http://www.maynetwork.net/nufera/ (013-3014262)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Gastrik dan ulser

Apakah sistem Gastrousus?

Sistem gastrousus dikenali juga sebagai sistem penghadaman. Ia
terbahagi kepada bahagian atas dan bawah. Sistem penghadaman
bahagian bawah terdiri daripada esofogus, perut, deudenum, jejunum
dan ileum.

Dalam keadaan normal, esofogus menyalurkan makanan dari mulut ke
dalam perut melalui proses peristalsis (pengecutan dan pengenduran
otot). Di hujung bahagian bawah esofogus terdapat sfinkter yang
membenarkan dan mengawal makanan masuk ke dalam perut serta
menghalang kandungan dalam perut untuk masuk semula ke dalam
esofagus. Proses di mana makanan dalam perut masuk semula ke dalam
esofogus dikenali sebagai refluks.

Perut terdiri daripada dua bahagian: proksimal dan distal yang
berfungsi untuk mengosongkan bahan yang berbentuk cecair dan
pepejal. Di perut terdapat sfinkter yang mengawal pengosongan perut.
Perut yang mengeluarkan beberapa jenis rembesan seperti enzim pepsin
dan asid hidroklorik yang menjadikan jus dan cecair gastrik yang
diperlukan untuk mencerna makanan. Rembesan cecair gastrik berlaku
dalam beberapa keadaan atau fasa. Dalam fasa sefalik, rembesan perut
dapat dihasilkan biarpun ketika seseorang sedang berpuasa. Dalam
fasa gastrik, kehadiran makanan dalam perut akan merangsang rembesan
perut. Satu lagi fasa ialah intestinal. Dalam fasa ini, rembesan
boleh direncat atau dirangsang oleh beberapa jenis bahan kimia.

Faktor merangsang dan merencat rembesan perut

Terdapat beberapa bahan kimia dalam perut yang boleh merangsang
penghasilan cecair atau rembesan perut. Antaranya ialah asetilkolin,
hormon gastrin, histamin dan enzim protein kinase. Bahan-bahan kimia
ini dihasilkan daripada rangsangan bahan seperti asid amino, peptid,
alkohol dan kalsium.

Sebaliknya, tedapat beberapa bahan yang boleh merencat rembesan
perut. Antaranya ialah bahan berlemak, larutan yang tinggi
kepekatannya dan kandungan gula yang tinggi dalam darah. Rembesan
perut boleh menghakis dan mencederakan lapisan dalam perut. Namun,
lapisan gel mukus yang dihasilkan dalam perut mampu melindungi perut
daripada sebarang kecederaan dan dengan cepat. Proses ini biasanya
memakan masa sehingga 30 minit. Proses pertahanan dan pembaikan
lapisan perut dan usus merupakan faktor utama yang menentukan
kejadian ulser peptik.

Bahagian duodenum menerima dan menyimpan makanan yang telah
dihadamkan. Makanan itu kemudiannya disalurkan ke bahagian distal
perut. Di sini rembesan gastrik bercampur dengan makanan sebelum
disalurkan ke bahagian duodenum (bahagian atas usus kecil). Kadar
pengosongan perut dipengaruhi oleh beberapa perkara seperti hormon,
larutan yang pekat, larutan berasid, bahan berlemak dan perut yang
distensi (kembung).

Perut sentiasa terdedah kepada persekitaran luar kerana pelbagai
bahan dapat masuk ke dalamnya. Inflamasi atau radang yang akut
(segera) atau kronik (berpanjangan) dapat berlaku kepada sistem
gastrousus jika mekanisme pertahanan gagal mengawal keadaan.

Jenis gangguan sistem gastrousus

Terdapat dua masalah utama yang berlaku kepada sistem gastrousus:

a) Masalah akut pada bahagian atas sistem gastrousus

Refluks gastroesofagus

Aliran kandungan daripada perut atau deudenum ke bahagian esofagus.
Kesannya bergantung kepada campuran asid, pepsin, garam hempedu dan
enzim.

Gastritis

Inflamasi pada bahagian lapisan perut. Antara perkara yang
menyebakan keradangan ialah ubat, termakan bahan yang menghakis atau
tekanan emosi.

Esofagitis

Inflamasi pada bahagian esofagus akibat aliran berlawanan kandungan
di dalam duodenum. Kandungan ini mungkin mengandungi hempedu enzim
atau alkali.

Dispepsia (bukan ulser)

Ketidakselesaan bahagian atas abdomen yang sekejap-sekejap selepas
makan. Masalah ini dikaitkan dengan gangguan fungsi atau keupayaan
penghadaman.

Ulser akibat ubat dan bahan kimia

Hakisan dan kecederaan pada bahagian lapisan perut dan usus. Bahan-
bahan seperti ubat, alkohol, kafein dan asap rokok boleh menyebabkan
keadaan ini.

Ulser akibat tekanan

Hakisan dan kecederaan pada bahagian lapisan perut (bahagian utama),
duodenum dan esofagus akibat tekanan emosi.

b) Masalah kronik pada bahagian atas sistem gastrousus

Gastritis kronik

Berlaku kecederaan berpanjangan yang boleh memberi kesan negatif
kepada fungsi perut untuk menghasilkan rembesan bagi proses
penghadaman. Terdapat kaitan yang rapat antara masalah ini dengan
tabiat merokok.

Penyakit ulser peptik

Secara umum, ulser dalam perut dan duodenum dikenali sebagai ulser
peptik. Ini merupakan masalah kronik tetapi kadangkala pesakit boleh
mendapat serangan akut (secara tiba-tiba). Kajian menunjukkan bahawa
ulser peptik disebabkan oleh kuman Helicobacter Pylori. Kuman ini
kerap hadir bila berlaku keradangan pada bahagian lapisan perut.

Selain itu, ia ada kaitan dengan kesan menghakis asid dan pepsin.
Bahagian yang paling kerap menghadapi masalah ini ialah duodenum
dalam perut. Masalah ulser peptik membawa implikasi kesihatan dan
ekonomi yang serius. Kos rawatan agak mahal kerana ia melibatkan
kemasukan ke haspital, kos profesional kesihatan dan kos ubat-ubatan
serta kos daripada sudut kehilangan produktiviti akibat tidak dapat
bekerja dalam tempoh yang lama.

Ulser gastrik

Merujuk kepada ulser perut. Pesakit mungkin mempunyai kandungan asid
yang rendah atau normal. Ulser gastrik peringkat primer
dikategorikan oleh rembesan asid yang sedikit, manakala ulser
gastrik sekunder akibat ulser duodenal dikategorikan oleh rembesan
asid yang tinggi. Pesakit sering merungut kesakitan dan pendarahan
berlaku pada bahagian gastrousus. Darah boleh dikesan dalam muntah
atau najis.

Kesakitan dirasakan dalam tempoh 30 hingga 60 minit selepas makan
dan kekal selama 60 hingga 90 minit. Ini kerana makanan yang masuk
ke dalam perut akan mengembangkan bahagian perut serta merangsang
rembesan asid. Pesakit akan kerap berasa sakit apabila makan dan ini
akan membuatkan pesakit tidak mahu makan dan mengakibatkan
kehilangan berat badan.

Ulser duodenal

Ia disebabkan oleh rembesan asid dan pepsin yang terlalu banyak.
Pesakit berasa sakit dua hingga tiga jam selepas makan dan boleh
berterusan sehingga waktu makan yang selanjutnya. Ia berlaku apabila
perut kosong. Sebaliknya pesakit ulser duodenal mempunyai selera
makan yang baik dan peningkatan berat badan berlaku akibat
pengambilan makanan yang kerap untuk mengurangkan atau mencegah rasa
sakit.

Antara faktor yang menyebabkan ulser ialah gaya hidup, merokok,
kafein, alkohol, tekanan, asid dan pepsin, dan kuman bakteria
Helicobactor pylori.

Rawatan

Pesakit boleh memilih sama ada untuk merawat sendiri atau merujuk
kepada doktor. Kesemua in bergantung kepada tahap serta jenis
masalah yang dialami oleh individu. Jika rungutan berkaitan dengan
maslah bahagian atas sistem gastrousus seperti gastritis akut tanpa
pendarahan dan redluks, pesakit boleh mengamalkan swa-pengubatan
dengan berjumpa ahli farmasi dan mendapatkan nasihat serta ubat yang
sesuai. Ubat dalam kumpulan antasid hanya boleh disarankan jika
pesakit mengalami serangan akut atau maslah tersebut disebabkan oleh
jenis dan jumlah makanan yang dimakan, pengambilan minuman
beralkohol atau tekanan emosi.

Individu yang mengalami masalah yang akut tetapi terdapat tanda-
tanda yang menunjukkan berlaku kecederaan yang teruk pada bahagian
lapisan perut, pesakit tersebut harus dirujukkan kepada doktor.
Pemerhatian doktor sangat penting jika individu mengalami gangguan
yang kronik atau menghidap penyakit ulser. Ini penting kerana
pesakit mungkin mengalami masalah lain seperti kanser pada bahagian
perut atau duodenum. Gastritis akut yang berlaku berulang-ulang
boleh mengakibatkan ulser gastrik.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Testimoni Pesakit Ulser;

Saya mula menghidap sakit ulcer perut yang teruk sejak sebelum
berkahwin lagi. Beribu ringgit telah saya belanjakan untuk mengubati
sakit ulcer ini namun tidak satu pun usaha saya yang berjaya.

Apabila saya mula diperkenalkan kepada Nufera VCO oleh rakan karib
saya, persoalan utama adalah apakah ianya berkesan dengan harganya
yang rendah. Sedangkan ubat yang saya telah gunakan sebelum ini
bernilai beribu ringgit tetapi penyakit ulcer saya masih tidak
sembuh juga! Selama 12 tahun saya merana dan badan saya menjadi
kurus kerana tidak dapat makan dengan sempurna. Setiap kali makan,
perut saya akan menjadi teramat sakit, pedih dan bisa. Atas saranan
rakan karib, saya terus juga mencuba Nufera VCO.

Alangkah terkejutnya saya dengan hanya memakan satu setengah botol
Nufera VCO perut saya tidak lagi bermasalah. Sekarang saya sudah
boleh makan seperti seorang yang sihat. Badan saya pun sudah mula
berisi. Berat badan telah bertambah beberapa kg. Semua orang
termasuk ibubapa, adik beradik, isteri dan rakan rakan sepejabat
terkejut dengan perubahan saya yang mendadak ini.

Saya sudah pasti akan mempromosikan Nufera VCO sebagai penemuan alaf
baru dalam dunia perubatan! SYABAS kepada BIO NEUTRACEUTICAL (M) SDN
BHD yang telah menghasilkan Nufera VCO. Jutaan terima kasih yang
tidak terhingga dari saya dengan ikhlas. (VCO = Virgin Coconut Oil /
Minyak Kelapa Dara)

Masruhaizan bin Abu Samah, 40 Thn, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor

Maklumat pembelian & bayaran sila email: [EMAIL PROTECTED] atau
maklumat produk : http://www.maynetwork.net/nufera/ (013-3014262)

Wakil jualan amat diperlukan di seluruh Malaysia, maklumat lanjut : 
http://www.maynetwork.net/nufera/rakaniaga.html








------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
What would our lives be like without music, dance, and theater?
Donate or volunteer in the arts today at Network for Good!
http://us.click.yahoo.com/WwRTUD/SOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke