Perkhidmatan Email Yang Baik dan Selamat Bahagian Satu

http://cikgucyber.blogspot.com/2009/01/perkhidmatan-email-yang-baik-dan.html

Email kini menjadi alamat komunikasi penting bagi organisasi sama ada
kerajaan dan pihak swasta. Kepentingan email memerlukan email perlu
sampai dengan cepat dan tidak berlaku kehilangan email.

Sistem email pada awal pembangunannya tidak dibina bagi tujuan
komunikasi seperti apa yang digunakan sekarang. Ia dibina bagi
penyampaian mesej dalam bentuk tulisan dan dalam saiz yang kecil.
Perkembangan Internet membuatkan keperluan email lebih daripada apa
tujuan sebenar ia dibangunkan. Ini menyebabkan sistem email mencecah
had kapasiti dan kemampuannya.

"Email adalah bertujuan untuk komunikasi ringkas dan mudah". Itulah
asal ianya dibina.

Keperluan email hari ini bukan sahaja bagi tujuan penghantaran dalam
bentuk tulisan text malah fail-fail dokumen dan grafik yang saiz
semakin besar turut dihantar. Ia sebenarnya telah memberi tekanan
kepada rangkaian sistem email secara keseluruhan.

Dengan kapasiti cakera keras membuat ruang penggunaan email boleh
dibesarkan dan semakin ramai yang menggunakan email bukan sekadar
untuk menghantar email, malah ia menjadi ruang simpanan fail-fail dan
melangkau sifat email itu sendiri.


(A) Dalam memastikan komunikasi email berjalan dengan baik, kefahaman
teknologi email ada hadnya perlu difahami dan disampaikan kepada
pengguna email. Antaranya :-

*** Saiz Yang Terhad ***

(A.1) Saiz penghantaran perlulah terhad. Miskipun dengan penambahan
kelajuan rangkaian Internet sedia ada dan pentambahan ruang cakera
keras, saiz yang boleh dihantar masih perlu dihadkan. Semakin ramai
dihantar kepada (To: atau CC: atau Bcc:) dalam email, semakin banyak
ruang cakera keras dan jalur lebar Internet diperlukan bagi penghantaran.

Sebagai contoh email dengan fail sebesar 10MB kepada 10 pengguna
adalah bersamaan 100MB ruang cakera keras dan 100MB jumlah jalur lebar
adalah diperlukan untuk penghantaran.

Projek Dbmail http://www.dbmail.org/ dengan versi pembangunan 2.3
sedang membangunkan fungsi agar data yang sama untuk lebih seorang
pengguna disimpan hanya setempat. Versi stabil Dbmail 2.4 jangkaan
akan dikeluarkan pada penggal ke dua 2009.

Satu lagi cara untuk mengatasi masalah penghantaran email dengan fail
saiz besar adalah dengan mewujudkan laman web muat turun fail. Dengan
laman web ini pengguna hanya perlu menghantar sambungan laman (link)
kepada fail yang mahu dikongsikan dalam email.

Perisian Email melalui Web, Horde Groupware Email Edition
http://www.horde.org/ mempunyai ciri-ciri tersebut. Ciri ini dipanggil
"Inline Attachement".

Portal atau Content Management Software seperti Jomlaa, Drupal dan
pelbagai lagi boleh dibentuk untuk tujuan penyimpanan fail dan
sambungan laman boleh diemail.

Pasukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) OSCC MAMPU sejak tahun 2007
telah menjadikan DBmail dan Horde IMP sebagai asas kepada pakej sistem
email MyWorkSpace.

http://myworkspace.oscc.org.my/

Pengalaman projek ini turut dikongsikan di Internet melalui
Songketmail.org http://www.songketmail.org/

Turut didapati urusan-urusan mengadakan mesyuarat di agensi-agensi
kerajaan melibatkan penghantaran email-email yang mengandungi
fail-fail sokongan. Perkara ini membebankan sistem email dan turut
menambah beban pihak urus setia dalam pengurusan dan penyimpanan
fail-fail.

Dicadangkan agar agensi-agensi kerajaan Malaysia menggunakan MyMeeting
perisian pengurusan minit mesyuarat hasil MAMPU di laman web

http://mymeeting.oscc.org.my/

Minit-minit meeting dan dokumen boleh dibaca, dikemas kini dan dimuat
turun melalui laman web.

*** Penghantaran Email Tidak Masa Benar ***

(A.2) Email tidak dibina untuk penghantaran pada masa benar atau
dengan segera. Email dihantar bukan sahaja bergantung kepada sistem
email penghantar malah ia juga bergantung kepada keadaan sistem email
di pihak penerima. Sekiranya sistem email penerima dalam keadaan sibuk
dan gagal membuat penerimaan maka email penghantar akan disimpan dalam
"queue" dalam sistem email penghantar. Cubaan akan dibuat dalam
turutan minit, kemudian jam dan kemudian hari sehingga maksimun 4 hari
bergantung kepada konfigurasi sistem email masing-masing.

*** Kandungan Email Boleh Dibaca ***

(A.3) Email dihantar dalam bentuk Text. Fail yang dihantar bersama
email akan ditukar dan dihantar dalam kod MIME, masih lagi boleh
dibaca dan difahami. Ini bermaksud email boleh dibaca atau
kandungannya boleh dilihat sepanjang perjalanan dan simpanan email.
Pengguna harus diajar untuk membuat proses rawakan (encryption) bagi
melindungi isi kandungan email daripada diketahui.

GnuPG dan Mozilla Thunderbird Enigma boleh digunakan.

GnuPG
http://www.gnupg.org/

Enigmail For Mozilla Thunderbird
http://www.mozilla-enigmail.org/

*** Sambungan Bahagian Dua sila rujuk http://groups.yahoo.com/group/haris/


Artikel sebelum ini

Virtualization Gabungkan Pelbagai Sistem Operasi dalam satu komputer
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/06/virtualization-gabungkan-pelbagai-os.html

Nama Domain Perlu Dimiliki Oleh Semua Orang
http://www.tipswanita.com/Computers/Nama_Domain_Perlu_Dimiliki_Oleh_Semua_Orang/

Netika Dunia Internet
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/03/netika-dunia-internet.html

Kempen Hijau Tipswanita
http://blog.perempuanmelayu.info/2008/12/kempen-hijau-tipswanita.html

Laman penulis http://blog.harisfazillah.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://groups.yahoo.com/group/haris/

Pelbagai artikel, nota komputer dan Internet untuk Malaysia di

http://cikgucyber.blogspot.com/

Wassalam.

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia hafnie hafija

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...

6 Januari 2009

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...
http://blog.harisfazillah.info/

This work is licensed under the Creative Commons
Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a
copy of this license, visit
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter
to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco,
California, 94105, USA.

--- Iklan ---

Jadilah Hero Dengan Menderma Darah
http://untuklelaki.noorjannah.com/2009/01/jadilah-hero-dengan-menderma-darah.html

Menulis Untuk Jadi Kaya
http://cybermoney2u.blogspot.com/



Kirim email ke