Meningkatkan Kebolehan Memulihkan Fail Dengan Parchive

Archive

http://cikgucyber.blogspot.com/2010/08/meningkatkan-kebolehan-memulihkan-fail.html

Ancaman yang terbesar bagi pengguna Windows adalah yang disebabkan oleh virus 
atau trojan. Dengan adanya fail pariti kemungkinan untuk memulihkan fail dapat 
ditingkatkan. Kerosakan juga boleh berlaku kepada cakera keras dan kebolehan 
memulihkan fail adalah sangat diperlukan.

Bagi anda yang menggunakan CD atau DVD untuk menyimpan fail. Mempunyai fail 
pariti bersama fail asal adalah satu keperluan. CD atau DVD mungkin bercalar 
yang memungkinkan fail yang dikehendaki rosak.


Oleh kerana saiz fail pariti ini adalah kecil maka ia boleh dihantarkan sekali 
dengan fail utama didalam email atau muat turun laman web atau disekali dalam 
simpanan CD dan DVD.

Parchive: Parity Archive Volume Set adalah usaha pembangunan secara sumber 
terbuka atau Open Source Software (OSS) untuk mewujudkan cara bagi membolehkan 
fail-fail dipulihkan melalui penggunaan fail pariti Par2. Fail pariti Par2 ini 
adalah satu fail yang mempunyai nilai kiraan matematik berdasarkan Kod 
Reed-Solomon. Dengan wujudnya fail pariti Par2 ini, sekiranya fail asal alami 
kerosakan maka perisian Parchive akan menggunakan fail pariti tersebut untuk 
membuat pemulihan.

Maklumat lanjut mengenai Parchive

http://parchive.sourceforge.net/

Cadangan penggunaan paling sesuai bagi pengguna komputer adalah untuk 
mengadakan fail pariti dalam folder-folder fail simpanan anda. Folder-folder 
ini kemudian boleh disalin ke CD atau DVD, atau di email bersama fail asal atau 
disalin ke simpanan Cloud seperti Ubuntu One Cloud atau dimampatkan bersama 
dalam satu fail zip atau 7zip

Bagi tujuan melindungi fail-fail anda didalam folder anda sila muat turun 
perisian Quickpar

http://www.quickpar.org.uk/Download.htm

dan baca panduan penggunaan disini.

Creating PAR2 files
http://www.quickpar.org.uk/CreatingPAR2Files.htm

dan

Using PAR2 files to verify and repair data files
http://www.quickpar.org.uk/VerifyingAndRepairing.htm

Ringkasan penggunaan :-

1) Buat satu folder khusus untuk anda menyimpan fail-fail penting

2) Jalankan Quickpar pada setiap folder yang anda wujudkan untuk menyimpan 
fail-fail penting. Pastikan fail pariti Par2  ada.

3) Pastikan apabila anda membuat salinan kepada CD atau DVD, penghantar email 
atau mampatkan fail, fail pariti par2 dihantarkan sekali.

4) Jalankan Quickpar sekiranya ada fail baru atau berubah dalam folder simpanan.

Rujukan lain :-

Ubuntu One Cloud

https://one.ubuntu.com/features/

7zip adalah pengganti kepada Winzip

http://www.7-zip.org/

Using PAR and PAR2 files

http://www.afterdawn.com/guides/archive/how_to_download_files_from_usenet_newsgroups_page_6.cfm

Lain-lain artikel menarik :-

Kumpulan Sokongan Komputer Dan Internet 2 (KemSOIT)

http://cikgucyber.blogspot.com/2010/08/kumpulan-sokongan-komputer-dan-internet.html

Merangkaikan Rangkaian Sosial Anda

http://cikgucyber.blogspot.com/2010/02/merangkaikan-rangkaian-sosial-anda.html

Dunia Digital Facebook Fan page.

http://www.facebook.com/pages/Dunia-Digital/216290990218

Bagi pengguna Facebook.com jemput sertai Facebook Fan Page saya Bukan Sekadar 
Internet Sahaja di

http://www.facebook.com/Bukan.Sekadar.Internet.Sahaja

Facebook.com LinuxMalaysia berada di

http://www.facebook.com/linuxmalaysia

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://groups.yahoo.com/group/haris/ atau email kepada

haris-subscr...@yahoogroups.com

Pelbagai artikel, nota komputer dan Internet untuk Malaysia di

http://cikgucyber.blogspot.com/

Harisfazillah Jamel linuxmalaysia hafnie hafija

Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini dipasaran...

Email : linuxmalaysia @ gmail . com

21 Ogos 2010

http://blog.harisfazillah.info/

http://www.harisfazillah.info/harisfazillahjamel

Dapatkan email-email terus dari

http://groups.google.com/group/hafnie

I love Aardvark! Join my network so we can help each other out... 
http://vark.com/s/foGQ

Kirim email ke