Intranet Sekolah Dengan Linux Dan Sumber Terbuka

Di Internet
http://cikgucyber.blogspot.com/2009/01/intranet-sekolah-dengan-linux-dan.html

Berikut adalah cadangan untuk cikgu-cikgu sekolah untuk menambah lagi
penggunaan komputer pelayan sekolah di makmal sekolah. Cadangan ini
melibatkan penggunaan Linux sebagai sistem operasi utama dan pelbagai
aplikasi dalam sumber terbuka (Open Source). Dengan Linux dan pelbagai
lagi aplikasi sumber terbuka sistem Intranet sekolah dapat dibangunkan.

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad
email dengan email kepada haris-subscr...@yahoogroups.com atau lawat laman


http://groups.yahoo.com/group/haris/


(1) DHCP - Dynamic Host Configuration Protocol (DHCP) memudahkan
komputer mempunyai sambungan rangkaian (network). Komputer pelayan
sepatutnya menjadi komputer utama DHCP bagi memberikan IP secara
automatik. Walaupun Router ADSL boleh melakukannya namun ia bukan
dibina untuk mengendali komputer yang banyak.

Dengan komputer pelayan Linux sebagai pelayan DHCP, cadangan-cadangan
yang lain dapat dilaksanakan. Konfigurasi baru dengan mudah dapat
disampaikan kepada komputer pelanggan.

Terdapat juga cadangan untuk mengekal pengunaan IP yang tetap sama
pada setiap komputer yang mendapatkan IP melalui DHCP. Ia dapat
dilakukan dengan memasukkan alamat perkakas (hardware address) setiap
komputer dalam konfigurasi DHCP. Dengan ini setiap komputer mempunyai
IP yang kekal namun kawalan konfigurasi yang lain masih dipusatkan.

(2) DNS - Domain Name Service (DNS) adalah cara untuk kaitkan IP
server dengan nama komputer yang mudah diingat oleh manusia.
Menjadikan komputer pelayan sebagai "cache" DNS mampu mengurangkan
beban komputer DNS utama di Internet. Disamping sebagai DNS "backup"
jika DNS utama tidak dapat dihubungi.

Sila pastikan capaian DNS lain seperti TMnet, Jaring dan Opendns.com
tidak dihalang. Dengan cara ini jika masalah timbul kepada komputer
pusat cache DNS setiap sekolah ini mampu bertanya kepada DNS
"upstream" sama ada Tmnet atau Jaring.

Sekolah boleh mewujudkan nama domain untuk kegunaan dalaman yang biasa
hujungnya .lan (dot lan) dengan DNS server dalaman. Sebagai contoh
Sekolah Alam Shah dengan domain dalaman sas.lan akan membolehkan
capaian dalaman untuk Intranet server seperti web sekolah, email dalam
sekolah dan pelbagai lagi. 

Jabatan Pendidikan Negeri boleh mewujudkan Intranet sekolah-sekolah
dalam negeri masing-masing dengan membuat DNS berpusat bagi negeri.

(3) Apache - Sebagai pelayan web (web server) banyak perkara boleh
dilakukan untuk penyampaian dan interaksi dan juga perkongsian
maklumat. Dengan penggunaan perisian berasaskan PHP pelbagai lagi cara
pengajaran dan pengkongsian ilmu pengetahuan dapat dilakukan.

Kemudahan yang Apache berikan terlalu banyak dan ia akan dibincangkan
kemudian. Sebagai contoh sekolah boleh memasang Moodle bagi penggunaan
dalaman melalui Intranet sekolah. Malah laman web boleh dibangunkan
dengan menggunakan perisian berasaskan bahasa aturcara PHP seperti
"Cms Made Simple", Joomla dan pelbagai lagi.

(4) SAMBA - Ia boleh dikonfigurasi sebagai Primary Domain Controller
(PDC) dan WINS Server. Apabila setiap Windows XP berada dalam domain
mempunyai PDC ia dapat mengurangkan trafik broadcast.

Pengkongsian dan penyimpanan fail di komputer pelayan dapat dilakukan
oleh Windows XP.


(5) Squid - Ini merupakan perisian web proxy sama ada untuk menjadi
tempat cache berpusat atau sebagai penapis kepada tapak-tapak laman
lucah dan tidak dingini. Gabungan dengan Dansguardian lagi
meningkatkan proses penapisan ini.

(6) Router dan Firewall juga mampu dilakukan oleh Linux. Namun ia
memerlukan konfigurasi yang berlainan daripada penggunaan IP School-net.

Cadangan-cadangan lain.

Jika dapat disediakan komputer DNS utama berpusat untuk menjadikan
semua sekolah mempunyai nama domain maka semua sekolah dapat
mempamerkan tapak laman masing-masing.

Perkhidmatan email dalaman antara sekolah-sekolah boleh diadakan jika
mempunyai DNS berpusat dan setiap sekolah mempunyai nama domain
sendiri. Linux dengan MTA seperti Postfix, Spamassassin, Amavis-new
dan Clamav mampu menjadikan komputer pelayan email yang sedia menapis
SPAM dan virus dan trojan. Dengan penggunaan Horde IMP sebagai email
berasaskan web maka pelbagai kemungkinan dapat dilakukan.

Panduan pemasangan akan disediakan kemudian dan pada masa ini untuk
Distribusi terkini. Untuk distribusi Red Hat 9 dan Suse yang mungkin
sudah tersedia terpasang di sekolah, oleh kerana ia sudah jauh
ketinggalan maka dicadangkan perubahan dilakukan dengan pemasangan
distribusi lebih terkini. Antara yang dicadangkan adalah.

(1) OpenSuse http://www.opensuse.org/ - Distribusi berasaskan
distribusi Suse yang kini digunakan di sekolah (Suse Linux Enterprise 9).

(2) Centos http://www.centos.org/ - Distribusi yang berasaskan Red Hat
Enterprise terkini. Sesuai untuk menggantikan Red Hat 9 kerana Centos
masih mengekalkan fungsi dan ciri-ciri Red Hat.

(3) Ubuntu Linux http://www.ubuntu.com/ - Distribusi yang berasaskan
Debian Linux. Sesuai untuk menggantikan komputer yang dijalankan
dengan Windows 98 dan Windows XP. Lawat laman Ubuntu Linux untuk muat
turun atau penghantaran CD secara percuma.

Rakan-rakan di Linuxdotmy dan saya akan cuba menyediakan panduan yang
mudah untuk cikgu-cikgu ikuti. Cadangan dan pandangan sila rujuk di 

http://linuxdotmy.multiply.com/

http://blog.linuxdotmy.com/

http://linuxmalaysia.harisfazillah.info/

Untuk masalah-masalah yang mahu diselesaikan sendiri sila gunakan
forum-forum berikut

http://knowledge.oscc.org.my/support

http://www.ittutor.net/

Sebagai kakitangan kerajaan, cikgu-cikgu boleh mendapatkan bantuan
melalui OSCC MAMPU.

http://www.oscc.org.my/

Lagi senarai kumpulan OSS Malaysia boleh dilihat disini

http://mosca.songketmail.org/2008/12/senarai-kumpulan-oss-malaysia.html

Slide Pengenalan Kepada Rangkaian Setempat (LAN)
http://blog.linuxdotmy.com/2008/11/pengenalan-kepada-rangkaian-setempatlan.html

Artikel sebelum ini :-

Perkhidmatan Email Yang Baik dan Selamat Bahagian Satu
http://cikgucyber.blogspot.com/2009/01/perkhidmatan-email-yang-baik-dan.html

Virtualization Gabungkan Pelbagai Sistem Operasi dalam satu komputer
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/06/virtualization-gabungkan-pelbagai-os.html

Netika Dunia Internet
http://cikgucyber.blogspot.com/2008/03/netika-dunia-internet.html

Kempen Hijau Tipswanita

http://blog.perempuanmelayu.info/2008/12/kempen-hijau-tipswanita.html

Laman penulis http://blog.harisfazillah.info/



Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di


http://groups.yahoo.com/group/haris/


Pelbagai artikel, nota komputer dan Internet untuk Malaysia di


http://cikgucyber.blogspot.com/


Wassalam.

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia hafnie hafija


Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...

18 Januari 2009

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...
http://blog.harisfazillah.info/


This work is licensed under the Creative Commons
Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a
copy of this license, visit
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter
to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco,
California, 94105, USA.


--- Iklan ---

Jadilah Hero Dengan Menderma Darah
http://untuklelaki.noorjannah.com/2009/01/jadilah-hero-dengan-menderma-darah.html

Menulis Untuk Jadi Kaya
http://cybermoney2u.blogspot.com/

Kirim email ke