Peluang Perniagaan : http://www.maynetwork.net/nufera/rakaniaga.html
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tiga virus serang MSN Messenger

TIGA jenis virus, Kelvir.B, Kelvir.C dan Fatso.A dikesan oleh 
syarikat perisian antivirus PandaSoftware menerusi makmalnya 
PandaLab sedang merebak dengan pantas dan menyerang sistem pesanan 
segera MSN Messenger.

Kedua-dua virus Kelbir.B dan Kelbir.C menyerang mangsa dengan 
menghantar mesej omg this is funny! (Kelvir.B) or lol! see it! u'll 
like it (Kelvir.C), bersama rangkaian alamat internet. Jika pengguna 
terus klik pautan itu, fail yang mengandungi kod virus berkenaan 
akan dimuat turun dan dipasang di dalam komputer.

Pada masa yang sama selepas siap pemasangan berkenaan, virus 
terbabit akan menghantar mesej terbaru kepada maklumat hubungan yang 
ada di dalam MSN Messenger dan pada ketika itu juga akan memindah 
turun pelbagai varian virus Trojan Gaobot dan Sdbot daripada alamat 
web berlainan.

Virus trojan itu membolehkan penceroboh sistem rangkaian komputer 
mengambil alih dan mengawal komputer secara jarak jauh dan 
menjejaskan saluran sembang IRC.

Virus cecacing Fatso.A akan menghantar mesej mengandungi pautan muka 
surat daripada fail yang mengandungi salinan kod virus berkenaan dan 
dimuat turun. Apabila ia memasuki sistem komputer, ia akan 
menghantar dirinya kepada alamat yang ada di dalam MSN Messenger dan 
memindah turun fail lain kepada sistem direktori utama.

Ia juga mampu untuk merebak menerusi aplikasi P2P seperti KaZaA 
dengan mewujudkan salinan dirinya di dalam direktori berkongsi yang 
dimanfaatkan program berkenaan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Peluang Perniagaan : http://www.maynetwork.net/nufera/rakaniaga.html
Produk Biotek, dihasilkan selepas kajian selama 8 thn dengan UPM
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~








------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Has someone you know been affected by illness or disease?
Network for Good is THE place to support health awareness efforts!
http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke