From: KakIna Isa
Sent: Wednesday, March 02, 2005 2:53 PM
Subject: Da'a Ilallah & cerita bicara kembara

Wa'alaikumussalam wbt,
Alhamdulillah baru lega sedikit hati ini dari nikmat kesihatan yang Allah swt tarik sedikit sejak beberapa minggu ini.  Setelah diuji Allah swt baru kita dapat menghargai nikmat rezeki kesihatan yang baik Allah swt beri pada kita semua, dan menggunakannya menurut kemampuan hak penjagaan dan penggunaan ciptaanNya.
 
Tahniah warga Bicara KEmbara dan para pembacanya sekelian.  Semoga semua mendapat barokah dari Allah swt dan manafaat dari kelahiran BK ini, InsyaAllah.
 
Tahniah juga pada semua warga MSM yang bertungkus lumus kendatipun anak2 kecil yang baru berkedip untuk mengenal dunia yang fana ini yang telah diusung untuk bersama mengorak langkah menjejak kaki di atas jalan da'wah ini bersama ibubapa tercinta yang hanya mempunyai niat yang satu lillahita'ala. 
 
Tak kira dengan Bicara Kembara (ada AJK kembara yang sudah berumahtangga/ada ahli yang masih membujang tapi masih belum mahu menyahut saranan artikel kembara - kenapa masih membujang?) atau SpiNOnya, atau KRIMnya - jeritan hati anak yang menagihkan bimbingan dari generasi tuanya, Q & QTA nya yang tak cukup tangan dan kaki untuk memantau dan menampung kepincangan2 yang masih terlopong dalam perjuangan dalam wadah MSM ini, Medan2 di luar - IMAM, FOSIS, yang menjerit batinnya memerlukan pertolongan para da'i yang masih perlu dimantapkan lagi, rakan sepejuangan sefikrah seperti MAB yang menagih tenaga kita juga untuk meneruskan perjuangan ini, semuanya ini kadang2 tanpa pertolongan dari YANG MAHA ESA - ALlah swt dan qudrah serta iradah yang didasari dengan iman yang amiq(mantap), taqwin(proses pembentukan) yang daqiq(sempurna lagi bersistematik) serta amal yang mutawassil(berterusan) - para da'i ada yang futhur(gugur) di atas jalan da'wah ini kerana KELETIHAN oleh katanya 'bebanan' kerja  da'wah/memilih jalan lain yang membawa mereka ke neraka.  Atau "asalnya mereka melibatkan diiri secara serius dalam medan da'wah, rajin bergerak memperkenalkan asas2 Islam kepada oranglain, tetapi tidak berapa lama selepas itu sikapnya berubah dari da'wahnya kepada usaha mempertahankan diri dari kecaman saingan2nya. Atau menganggap semua pendengar sebagai saingan politiknya.  N'auzubillahiminzalik.  Kenyataan ini bukanlah cerita yang dibuat2, tetapi hal seperti ini memang banyak berlaku di kalangan orang2 yang bergiat dengan kerja2 da'wah di dalam tubuh kaum muslimin pada zaman ini." - Kata2 Dr. Muhammad Said Ramadan (AL-BUTTYA) mukasurat : 33 " Rahsia Da'wah Yang Berkesan"
 
Justeru itu ingin cik ina berpesan di sini bahawa dalam usaha kita berda'wah ini kita hendaklah bermula dati 3 titik tolak da'wah yang dikehendaki oleh ALlah swt dan ditunjuki oleh junjungan besar kita Rasulullah saw :
1. Titik tolak 1 :
a.  Sebelum memulai kegiatan da'wah, kita seharusnya menginsafi sedalam2nya bahawa kerja2 da'wah ini sebenarnya satu 'IBADAH', satu kewajipan atau satu tanggungjawab yang tidak boleh ditawar2 oleh setiap muslim.
b. Tujuannya adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah swt, mengajak manusia mendekatkan diri kepada ALlah swt dan untuk mendapat keredhaanNya.
Dalil : Surah ALi Imran : 104, Fussilat : 33,
Kata2 Dr. Muhammad Said Ramadan (AL-BUTTYA) mukasurat : 34 " Rahsia Da'wah Yang Berkesan"
2. Titik tolak 2 :
a. Cinta dan Kasih Sayang merupakan titik tolak bagi da'wah yang berhasil.  Juruda'wah yang berkesan ialah seorang muslim yang memiliki cinta dan kasih sayang kepada sesama manusia yang dida'wahinya tidak kira apa jua golongan, agama dan fahaman politik mereka. 
Kata2 Dr. Muhammad Said Ramadan (AL-BUTTYA) mukasurat : 43 " Rahsia Da'wah Yang Berkesan"
Jangan jadikan kepentingan peribadi/prasangka buruk terhadap manusia yang dida'wahi sebagai asas da'wah.  Kemaafan itu lebih afdal di sisi Allah swt.
Dalil : Surah An-Nuur : 22
 
3. Titik tolak 3 :
a. Keyakinan bahawa tugas2 melaksanakan da'wah adalah SAMA dengan melaksanakan satu kewajipan di antara sejumlah kewajipan yang ditetapkan oleh Allah swt ke atas orang2 Islam seluruhnya.
b. Apabila seorang muslim telah melaksanakan kewajipannya dalam bidang da'wah ini, maka hasil akhirnya hendaklah dia serahkan kepada kebijaksanaan Allah swt.
c. Jangan pula juruda'wah bekerja seperti orang yang menyangka bahawa puncak segala masalah berada di tangannya atau menyangka bahawa hasil kerjanya adalah ditentukan olehnya yang boleh diubah atau ditetapkannya sendiri. 
Ramai juru da'wah JAHIL tentang hakikat ini, sedangkan ia merupakan TITIK TOLAK DA'WAH paling penting.
KERANA TIDAK MENGERTI HAKIKAT INI :
i. Ramai juruda'wah memaksa diri dengan perkara2 yang sebenarnya tidak dibebankan Allah swt ke bahu mereka/tidak dibenarkanNya dilakukan oleh mereka.  Tapi mereka BERANGGAPAN cara itulah satu2nya yang dapat menyampaikan cita2nya.
ii. Juruda'wah kadang2 BERPALING dari kewajipan :
   a. BERSERAH DIRI pada ALlah swt,
   b. LUPA memperbanyak ZIKR kepadaNYA ketika bersendirian dan ketika dengan oranglain,
   c. KURANG memelihara diri
   d. TIDAK BERUSAHA membersihkan jiwa dengan berbagai cara
   e. KURANG memerhatikan rumahtangga - MEMPERBAIKI keadaan isteri dan anak2
       1. menggalakkan berzikr di kalangan ahli keluarga
Mereka BERPALING dari semua kewajipan 2 ini sedangkan inilah INTI DA'WAH ISLAM dan PERTAHANANnya.
 
TAPI.................
Mereka LEBIH SERING :
1. duduk untuk menyesali keadaan yang menimpa ummat Islam yang semakin merosot jumlah/ditindas
2. mereka bersedia berjaga sepanjang malam untuk mencari jalan penyelesaiannya
Kata2 Dr. Muhammad Said Ramadan (AL-BUTTYA) mukasurat : 59 " Rahsia Da'wah Yang Berkesan"
tapi tidak SOLAT MALAM(tahajjud)/tidur lewat sampai terlewat solat subuh/melupakan taqarrubnya pada ALlah swt.
 
Jadi sekiranya kita realisasikan dari titik tolak da'wah sebagai penghambaan diri kepada ALlah swt (ibadah & ubudiyyah) pada setiap usaha yang kita lakukan, tentu kita akan mengerti bahawa :
a. mendirikan masyarakat yang berpandukan syariat ISlam, hukum dan undang2 Islam tidak lain daripada pahala(hadiah) dari Allah swt.
 
Kita akan memastikan kemantapan iman, amal dan hubungan kita dengan ALlah swt, menggalakkan keluarga dan anak2 dan rakan2 banyak berzikr kepada Allah swt, beribadah dan merendahkan diri kepadaNya selaku pencipta diri kita dan pembuat aturan yang mengatur hidup dan kehidupan mereka.
 
Inilah yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah saw dan sahabat2nya; mereka tidak mengetuk pintu nurani masyarakat kecuali dengan usaha seperti ini sesuai dengan tugas2 dan kewajipan2 yang ditetapkan kepada mereka oleh Allah swt dalam melaksanakan da'wah dan mereka melaksanakan da'wah itu dengan HATI yang PENUH TAKUT kepada ALlah swt.  ALlah swt pun mengubah  keadaan mereka dengan keadaan yang lain, dan Dia  dirikan bagi mereka masyarakat bahagia, kuat, diredhai berdasarkan syariat Islam.  Kemudian diberiNya kepada mereka pemimpin yang melaksanakan kewajipan dan kerja yang sesuai menurut ketetapan Allah swt.
 
Rujukan : Rahsia Da'wah Yang Berkesan - Dr. Muhammad Said Ramadan(AL-BUTTY)
 
Pesanan Terakhir : " Katakanlah :'Aku Beriman dengan sebenar2nya kepada Allah swt', kemudian ISTAQAMAHlah"
Firman ALlah swt : " Verily, those who say :"Our Lord is ALlah swt (Alone), " and then they stand FIRM, on them the angels will descend(at the time of their death) saying : "Fear not, nor grieve! But receive the glad tidings of Paradise which you have been promised!" - Fussilat : 30
MasyaAllah! indahnya saat itu - lerai habis segala keletihan dan gindah gulana hati mengenangkan nasib diri.  ALlah swt janjikan Syurga untuk kita. InsyaALlah.  IKHLAS kan hati di jalan da'wah ini hingga ke hembusan nafas dan titisan darah yang terakhir.
Wallahu'alam,
Cik INA


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke