http://www.terasmelayu.org/jawatankuasa_bertindak_menyokong.htm

JAWATANKUASA BERTINDAK MENYOKONG PENGUATKUASAAN
UNDANG-UNDANG SYARIAH

5/2/05

KENYATAAN MEDIA BERSAMA

JANGAN PERSOAL BIDANGKUASA JABATAN AGAMA ISLAM.

Kami membantah dengan keras cadangan Pengarah Sisters
in Islam (SIS), Zainah Anwar yang mencadangkan supaya
penguatkuasaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah
dibawah bidangkuasa Jabatan Agama Islam ditangguh
sehingga satu kajian menyeluruh berdasarkan
Perlembamgaan dan ajaran Islam berkaitan rang
undang-undang itu dilakukan.

Sikap dan pendirian SIS itu yang mempersoalkan
perlaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang syariah
oleh Jabtan Agama Islam adalah pendirian yang jelas
mencabar Enakmen Undang Syariah yang sedia ada di
negara ini.

Kami mempersoalkan siapa SIS untuk mendakwa
"kebanyakan peruntukan dalam enakmen itu tidak
mempunyai asas dalam teori dan amalan perundangan
Islam". Dengan mengatakan Enakmen itu didakwa
"melanggar jaminan asas yang diperuntukkan dalam
Perlembagaan Persekutuan " kami berpendirian bahawa
SIS terang-terangan mencabar perlaksanaan
undang-undang Syariah dan bersikap anti-Syariah.

Apakah asas dan sandaran dalil serta dari sumber yang
berotoriti yang mana diguna oleh SIS untuk mendakwa
demikian? Adakah SIS bermaksud bahawa undang-undang
Syariah dan Islam yang mereka mahu dan yang hanya
mengikut selera mereka itu sahajalah yang benar?.
Adakah hanya dengan tafsiran dan pendapat Islam dan
syariah mengikut kehendak SIS sahaja yang dianggap
tepat?

Kami membantah keangkuhan SIS yang sudah sekian lama
cuba mempengaruhi kerajaan mengenai Islam dan
undang-undang Islam yang bagaimana yang harus
dilaksanakan di negara ini.

Kami berpendapat SIS tidak mempunyai hak dan aotoriti
untuk membahaskan perlaksanaan undang-undang Islam di
negara ini kerana sikapnya yang sering menentang dan
memadang serong apa sahaja bidangkuasa yang
diperuntukan kepada Jabatan Agama Islam.

Kami mendapati bahawa dakwaan SIS menuduh Enakmen
Kesalahan Jenayah Syariah sebagai sebuah
"undang-undang yang digubal untuk menghukum atau
menyakiti orang apabila ia mengatur kesedaran ,
kepercayaan agama dan kehidupan peribadi seseorang"
adalah mencabar dengan jelas undang-undang yang telah
diluluskan pihak Dewan Perundangan Negeri serta
menghasut orang ramai mempersoal dan membenci
undang-undang tersebut.

SIS dengan jelas menonjolkan niat dan fahamnya yang
mahu Islam tafsiran mereka sahaja yang boleh
diamalkan.dan mahu carahidup bebas atas nama hak asasi
dijadikan polisi Islam di negara ini. Kami berpendapat
atas nama Islam pada nama organisasi SIS, ia cuba
menonjolkan bahawa ia adalah badan Islam dan
menyuarakan tentang sikap Islam yang mereka mahu
dengan menolak seluruh tafsiran Islam mengikut rujukan
yang muktabar.

Sikap SIS mengenai ini jelas dalam dakwaannya "Ukuran
seperti ini menyokong usaha ke arah mewujudkan
masyarakat "bermoral" menerusi cara yang cetek dan
dangkal dengan menentukan polisi tentang apa yang
mereka pakai serta mana, bagaimana dan dengan siapa
meraka bersosial pada waktu lapang" dianggap melanggar
jamainan asas yang diperuntukkan dalam Perlembagaan
Persekutuan.

Dengan yang demikian kami berpendirian SIS secara
terang-terangan dengan angkuh mencabar undang-undang
Islam yang selama ini telah digubal dengan asas ilmu
dan melalui sumber berotoriti oleh pelbagai pemikir
dan pengamal undang-undang Islam di negara ini.

Kami berpendapat SIS telah menghina seluruh institusi
undang-undang syariah di negara ini serta seluruh
agensi-agensi Islam yang ada di negara ini kerana
mengguna asas fahaman Islam yang tidak secocok dengan
sikap liberal dan kebaratan yang dipegang oleh SIS
selama ini..

Kami menuntut agar pihak berkuasa mendakwa SIS kerana
telah mencabar Enakmen Kesalahan Jenayah Undang-undang
Syariah dan telh mengelirukan fahaman Islam dikalangan
orang ramai seperti yang selama ini  telah diperakui
oleh pihak kerajaan mengenai undang-undang Islam.

Kami juga menuntut agar pihak berkuasa mengawal
sebarang perbincangan secara terbuka dan tidak
beretika berkaitan pelaksanaan undang-undang syariah
oleh pihak-pihak yang cuba mengelirukan masyarakat
awam tanpa ia dirujuk dahulu kepada pihak yang
mempunyai autoriti dan bertanggungjawab keatas hal
ehwal agama Islam di negara ini.

Syeikh Abu Bakar Hj.Awang
Yang Dipertua
Persatuan Ulama Kedah(PUK)

Dato' Syeikh Azmi Hj.Ahmad
Pengerusi
Instituit Penyelidikan dan Pengembangan Syariah
Malaysia(ISRA)

Hj.Abdul Ghani Shamsuddin
Pengerusi
Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia(SHURA)

Prof.Madya Dr.Wan Salim Mohd Nor
Yang DiPertua
Persatuan Ulama Cawangan Pulau Pinang.

Hj.Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Hafiz Mustaff Lubis
Pengerusi
Nadwah guru-guru Sekolah Agama Rakyat (NADWAH)

Hj.Wan Tarmizi Wan Abdul Aziz
Pengerusi
Persatuan Pendokong Sekolah Agama Rakyat Perak (PPSR)

Tuan Guru Hj.Salleh Musa
Mudir
Madrasah Ar Rohmaniah Sik , Kedah

Hj.Mahfuz Omar
Pengerusi
Institut Pengembelengan dan Pembangunan Komuniti
(IMPAK)


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke