalam pembelian aplikasi (perisian)
untuk komputer yang dibeli.

Tahukah anda, sebagai pengguna komputer dan Internet, anda mempunyai
pilihan yang jelas dalam pembelian aplikasi. Aplikasi Sumber Terbuka
atau Open Source Software (OSS) membuka anda kepada pilihan yang
pelbagai dengan perlesenan yang terbuka dan percuma.

Baca tentang Open Source Software (OSS) di
http://www.opensource.org/

Ya percuma. Aplikasi Dengan Lesen Sumber Terbuka bukan setakat dengan
lesen percuma untuk dimiliki, malah dengan konsep pengkongsian
pembangunan sesama pembangun aplikasi diseluruh dunia. Ia menjadikan
aplikasi dengan lesen sumber terbuka, semakin matang dan berkembang
menjadi saingan yang kuat kepada aplikasi perlu bayar perlesenannya.

Kita buat perbandingan :-

Kita bayar lesen untuk aplikasi, akan tetapi kita perlu belajar
sendiri bagaimana untuk mengendalikannya. Jika perlu belajar dengan
orang lain, kita mungkin perlu membayarnya.

Dengan Aplikasi Dengan Lesen Sumbter Terbuka, kita boleh muat turun
mana-mana aplikasi yang bersesuaian dan menggunakannya tanpa perlu
membayar harga lesen. Mendapatkan bantuan masalah masih juga sama
seperti aplikasi yang perlu bayar. Perlu belajar sendiri atau
mendapatkan orang lain untuk membantu.

Bagaimana pula dengan aplikasi Freeware? Sama seperti Aplikasi Dengan
Lesen Sumber Terbuka, Freeware boleh dimuat turun dan digunakan. Kita
masih perlu belajar sendiri bagaimana menggunakannya.

Yang membezakan antara Aplikasi Dengan Lesen Sumber Terbuka adalah,
aplikasi Freeware tidak kongsikan kod sumber pembinaannya kepada orang
ramai. Ini menyebabkan apa-apa berlaku kepada aplikasi Freeware
seperti tiada lagi versi baru, kita terpaksa dapatkan aplikasi lain.
Berlainan pula dengan aplikasi Dengan Lesen Sumber Terbuka.

Kod sumbernya boleh dimuat turun, sememang itu syarat bagi lesen
sumber terbuka, kita yang muat turun aplikasi dengan lesen sumber
terbuka juga boleh muat turun kod sumber. Mungkin bagi kita pengguna
biasa tiada gunanya, namun dengan pengkongsian begini, pembina
aplikasi lain boleh mengambil alih dan meneruskan projek yang tergendala.

Dengan lesen percuma dan jaminan penerusan aplikasi, maka sudah sampai
masa pengguna komputer dan Internet Malaysia untuk tukarkan apa yang
dipasang dalam komputer kita dengan pilihan yang lebih menarik dan
menjaminkan.

Kerajaan Malaysia sendiri menjadikan Aplikasi Sumber Terbuka sebagai
pilihan dengan mewujudkan Pelan Besar Sumber Terbuka Untuk Sektor Awam
atau Malaysian Public Sector OSS Master Plan pada 16 Julai 2004. MAMPU
telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan pelan ini mencapai maksud.
Maklumat lanjut tentang MAMPU Public Sector Master Plan boleh dirujuk di

http://opensource.mampu.gov.my/

dan di laman Malaysian Public Sector Open Source Competency Centre (OSCC)

http://www.oscc.org.my/

Bagi anda penguna Windows sila rujuk laman ini untuk pelbagai aplikasi
yang telah dipilih yang dijangkakan sesuai untuk digunakan.

http://linuxwanita.blogspot.com/

Bagi agensi-agensi kerajaan Malaysia sila lawat laman Knowledge Bank
OSCC MAMPU yang memberikan pelbagai maklumat tentang Aplikasi Dengan
Lesen Sumber Terbuka disamping mendapatkan sokongan, rujukan dan
latihan secara percuma diberikan oleh OSCC MAMPU.

http://knowledge.oscc.org.my/

Bagi permulaan, agensi-agensi kerajaan Malaysia boleh menurut langkah
MAMPU menukarkan penggunaan Microsoft office kepada Open Office.org.
Langkah yang telah menjimatkan MAMPU dalam kos perlesenan dan ia
dikongsikan bersama di

http://openoffice.oscc.org.my/

Slide Migrasi Open Office.org oleh MAMPU boleh lihat disini.

http://www.slideshare.net/linuxmalaysia/oscc-openoffice-migration-mampu-malaysia-experience

Senarai pelbagai projek Aplikasi Dengan Lesen Sumber Terbuka boleh
diihat di laman pembangunan OSS terbesar di Internet

http://www.sourceforge.net/

Antara yang menarik untuk dicuba

Gimp menggantikan Adobe Photoshop
http://www.gimp.org/

OpenOffice.Org mengganti Microsoft Office
http://www.openoffice.org/

Bagi menggantikan terus Windows XP anda, Linux Ubuntu adalah antara
distribusi Linux yang perlu dicuba dan digunakan.

http://www.ubuntu.com/

Artikel sebelum ini

Intranet Untuk Sekolah Dengan Linux Dan Sumber Terbuka
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/07/intranet-sekolah-dengan-linux-dan.html

Virtualization Gabungkan Pelbagai Sistem Operasi
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/06/virtualization-gabungkan-pelbagai-os.html

Nama Domain Perlu Dimiliki Oleh Semua Orang
http://www.tipswanita.com/Computers/Nama_Domain_Perlu_Dimiliki_Oleh_Semua_Orang/

Netika Dunia Internet
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/03/netika-dunia-internet.html

Aplikasi Percuma dan Sumber Terbuka untuk Vista
http://www.harisfazillah.info/sumberterbukauntukmicrosoftvista

Laman penulis http://blog.harisfazillah.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://groups.yahoo.com/group/haris/

Pelbagai artikel, nota komputer dan Internet untuk Malaysia di

http://cikgucyber.blogspot.com/

Wassalam.

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia hafnie hafija

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...

4 ogos 2008

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...
http://blog.harisfazillah.info/

This work is licensed under the Creative Commons
Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a
copy of this license, visit
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter
to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco,
California, 94105, USA.

--- Iklan ---

Iklankan perkhidmatan dan barangan anda di PutraOnline.com
http://directory.putraonline.com/

Making Money Online For Malaysian
http://cybermoney2u.blogspot.com/

untuk Archive
http://www.tipswanita.com/Computers/Aplikasi_Dengan_Lesen_Sumber_Terbuka_Untuk_Semua/


Kirim email ke