Di sini Kita Bermula..
Dr. Omar Yaakob

5. Sumber-sumber selain al-Qur'an dan as-Sunnah juga penting

Selain dari sumber primer (primary sources) al-Qur'an dan as-Sunnah
yang sahih yang diterima secara ijma' oleh umat Islam sebagai sumber
asasi, terdapat juga sumber-sumber sekunder (secondary sources)  yang
tidak semuanya diterima secara sepakat.

Di antara sumber-sumber ini, dua sumber yang diterima umum oleh
kebanyakan ulama' ialah ijma' dan qiyas.

Selain daripada itu, terdapat juga cara-cara dan sumber lain yang
digunakan oleh ulama untuk memahami dan menetapkan hukum yang tiada
dalil-dalil qat'i (putus) berkenaannya.  Di antara sumber atau
cara-cara ini ialah al-istishab, al-istihsan, al-maslihul-mursalih,
al-urf, mazhab sahabah dan syariat rasul-rasul terdahulu.

Jelas kepada kita bahawa berbanding agama lain, Islam mempunyai tiga
perbezaan ketara.

Pertama, segenap amalan dan pegangannya mempunyai asas hujjah atau
alasan yang kukuh bersumber daripada sumber primer dan sekunder. 
Kedua, sumber-sumber untuk alasan-alasan dan hujjah tersebut juga
diketahui dan boleh dirujuk oleh sesiapa yang ingin menilainya.

Ketiga, bukan sahaja sumber itu dianggap penting, bahkan dalam Islam
proses serta tatacara pengambilan, penerbitan  atau penyarian hukum
juga amat penting.

Misalnya kaedah penyarian atau pengambilan hukum harus mengambil kira
kekukuhan hujjah bergantung kepada keutamaan sumber dan urutan seperti
yang disenaraikan di atas.

Oleh itu kita amat dukacita sekiranya terdapat golongan Muslimin yang
tidak prihatin tentang prinsip ini.

Terdapat di kalangan kita yang tidak mengambil berat untuk memastikan
setiap amalan dan pegangan mereka mempunyai hujjah yang bukan sekadar
hujjah tetapi hujjah yang kukuh.

Ramai yang mengikut tanpa usul periksa walaupun mereka mampu untuk
belajar dan menambah ilmu agama; berpada dengan ilmu yang dipeljari
semasa di bangku sekolah dulu.  Mereka lebih suka menghadiri majlis
hiburan daripada majlis ilmu, membaca komik daripada buku menambah
pengethauna agama.

Ada yang tak ambil kisah samada amalan yang dilakukan itu berasaskan
sumber yang sahih atau tidak. Ada pula yang tidak mahu memeriksa dulu
samada 'hadis' yang nak dipetik dan diedarkan melalui media internet
atau penulisan lain itu sahih atau tidak. Sebaliknya, terdapat pula
segolongan lain yang terasa 'terlebih' pandai pula  langsung menolak
sumber-sumber lain selain al-Quran. Inilah kecelaruan yang sering
timbul apabila umat tidak  bermula dengan asas yang kukuh dalam
pegangan agama.

bersambung inshaAllah.





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke