Kumpulan Terjemahan Bahasa Melayu Perisian Sumber Terbuka

Artikel di Internet
http://cikgucyber.blogspot.com/2009/08/kumpulan-terjemahan-bahasa-melayu.html

Bagi memudahkan kerja-kerja terjemahan perisian sumber terbuka (OSS) ke bahasa 
Melayu, Ubuntu-my adalah menjadi penyelaras bagi kerja-kerja terjemahan. Ini 
adalah kerana kemudahan laman web Lauchpad.net digunakan bagi membuat 
kerja-kerja terjemahan. Linux Ubuntu turut menjadikan Lauchpad.net sebagai 
teras dalam pembangunan perisian-perisian mereka. 

Bagi anda yang berminat dengan kerja-kerja terjemahan dan ingin menyertai 
Kumpulan Terjemahan, sila sertai kumpulan terjemahan di Lauchpad.net

https://launchpad.net/~ubuntu-my-transdocs

dan anda turut dijemput untuk menyertai kumpulan perbincangan di

http://groups.google.com.my/group/ubuntu-my-transdocs

Ini membolehkan penyelarasan dan kemas kini dapat disampaikan.

Untuk kerja-kerja terjemahan kali ini (Ogos 2009) ia dilakukan di

https://translations.launchpad.net/ubuntu/karmic/+lang/ms

Perubahan akan berlaku setiap 6 bulan dan ia melibatkan kemas kini perisian dan 
pertukaran versi oleh Linux Ubuntu. Maka adalah penting kumpulan terjemahan 
mempunyai penyumbang yang ramai bagi memastikan kerja-kerja terjemahan dapat 
dilakukan dalam masa yang ditetapkan.

Pada masa artikel ini ditulis (13 Ogos 2009) ada terdapat 452681 baris telah 
diterjemah dan 374253 baris belum lagi diterjemah dengan jumlah keseluruhan 
826934 baris. Jumlah yang masih besar dan aktiviti terjemahan juga masih 
perlahan dengan hanya 150 penyumbang.

Yang menjadi keutamaan sekarang adalah untuk terjemahkan Xulrunner di

https://translations.launchpad.net/ubuntu/karmic/+source/xulrunner-1.9/+pots/xulrunner/ms/+translate

Ini membolehkan terjemahan lengkap Mozilla Firefox dalam bahasa Melayu dapat 
dilepaskan dalam masa terdekat.

Bagi yang baru bermula, sila rujuk di http://wiki.ubuntu.com.my/



***** Mula tampalan untuk rujukan *****

Menterjemah Perisian Asas dan Pakej Perisian Ubuntu

Untuk menterjemah perisian dalam Ubuntu, anda boleh mengikut langkah berikut:

*** Pra Syarat ***

Untuk mula membantu dalam usaha terjemahan perisian ini, anda perlu memenuhi 
pra-syarat berikut:

   1. Mempunyai akses internet.
   2. Mempunyai akaun email yang sah.
   3. Telah mendaftar sebagai ahli di https://edge.launchpad.net/. Jika belum, 
sila daftarkan diri anda di launchpad.
   4. Telah mendaftarkan diri sebagai ahli di 
https://edge.launchpad.net/~ms-translators. Rujuk Bagaimana Menyertai 
ms-translators untuk maklumat lanjut.
   5. Telah mendaftarkan diri sebagai ahli di 
https://edge.launchpad.net/~malaysianteam. Rujuk Bagaimana Menyertai 
malaysianteam untuk maklumat lanjut. 

*** Mula Menterjemah ***

   1. Setelah anda memenuhi pra-syarat di atas, anda bolehlah memulakan 
terjemahan anda dengan melayari halaman web berikut:
      https://translations.launchpad.net/ubuntu/karmic/+lang/ms
   2. Pastikan anda telah log masuk ke akaun anda dalam halaman tersebut. Di 
sana terdapat jadual yang menyenaraikan pakej-pakej perisian dalam Ubuntu yang 
perlu diterjemah.
   3. Anda boleh mula dengan meng'klik' pada nama templat di ruangan "Template 
Name". Dari sini, anda akan melihat contoh-contoh terjemahan yang telah 
dilakukan oleh mereka yang terdahulu untuk anda contohi.
   4. Seterusnya, anda boleh klik pada kotak senarai bertajuk "Translating" 
pada bahagian atas senarai dan memilih "untranslated items". Klik "Change" 
untuk melihat perubahan.
   5. Senarai seterusnya ini adalah senarai yang belum diterjemah. Jika anda 
melihat tiada apa-apa dalam senarai ini, maka ianya bermaksud bahawa semua 
perkataan telah diterjemah dalam pakej tersebut. Anda boleh kembali ke menu 
pertama (Nombor 1) dan memilih pakej yang masih banyak perkataan belum 
diterjemah.
   6. anda boleh mula menterjemah dengan memasukkan terjemahan kepada perkataan 
dalam senarai bernombor tersebut.
   7. Apabila selesai menterjemah sesuatu senarai (biasanya dalam kumpulan 10 
ayat untuk satu halaman), anda boleh menekan butang "Save & Continue" yang 
terdapat pada bahagian bawah-kanan senarai tersebut.
   8. Lakukanlah terjemahan mengikut kemampuan anda. Anda boleh tinggalkan 
bahagian yang ragu-ragu atau tidak dapat diterjemah dalam senarai tersebut. 


Dengan usaha yang berterusan, semoga kita dapat menterjemah Ubuntu dan perisian 
yang digunakan di dalam Ubuntu ke Bahasa Melayu sepenuhnya.

Semoga Berjaya!! 

***** Tamat tampalan untuk rujukan *****



*** Cadangan-cadangan lain bagi Kumpulan Terjemahan ***

(1) Mewujudkan penyelarasan kerja-kerja penterjemahan berdasarkan keutamaan 
perisian. Contohnya

- Firefox, OpenOffice, Gnome dan KDE. Perisian-perisian ini sudah besar 
daripada segi jumlah baris kod.

(2) Mewujudkan pangkalan data bagi penterjemahan. Pangkalan data ini penting 
bagi memudahkan rujukan dan juga penyelarasan penggunaan bahasa.

(3) Mewujudkan kerjasama dengan pihak luar seperti Persatuan Penterjemah 
Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka

(4) Bergabung dengan kumpulan penterjemahan yang lain. Bagi maksud ini cadangan 
untuk bersama dengan senarai email Teraju

http://groups.yahoo.com/group/teraju/

(5) Melaksanakan aktiviti-aktiviti promosi terjemahan seperti sesi JAM 
Translation dengan kerjasama Universiti-universiti.

(6) Mewujudkan satu kumpulan teknikal bagi membantu mempercepatkan hasil usaha 
terjemahan diterima oleh "upstream".

*** Lain-lain laman untuk rujukan Kumpulan Terjemahan ***

Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia
http://prpm.dbp.gov.my/

Senarai Email Ubuntu-my
https://lists.ubuntu.com/mailman/listinfo/ubuntu-my

Open Source Developers Club Malaysia
http://www.osdc.my/ dan senarai email di
http://groups.google.com/group/osdcmy-list

Laman penulis http://blog.harisfazillah.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://groups.yahoo.com/group/haris/

Pelbagai artikel, nota komputer dan Internet untuk Malaysia di

http://cikgucyber.blogspot.com/

Wassalam.

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia hafnie hafija

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...

13 Ogos 2009

Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...
http://blog.harisfazillah.info/

This work is licensed under the Creative Commons 
Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of 
this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or 
send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, 
California, 94105, USA.

--- Iklan ---

Jadilah Hero Dengan Menderma Darah
http://untuklelaki.noorjannah.com/2009/01/jadilah-hero-dengan-menderma-darah.html


Kirim email ke