Assalamualaikum,

        Alhamdulillah, semenjak terima e-mel yang bertajuk di atas
ni..saya tak nampak langsung nasihat yang membina. Walaupun ayat en.
Ruhizan di bawah ni kadangkala nampak agak kurang terkawal masih dalam
tujuan membina.

        Buat apa kita nak gaduh2 bab ni.. Kalau dah masa bercinta tu
boleh seret anak dara orang tu ke hulu ke hilir, keranalah berani terima
hakikat kalau hantarannya tinggi. Kalau tak mampu, bolayanlah.. Ni yang
bersungut sakan tu buat apa. Yang lebih menyegankan tu, kita ni melayu,
penuh adat resam, beragama islam tapi merungut bab-bab macam ni.. 

        Wahai muslimah-muslimah di Malaysia ni, kalau dah tahu diri tu @
family gemar letak harga hantaran tu tinggi menggunung, agak-agaklah
batas pergaulan dengan kaum adam ni. Kalau time bergetah ni senang
sangat bagi lelaki sentuh sana sini, dah tentulah lelaki melenting harga
hantaran tu tinggi. Silap-silap masa nak kahwin boleh hilang pulak..
Oppss, terlepas lak.. Faham2 ajeler..)  

        Tapi dalam hidup ni tak kiralah berkaitan dengan apa2 pun,
bertolak ansurlah sesama insan. Kalau kita nak kebaikan, buatlah
kebaikan. Kalau lebih terarah keburukan, cepat-cepatlah sedar sebelum
keaiban terjadi. Menyesal kemudian tiada gunanya...


-----Original Message-----
From: [EMAIL PROTECTED]
[mailto:[EMAIL PROTECTED] 
Sent: Saturday, December 25, 2004 1:30 PM
To: [EMAIL PROTECTED]
Cc: Azrul Alwi; hidayahnet@yahoogroups.com; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] nIKAHLAH KALAU DAH ADA REZEKI......




Assalamualaikum...

Ni nape nih? Ape yang kecoh2 sangat nih? Hm... Pasal duit hantaran pun
kecoh. Gini la...

Duit hantaran tak kira tempat. Tapi kira individu. Tapi ape nak kecoh?
Lantak la dia nak letak harga sampai RM1j pun. Anak dia. Dia yang
besarkan dari budak tu belum tau ape2 sampai dah pandai mask megi (nak
cakap masak nasik... takut tak pandai lak). Kalau kita dah sayang, kena
ikut gak. Dah kawin, dah jadik hak kita, pandai2 la kita didik. Anak2
kita pulak nanti, jangan kita jadikkan bahan balas dendam. Orang datang
meminang kita mintak jambatan emas lak. Ah sudah....

Kawin ni bukan perkara yang pikir dalam mase 24 jam je. Lama. Nabi dah
beri ciri2 pompuan yang kita patut pilih. Tu lame kena rancang tu. Dah
kenal 1 pompuan tu, selidik dulu latar keluarga dia. Orang BN ke, orang
PAS ke. Eh silap. Orang beriman ke, kurang beriman ke jenis tak beriman
(baik sikit dari kafir). Sambil selidik tu boleh la simpan duit sikit2.
Ni tak. Mase bercinta sibuk bawak gi Genting. Bawak gi A Famosa. Tukar
keta. Nak impress Pak mertua konon. Last2 bila masuk meminang, tiggal
habuk je. Dengar RM7k je, Alamak! Jual anak ke? Kalau nak jual anak pun
lantak dia la. Anak dia. Ko nak, ambik. Taknak blah!

Diulang perkataan. SELIDIK! Ha... Mase meminang tuh, salah satu selidik
gak la. Kalau la dah mak bapak dia mintak sampai RM10k, padahal tau kita
ni operator ladang getah je, sah la dia tak redha kita jadik menantu
dia. Takpun dia dengar keje offshore, mesti duit banyak (orang rase je
padahal hampeh! same je) so letak dabel. Kakak2 dia biasa RM7k, yang ni
kita letak RM14k. Kalau dah camtu, tak paham lagi kuarga dia jenis pe?
Rasa2 kuarga camni tak termasuk dalam list yang Nabi bagi. Nak jugak?
Tadi beriya2 cerita pasal tak ikut saranan agama, permudahkan
perkahwinan. Ni taknak lak ikut saranan Nabi carik yang berasal dari
keturunan yang baik. Happara...

Kesimpulannya, jangan gaduh2 pasal hantaran. Orang Perlis, Kedah,
Penang, Perak, Selangor, KL, Johor, Pahang, Tengganu, Kelantan even
Sabah & Sarawak pun same je. Kalau orang yang beriman, insyaAllah akan
permudahkan urusan. Kawan saya kawin dengan orang Kedah. Maskawin RM800
je. Bersih. Takde mintak lain2 dah. Hantaran pun takde. Abang saya kawin
dengan orang Kelantan. Hantaran je mintak RM5k. Mintak kurang jadik
RM4k. Nasib baik dia turunkan. Sebab mase tu Abang dah dah cakap lebih
RM4k waima RM4001 pun, dia nak kensel. Kalau tak... Ha! Camtu la. Kalau
depa taruk mahal sangat, blah je. Jangan dilayan. Dia ingat anak dia
hebat sangat ke. nanti bila dah andartu, andalusia, mau dia bagi free.
Jangan risau la. Kalau dah sayang sangat, carik jugak la duit. Cinta kan
perlukan pengorbanan. Ahlong ade. Tak mampu bayar, jual je binik tuh.
Dah 'beli' mahal mesti mase jual pun mahal. Mesti dia sanggup kalau dia
sayang kita. Cinta kan perlukan pengorbanan! (Hehehe... Lawak je ;-p)

Ye hok tino pun so lagi. Time becinto tu jange nok buak hal selalu
sangak. Nok mitok tu, nok mitok ni. Nok beli tu, nok beli ni. Ajok gi
Langkawi, ajak gi Tiome. Beri galoke ke jate tu kupol pitih. Buke untuk
ore lain. Utk ke demo jugok. Kalu doh mok demo mitok maha, jate mu
takdok pitih, mu saye jugok ko abe mu tu, ulur ke dio pitih mu. Ha...
Baru sehati sejiwo. So melayu jati, so lagi jawo. Dok gitu?
Gitu...gitu...

Dah eh? Jangan gaduh2 lagih eh?

Wassalam.....




 

                      [EMAIL PROTECTED]

                                                     To:      "Azrul
Alwi" <[EMAIL PROTECTED]>                                      
                                                     cc:
hidayahnet@yahoogroups.com, [EMAIL PROTECTED],

                      12/24/2004 02:48 PM
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]

                                                     Subject: Re:
Bismillah [hidayahnet] nIKAHLAH KALAU DAH ADA REZEKI......            
 





aaah.....betul tu...jgn  ingat org Utara tu suka letak hantaran tinggi,
org tempat lain pun sama je....dan jgn ingat  org Kelantan aje  yg
beragama...kalau nak bercakap ingat2lah  perasaan  org lain....jgn main
sedap mulut jer.....



 

 "Azrul Alwi"

 <[EMAIL PROTECTED]

 .my>
To 
                           <[EMAIL PROTECTED]>,

                           <[EMAIL PROTECTED]>,

 22/12/04 12:55 PM         <hidayahnet@yahoogroups.com>,

                           <[EMAIL PROTECTED]>

 
cc 
  Please respond to

     "Azrul Alwi"
Subject 
  <[EMAIL PROTECTED]       Re: Bismillah [hidayahnet] nIKAHLAH KALAU DAH

        m.my>              ADA REZEKI......

 

 

 

 

 

 

 








aslm,

Bunyi macam saudari belum lagi berumahtangga atau perkara sebegitu belum
lagi saudari nampak terjadi. Its ok. You will see one, or if you are
lucky it might happen to you, InsyaAllah.

Walimatul urus tu sunat. Tak buat pun tak per. Tetapi Walimatul urus
sebelah lelaki adalah sunat yang dituntut. Tapi biasanya yang kita lihat
perbelanjaan perkahwinan pihak wanita adalah dua kali ganda lebih
daripada pihak lelaki. Kenapa yer ?

Sebab yang meletakkan harga hantaran yang tinggi biasanya keluarga yang
tidak mempunyai kualiti agama yang tinggi, mungkin tidak berpegang
kepada sunnah perkahwinan atau tidak menyedari falsafah perkahwinan atau
tinggal di dalam persekitaran yang sebegitu. Pada mereka .. "aku bela
anak aku susah-susah, kalau ko nak dapat pun, ko kena susah."

Sedangkan keluarga yang mempunyai kualiti agama yang baik, atau
persekitaran budaya Islam yang baik, biasanya tidak akan menyusahkan
dalam hal perkahwinan atau apa-apa hal (yang jika dihalang menimbulkan
maksiat.). Paling susah pun apabila bakal bapak mertua suruh jadi imam
solat , atau ketuai majlis baca tahlil.

Zaman nabi, sedekah surah pun boleh kahwin. Nabi tak tekankan pun soal
kesungguhan dalam beristeri. Tak ada pun dalam hadis .. "Lagi ko tak
letak 8 ribu serba berdiri ko tak boleh kawein dengan budak ni ... "
Nabi hanya menekankan kesungguhan dalam beragama dengan ancaman-ancaman
tuhan. Kerana kesungguhan beragama akan mendatangkan kesungguhan dalam
perkahwinan.

Jika semua lelaki berkahwinan kerana empat sebab yang diberikan tu,
lebih-lebih lagi faktor agama. Saya rasa ramai yang akan merendahkan
harga hantaran.  Dari segi ekonomi, bila permintaan kurang, harga pun
akan kurang.

Atas sebab ekonomi tu juga di Kelantan. Hantaran RM3-4 ribu .. Walaupun
jika orang kelantan tersebut telah terdedah (pernah belajar, bekerja) di
Kuala Lumpur .. sama juga. Sebab persekitaran di macam tu. Kalau dia
sorang letak mahal mahal, tak der saper nak kan dia. Tetapi jika di
Perak, Kedah atau Penang. Bole cecah RM7 - 8 ribu. Sebab di sana perang
harga, jaga standard !

Nasihat saya, cari jer orang lain kalau wanita tu hantaran dia mahal.
Kat myJodoh ramai, lawa, cun, muka Misha Omar, Nora .. semua ada ..
kelebihannya, hantaran bawah RM4000 .. cuma bab agama cuba selidik
sedikit latar belakang mereka. Sahabat saya sorang dah pun selamat
dengan sorang budak myJodoh dari Kelantan. Hantaran RM2k jer, bertuah
badan dapat Nasha Aziz umur 21, kebetulan kerja sama negeri. Terus
senyap. Tu tanda bahagia laa tu. Alhamdullilah.


Wallahu alam.





Sekian. Terima kasih.

Azrul Alwi
+6 019 4455887







------------------------------------------------------------------------
--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do
not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless
sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get
a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
change your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily
digest".  
Yahoo! Groups Links



 









------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Give hope to a child.
Helping a needy child is easier than you think.
Click here to meet someone who needs your help.
http://us.click.yahoo.com/hq3f6C/iJlJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke