--- In [EMAIL PROTECTED], Mohd Iqbal Abu Bakar <[EMAIL PROTECTED]> wrote: BERITA TERKINI 5 JANUARI 2005 Yang Berbahagia Dato'/Datin/Tuan/Puan, Para penyumbang kepada Mangsa Gempa Bumi dan Ombak Besar Tsunami BANTUAN KEMANUSIAAN MANGSA TSUNAMI DI ACHEH Sehingga hari ini dilaporkan lebih daripada 145,000 nyawa telah terkorban di dalam bencana yang dianggap paling buruk berlaku dalam sejarah dunia. Global Peace Mission (GPM) Malaysia dan Angkatan Belia Islam Malaysia, sebagai NGOs yang prihatin dengan kesengsaraan yang dialami oleh umat serata dunia, telah menyalurkan bantuan ubat-ubatan dan makanan bernilai lebih daripada RM80,000 setakat 4 Januari 2005 kepada mangsa, disampaikan oleh 5 orang sukarelawan GPM yang datang dari Malaysia, diketuai oleh Puan Sharifah Aminah Alkhared. Bagi mengagihkan bantuan kemanusiaan ini, pihak GPM bekerjasama rapat dengan NGO tempatan dan Persatuan Bulan Sabit Merah Indonesia. Keperluan mendesak bagi mangsa adalah dalam bentuk ubat-ubatan, makanan yang sedia boleh dimakan samada dalam tin atau paket, bekalan air minum yang bersih dan khemah. Wakil GPM di Banda Acheh melaporkan bahawa kebanyakan barangan tersebut boleh didapati dengan harga yang lebih murah di Medan, Indonesia. Ketika ini, GPM sedang membuat persiapan untuk menghantar 5 tan makanan ke Kampung Loong yang terletak di persisiran pantai sebelah Barat Sumatera. Penghantaran ini terpaksa dilakukan menggunakan jalan air dengan menaiki bot selama minimum 12 jam perjalanan kerana perjalanan darat telah musnah. Bekalan 5 tan makanan ini hanya cukup untuk menampung 5 hari sahaja untuk penduduk kampung tersebut. Selain daripada mengagihkan bekalan makanan, GPM sedang mengusahakan pembinaan 2 buah perigi besar dengan sistem rawatannya di 2 buah pusat penempatan mangsa di Banda Acheh, membina rumah anak yatim, membina pusat kesihatan dan membuat persiapan untuk para doktor memberikan rawatan. Keperluan lain yang diperlukan selain daripada barangan di atas ialah generator set dan water filter. Sehubungan itu, pihak GPM dan ABIM merayu kepada orang ramai untuk menyalurkan bantuan yang sangat mendesak kepada mangsa. Sumbangan boleh dibuat atas nama "Tabung Keamanan Sejagat" atau boleh dimasukkan terus ke Bank Islam Malaysia Berhad No. Akaun: 14-023-01-002922-4. "Misi Kemanusiaan Merentas Sempadan" Sekretariat GPM Tel: 03-6188 8409; Faks: 03-6188 8470; Emel: [EMAIL PROTECTED]; Website: www.keamanan.net Mohd Iqbal Abu Bakar Moderator Egrup Misi Keamanan Sejagat __________________________________ Do you Yahoo!? Yahoo! Mail - Easier than ever with enhanced search. Learn more. http://info.mail.yahoo.com/mail_250 --- End forwarded message --- ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> What would our lives be like without music, dance, and theater? Donate or volunteer in the arts today at Network for Good! http://us.click.yahoo.com/WwRTUD/SOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/