Di sini Kita Bermula
Dr. Omar bin Yaakob

8.  Semua orang boleh buat hukum sendiri?

Rasul dan Nabi adalah maksum.  Ucapan dan kata-kata mereka dipandu
oleh wahyu dan pancaran ilham Ilahi.

Allah SWT menyebut mengenai Rasulullah (saw):

" Dan tidaklah yang diucapkannya itu menurut kemauan hawa nafsunya.  
Ucapannya  itu tiada lain melainkan adalah wahyu yang diwahyukan
(kepadanya)"
                        Surah Annajm: 3-4

Oleh itu ucapan Rasulullah (saw) adalah kebenaran secara mutlak.

Sebaliknya ucapan dan pendapat seseorang manusia yang tidak maksum
bukan mutlak.  Ia boleh diterima atau ditinggalkan.  Ia bergantung
kepada sejauh atau sedekat mana ucapan tersebut dengan kebenaran,
sejauh atau sedekat mana pendapat atau pandangan tersebut dengan
sumber sebenar kita al-Quran, as-Sunnah dan sumber sekunder kita yang
lain.

Sekiranya kita berpegang kepada prinsip ini, kita akan sentiasa berada
di landasan yang betul.  Kita tidak menelan bulat-bulat pendapat dan
pandangan orang.  Kita menilai setiap pendapat dan pandangan dengan
neraca al-Quran dan as-Sunnah.

Kita tidak bergantung kepada 'orangnya', tidak kepada yang
mengucapkannya, tidak kepada yang membawanya, tidak kepada yang
menukilkannya.  Sebaliknya kita bergantung kepada dalil dan hujjahnya.
 Selagi hujjahnya kukuh berdalilkan al-Quran dan hadis sahih, maka di
situlah yang lebih dekat dengan kebenaran.

Walau pun demikian saya tidak sekali-kali membawa idea atau
mengsyorkan agar kita pandai-pandai sendiri membuat hukum.  Jauh
sekali!

Kita harus berhati-hati di sini kerana salah satu masalah yang
dihadapi oleh segolongan umat Islam yang ingin kembali kepada al-Quran
dan as-Sunnah ialah cepatnya mengambil atau menyimpulkan hukum dari
satu atau dua nas yang ditemuinya.  Dia menganggap bahawa oleh kerana
nasnya sahih misalnya, maka beliau boleh terus berpegang kepada hukum
yang diperolehi secara direct tersebut.  Lebih malang lagi jika beliau
mahu pula semua orang menerima tafsiran yang dibuat olehnya atau oleh
pemimpin kumpulannya. Itu saja tafsiran yang disogokkan, tidak yang
lain!

Sebenarnya, dalam Islam bukan sekadar sumber tetapi pendekatan dan
metodologi pengambilan hukum dari sumber adalah penting.  Terdapat
beberapa prinsip atau kaedah yang perlu digarap sebelum seseorang
boleh menetapkan hukum berdasarkan sesuatu nas tersebut.

Misalnya kita perlu tahu klasifikasi nas tersebut samada qat'i (jelas/
putus/ non-debatable) atau dzanni (tidak jelas/debatable).  Qat'i atau
dzanninya sesuatu nas itu pula perlu dilihat daripada dua segi yakni
thubut (kekukuhannya seperti yang telah dibincangkan sebelum) dan
dilalahnya (terbitan panduan/hukumnya).  Begitu juga tentang konteks
nas serta kaedah pengkhususannya dan peng'umum'annya.

Sebagai contoh sekiranya nas itu adalah hadis beberapa perkara perlu
dipertimbangkan seperti misalnya perbezaan darjat antara hadis qauli
(perkataan) dan hadis fi'li (perbuatan), berlaku atau tidak
pemansuhan, samada terdapat pengkhususan kepada Rasulululah s.a.w. dan
juga samada perkara yang dilakukan oleh baginda adalah kerana sifat
baginda sebagai manusia biasa atau kerana sifatnya sebagai Rasul.

Oleh itu, walaupun tidak mustahil bagi sesiapa di kalangan umat Islam
untuk pergi terus kepada al-Quran dan as-Sunnah tetapi ia perlu
mempunyai keupayaan untuk menyelami segala sudut ilmu Islam sebelum
boleh secara sendirian mengeluarkan hukum untuk dirinya atau orang
lain.

… bersambung inshaAllah


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Has someone you know been affected by illness or disease?
Network for Good is THE place to support health awareness efforts!
http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke