Persidangan Sumber Terbuka MSC Malaysia 2009

MSC Malaysia Open Source Conference 2009 (MSC Malaysia OSCONF 2009) adalah 
persidangan perisian sumber terbuka atau open source software (OSS) yang 
julung-julung kali diadakan di Malaysia.

MSC Malaysia OSCONF 2009 yang bertempat di Berjaya Times Square Hotel And 
Convention Center, Kuala Lumpur, Tkt 14, Berjaya Time Square, Kuala Lumpur, 
Malaysia.

http://www.mscmalaysia.my/osconf

Persidangan 3 hari ini (1 Jun hingga 3 Jun 2009), dianjurkan oleh MSC Malaysia 
dan disokong oleh MAMPU dan MOSTI.  MSC Malaysia OSCONF 2009. Persidangan ini 
turut disokong dan ditaja oleh syarikat-syarikat ICT yang terkemuka seperti 
MDeC, RedHat, Microsoft, Google, Novell, SUN, TMnet, AsiaeUniversity dan 
lain-lain.

MSC Malaysia OSCONF 2009 turut mendapat sokongan komuniti OSS Malaysia. MSC 
Malaysia OSCONF 2009, mengumpulkan ramai penceramah dalam dan luar negeri 
meliputi pelbagai tajuk dan  bidang dalam ICT.

Google yang menggunakan Python dalam membangunkan "Cloud Computing" Google, 
Matthew Olander dari projek PCBSD dan FreeBSD, Gen Kanai dari Mozilla 
Corporation,  komuniti-komuniti Ubuntu, Fedora, Open Solaris, OpenSuse dan 
pelbagai lagi, pasti menarik bagi kita mengenali sistem-sistem operasi matang 
dalam dunia OSS.

Bagi anda yang terlibat dalam dunia pembangunan perisian, penceramah-penceramah 
seperti Sara Falamaki, Redhuan D. Oon ketua projek Adempire ERP, Azril Nazli 
Alias Mamak Spot , Azrinsyah Mirza Asfian MIMOS dan ramai lagi mahu berkongsi 
ilmu dan pengalaman mereka. Ambil kesempatan ini untuk mempelajari banyak 
perkara daripada mereka.

OSS tidak lengkap tanpa sokongan daripada perisian-perisian sokongan yang lain. 
MSC Malaysia OSCONF 2009 ketengahkan penceramah-penceramah seperti Amir Haris 
Ahmad mengenai DNS, Mahmud Ab Rahman dari Cybersecurity, Nasrul Amri Samsuddin 
Facebook Connect dan ramai lagi.

*** Hari Hackathon ***

Bersempena MSC Malaysia OSCONF 2009 komuniti OSS Malaysia akan menganjurkan 
Hari Hackathon pada hari Ahad 31 Mei 2009. Ianya Bertempat di Berjaya Times 
Square Hotel And Convention Center, Kuala Lumpur, Tkt 14, Berjaya Time Square, 
Kuala Lumpur, Malaysia.

Masuk adalah percuma untuk umum pada 31 Mei 2009. Jemputlah datang 
beramai-ramai.

Empat sesi serentak akan diadakan bagi memberi peluang kepada komuniti OSS 
Malaysia berkumpul dan menunjukkan projek OSS masing-masing.

Redhuan Daniel Ooi ketua projek Adempire ERP akan membawa sesi pembangunan 
Adempire cara OSS. Bagaimana dan apa yang hendak digunakan. Dalam sesi ini satu 
hackathon untuk menyediakan perisian pemasangan Adempire ERP dalam Windows akan 
dipertandingkan.

RedHat pula mempunyai satu sesi yang mereka mahu menjadikan ia satu kejutan.

Lamp2win adalah satu sesi bagi pertandingan membina satu modul OSS yang 
membolehkan perisian dalam OSS menggunakan MSSQL. Maklumat lanjut boleh dirujuk 
disini.

http://www.lamp2win.com/

Install Fest adalah usaha-usaha komuniti-komuniti Ubuntu, OpenSuse, Fedora, 
Open Solaris, PCBSD dan FreeBSD untuk memperkenalkan sistem operasi (OS) dalam 
OSS. Install Fest memerlukan anda yang berminat dengan mana-mana OS OSS membawa 
komputer masing-masing dan akan dipasang dengan mana-mana OS pilihan dengan 
bantuan pakar-pakar dalam komuniti-komuniti.

Malah, bagi pihak yang menghadapi masalah dengan penggunaan OS OSS boleh datang 
dan mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar.

Rakan-rakan dari MyCert, Cybersecurity pula mengadakan satu sesi bagi pihak 
yang berminat dalam keselamatan laman web. Ia adalah satu peluang kepada 
pembangun laman web untuk mempelajari bagaimana laman web dicerobohi dan cara 
melindunginya.

RSVP acara ini mendapatkan tempat. Ianya percuma namun tempat adalah terhad.
http://www.facebook.com/event.php?eid=92389938507

Jobstreet.com turut mempunyai sesi khusus bagi pekerjaan bidang ICT. Sama ada 
anda mencari pekerjaan, atau mahu mempelajari cara-cara menyediakan "resume" 
dan perbincangan mengenai pekerjaan ICT.

Hackathon Day 31 Mei 2009 adalah percuma untuk semua untuk masuk, maka 
jemputlah datang beramai-ramai.

Lawat laman rasmi MSC Malaysia OSCONF 2009

http://www.mscmalaysia.my/osconf

Sertai MSC Malaysia OSCONF 2009 di Facebook
http://www.facebook.com/group.php?gid=78169245399

Archive
http://cikgucyber.blogspot.com/2009/05/persidangan-sumber-terbuka-msc-malaysia.html

Kirim email ke