Email Sendiri Untuk Anda

Di Internet
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/08/email-sendiri-untuk-anda.html

http://cikgucyber.blogspot.com/

Satu perkara penting bagi anda yang melayari Internet adalah memiliki
alamat email. Email adalah kemudahan komunikasi yang penting bagi
banyak perkara pada masa ini. Dengan email, komunikasi dan
pengkongsian maklumat dapat dilakukan dengan mudah dan cepat walaupun
dimana jua anda berada melalui Internet.

Terdapat pelbagai kemudahan email percuma di Internet. Antaranya
adalah Gmail.com http://www.gmail.com/ dan Yahoo.com http://www.yahoo.com/

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan email percuma hanya perlu
lawat laman tersebut dan daftarkan diri anda. Anda hanya perlu memilih
nama pengguna yang unik yang turut digunakan sebagai alamat email
apabila anda menghantar email.

Apabila selesai mendaftar. Untuk tujuan penghantaran email, anda perlu
tahu alamat email rakan-rakan anda dan menghantar email kepada mereka
adalah mudah. Tekan compose, letakkan alamat email rakan dalam To: dan
taipkan apa yang anda inginkan sampaikan dalam ruang Body: sekira ada
apa-apa fail yang hendak dihantar sekalikan melalui fungsi Attachment

Email SPAM, junk email atau email sampah merupakan satu perkara yang
perlu dihadapi oleh pengguna email. Langkah-langkah berjaga-jaga perlu
dilakukan bagi memastikan masalah email sampah tidak serius dihadapi,
Email sampah sukar untuk diatasi melainkan pengguna Internet semua
memberikan kerja sama.

Apabila menerima email sampah dalam Inbox email anda jangan sesekali
membacanya. Anda boleh mengenalinya melalui tajuk yang tidak sesuai
dan alamat email yang pelik. Pengalaman menggunakan email akan
mengajar anda mengenali email sampah.

Membaca email sampah membolehkan penghantar email sampah mengetahui
bahawa email yang dihantar adalah kepada pengguna sebenar dan menambah
lagi email spam yang hendak dihantar. Cara penghantar email sampah
mengetahui adalah melalui imej kecil yang diletakkan dalam email yang
menggunakan format HTML.

Adalah dicadangkan mempunyai dua alamat email. Satu alamat email
adalah bagi tujuan pendaftaran dengan mana-mana laman atau untuk
komunikasi umum dengan rakan-rakan. Satu lagi alamat email adalah
khusus untuk komunikasi dengan individu yang penting bagi anda.

Tujuan pengasingan turut membantu dalam mengurangkan kesan email SPAM
atau email sampah daripada masuk ke alamat email penting. Pendaftaran
dimana-mana laman web selalu mendedahkan alamat email kepada email
SPAM. Adalah perlu untuk memastikan email SPAM atau email sampah ini
daripada masuk ke alamat email penting.

Bagi yang telah membeli nama domain. Satu lagi kemudahan yang
disediakan oleh Google.com dapat memberikan anda kemudahan email bagi
domain anda sendiri. Ini dapat dilakukan dengan kemudahan percuma yang
disediakan oleh Google.com. Maklumat lanjut sila lawat

http://www.google.com/hosted

Anda digalakan mendapatkan domain anda sendiri.

Beli dengan Godaddy.com
http://cybermoney2u.blogspot.com/2008/06/godaddycom-affiliate-program.html

Nama Domain Perlu dimiliki oleh semua orang
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/06/nama-domain-perlu-dimiliki-oleh-semua.html

Penghantaran email adalah terdedah. Email boleh dibaca sama ada
sewaktu dalam simpanan didalam server atau sewaktu penghantaran. Satu
cara perlu dikenal pasti bagi memastikan penghantaran email adalah
selamat daripada diintip. Disamping itu juga satu cara lagi kenal
pasti penghantar perlu dibuat bagi memastikan email yang dihantar
adalah daripada pihak penghantar yang sebenarnya.

GNUpg dan OpenSSL adalah dua kemudahan yang popular dan terbuka dalam
menjanakan email yang tidak dapat diintip melalui cara encryption atau
rawakan atau melalui identiti digital unik bagi setiap pengguna email.

Bagi mendapatkan sijil elektronik (digital cert) percuma bagi
penggunaan dengan SSL

http://www.cacert.org/

Ikuti artikel lanjut mengenai melindungi penghantaran email yang
selamat di

http://cikgucyber.blogspot.com/

Artikel sebelum ini

The Value Of PC With Genuine Windows
http://linuxwanita.blogspot.com/2008/08/value-of-pc-with-genuine-windows.html

Virtualization Gabungkan Pelbagai Sistem Operasi dalam satu komputer
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/06/virtualization-gabungkan-pelbagai-os.html

Nama Domain Perlu Dimiliki Oleh Semua Orang
http://www.tipswanita.com/Computers/Nama_Domain_Perlu_Dimiliki_Oleh_Semua_Orang/

Netika Dunia Internet
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/03/netika-dunia-internet.html

Laman penulis http://blog.harisfazillah.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://groups.yahoo.com/group/haris/

Pelbagai artikel, nota komputer dan Internet untuk Malaysia di

http://cikgucyber.blogspot.com/

Wassalam.

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia hafnie hafija

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...

7 Ogos 2008

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...
http://blog.harisfazillah.info/

This work is licensed under the Creative Commons
Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a
copy of this license, visit
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter
to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco,
California, 94105, USA.

--- Iklan ---

Iklankan perkhidmatan dan barangan anda di PutraOnline.com
http://directory.putraonline.com/

Making Money Online For Malaysian
http://cybermoney2u.blogspot.com/


Kirim email ke