Muharam datang lagi untuk tahun hijrah 1426.
Kedatangan yang sangat ditunggu-tunggu oleh umat Islam
terutama para pencinta kebenaran. Kepada mereka yang
memperjuangkan kebenaran pula, ia lebih dari mereka
menunggu bulan Ramadhan dan bulan Haji. Sebab bulan
Muharam bulan keluarnya keputusan periksa yang diambil
dari bulan puasa dan bulan haji itu. Keputusan
peperiksaan sama ada menang atau gagal, Allah tetapkan
untuk diisytiharkan pada bulan Muharam. Mereka
menunggu bulan ini dengan penuh debaran. Menang atau
gagal lagi?


Ketaqwaan dan disiplin perjuangan adalah faktor
penentu tinggi atau rendahnya markah yang Allah
berikan. Apakah Allah sudah terima dan iktiraf
ketaqwaan dan disiplin perjuangan mereka. Itulah yang
mereka tunggukan. Kalau Allah menangkan perjuangan
mereka terhadap musuh-musuh mereka, maka itulah tanda
mereka lulus. Tapi kalau Allah masih biarkan musuh
mereka menyusah-nyusahkan mereka dan menggagalkan
program-program mereka, maka tahulah mereka bahawa
mereka gagal lagi tahun ini. Terpaksalah ulang atau
repeat periksa untuk tahun depan! Perlu diingat Allah
haramkan orang bertaqwa berperang di bulan Muharam,
kecuali diundang musuh.


Sejarah perjuangan para rasul dan para pemimpin yang
memperjuangkan Tuhan dan kebenaranlah yang mengajarkan
mereka perihal bagaimana Allah memperlakukan
orang-orang-Nya dalam zaman-zaman perjuangan yang
digilir-gilirkan kepada masing-masing. Rasulullah SAW
hijrah ke Madinah untuk mencari tapak baru Islam,
setelah perjuangannya di Mekah dihancurkan. Ia berlaku
di bulan Muharram. Bulan inilah dirakam sebagai
bermulanya bulan bagi tahun baru Islam. Orang Tuhan
dikira menang kerana sanggup melakukan hijrah ini.

Nabi Ibrahim keluar dari api di bulan Muharram. Kapal
Nabi Nuh lepas dari banjir besar pada bulan Muharram.

Nabi Yunus keluar dari perut ikan bulan Muharram. Nabi
Musa terlepas dari cengkaman Firaun pada bulan
Muharram. Nabi Yusuf keluar dari penjara dan dilantik
menjadi Perdana Menteri Mesir pada bulan Muharram.
Itulah di antara contoh-contoh besar dalam sejarah
bahawa bilamana sesuatu jemaah itu telah berjaya
mendapat taqwa dan disiplin perjuangan yang tinggi
selepas ujian yang panjang maka Allah pun beri
kemenangan pada bulan Muharram. Jadilah mereka parti
Allah.

Ada yang di awal, ada yang di tengah dan ada yang di
hujung Muharram kemenangan itu dianugerahkan.
Terpulang pada Allahlah yang Maha Mengetahui untuk
memilih tanggal Muharram yang mana untuk lakukan
kekuasaan-Nya itu. Yang pasti kemenangan besar
semuanya pada bulan Muharram.
Bulan-bulan lain kalau
ada pun berlaku kemenangan hanyalah
kemenangan-kemenangan kecil sahaja.

Mari kita kaji kehidupan para pejuang yang memilih
parti Allah untuk perjuangkan Tuhan dan kebenaran-Nya
tanpa mengira apa namanya, mereka menagih kemenangan
di Muharram ini. Apa ciri-ciri taqwa dan disiplin atau
syarat-syarat yang melayakkan mereka mendapat
kemenangan.

 

1. Kemenangan besar untuk orang Islam yang lakukan pada
bulan Muharrram itu sebenarnya hanya berlaku kepada
parti yang dipimpin oleh pemimpin yang dilantik
sendiri oleh Allah.
Yakni para-para nabi dan rasul,
para mujaddid serta orang perseorangan seperti Thalut,
Zulqarnain, Salehuddin Al Ayubi, Muhammad Al Fateh dan
Khulafaur Rasyidin.

2. Pengikut sanggup memberi sepenuh taat setia dan
janji sehidup semati dalam perjuangan bersama
pemimpin. Contohkan betapa taat setia dan fanatiknya
para Sahabat kepada Rasulullah sehingga rela mati
syahid untuk itu. Hasilnya ialah Allah telah
memenangkan mereka dalam semua peperangan walaupun
bilangan dan kekuatan tentera lebih kecil dari musuh.
Mereka kalah sekali sahaja bilamana terjadi di medan
perang, tidak taat setia mereka pada arahan
Rasulullah. Benarlah janji Allah bahawa:
“Sesungguhnya kumpulan kecil boleh mengalahkan
kumpulan besar dengan izin Allah.”


3. Parti Allah tidak syaratkan duit dan ramai bilangan
sebagai syarat kemenangan. Tapi syarat kedua sesudah
taqwa ialah kasih sayang dan perpaduan yang terserlah

di kalangan ahli. Ikatan kasih sayang dan perpaduan
yang jitu adalah modal untuk kemenangan. Manakala
perpecahan dan krisis adalah azab, sekalipun banyak
duit. Buktinya dalam keluarga kecil saja, kalau nak
buat kenduri kahwin, kalau saling memaafkan, meminta
maaf, tolong-menolong, kasih mengasihi, pasti kenduri
itu akan berjaya, dibandingkan dengan ahli keluarga
yang sering bersengketa dan bermasam muka, maka
banyaklah masalah yang timbul walaupun masing-masing
banyak duit. Mesti diingat perpaduan ini hanyalah
boleh dibuat oleh orang yang bertaqwa, yang kerana
takutkan Allah sanggup menerima keuzuran orang,
merendah diri, berbuat baik kepada orang yang
mencabarnya, memaafkan kesalahan orang, meminta maaf
bila bersalah, suka memberi hadiah dan menolong,
lapang dada, tolak ansur, bergembira dengan
kegembiraan orang dan ikut berdukacita di atas
kesusahan orang. Perpaduan sebenarnya ikatan hati,
bukan dibuat-dibuat secara fizikal dan bukan hasil
termakan budi. Itu perpaduan palsu namanya.

4. Parti Allah melalui pemimpin yang ditunjuk Allah,
mensyaratkan lagi untuk kekuatan parti, ahli-ahli
mestilah mempunyai fikiran dan perasaan yang selaras
dan selari. Hal ini bukan senang nak diperolehi
kecuali oleh didikan ilmu yang diterima bersama yang
boleh mengalahkan minda-minda lain. Juga oleh satu
latihan rohaniah yang cukup tajam, yang mampu
membariskan para roh dalam satu barisan kerana sudah
boleh melawan nafsu dan syaitan yang sangat berusaha
untuk memusnahkan perpaduan dan keselarasan jiwa
manusia. Hasil membina perpaduan dan keselarasan ini
parti Allah akan mempunyai pengikut yang perihal kasih
sayang dan keselarasan mereka bolehlah digambarkan
bagaikan kasih sayang adik-beradik dalam satu
keluarga,
dari satu ibu ayah yang mempunyai keluarga
yang sangat besar.


5. Rasulullah SAW menggambarkan cara hidup
pejuang-pejuang Allah dan kebenaran bagaikan abid yang
menangis dan merintih penuh rendah diri dengan Allah
di malam hari, manakala siang mereka bertukar menjadi
singa yang garang. Malam mereka mabuk cinta dengan
Allah lalu membuahkan semangat pengorbanan yang tinggi
untuk buktikan cinta pada Allah, dengan berjuang
mati-matian di siangnya untuk membangunkan sistem
Tuhan demi cinta dan keredhaan pada-Nya
. Manusia yang
mampu melakukan ini, sebenarnya adalah orang yang
telah diproses lama oleh pemimpin luar biasa, yang
punya cita-cita luar biasa berbekalkan bekal-bekal
yang luar biasa seperti keyakinan yang kental, sabar
yang luar biasa, mampu berkorban habis-habisan,
azamnya teguh bagaikan besi waja yang tak dapat
diganggu gugat oleh ujian dan cabaran. Ketahuilah
bahawa yang mempunyai ini hanyalah orang Allah yang
Allahlah sumber bagi semua itu.

6. Sifat perjuangan mereka juga unik, jauh beza dari
parti-parti lain di dunia ini
. Yakni perjuangan mereka
mendapat kemenangan di waktu bilangan pengikut tinggal
sedikit, bukan di waktu ramai. Allah menimpakan
ujian-ujian berat hingga ramai yang tidak tahan, lalu
lari tinggalkan perjuangan. Uji demi uji, saring demi
saring, tapis demi tapisan, melalui musuh-musuhnya
yang kecil dan besar. Akhirnya tinggallah yang
sebenar-benarnya orang Allah. Maka untuk mereka Allah
lakukan perkara luarbiasa iaitu kemenangan besar tanpa
diduga.

7. Kemenangan mereka yang sedikit ini tidak sama sekali
berlaku oleh tenaga dan usaha mereka, tapi adalah oleh
kuasa Allah. Mereka sendiri terkejut dengan apa yang
Allah lakukan untuk mereka. Hingga mereka menyungkur
sujud ke hadrat Allah kerana terlalu terima kasih,
menyucikan Allah dan istighfar pada-Nya. Mereka dapat
kekalkan rasa hamba, rendah diri dan memaafkan
musuh-musuhnya pada hari itu. Mereka tidak sombong dan
tidak menzalim.
Itulah tujuan Allah pun melakukan
kemenangan begitu untuk orang-orang-Nya supaya tidak
terjadi kepada mereka apa yang terjadi kepada
orang-orang yang mendapat kemenangan hasil usaha
sendiri. Megah, takabur, sombong dan menzalim di hari
kemenangan dan sepanjang kekuasaan.
 

Jika benar kita umat Islam mahu menerima
kemenangan sepertimana umat yang terdahulu, maka
syarat-syarat di atas kenalah dipenuhi. Bertaubatlah,
bersedekahlah, bersembahayang malam, berkasih sayang
dan bermaafanlah sesama kita
sebagai bukti cinta dan
takut pada-Nya. Kemudian berjuanglah sehabis daya,
moga-moga Allah tidak mensia-siakan lalu menolong
kita.

“Wahai Allah dengarlah hasrat ini dan pohonlah
direstu, diberkati hingga ia dapat memberi kesan yang
dalam, supaya manusia mahu berubah untuk merebut
kemenangan. Tanpa restu dan pertolongan-Mu artikel ini
hanya jadi sampah yang tiada berguna. Tolong jadikan
ia hidayah dan taufik yang jatuh ke hati-hati manusia,
supaya agama-Mu berdaulat semula. Amin”.


-Sekian-


Dipetik dari http://www.rufaqa.com

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke