Nak berkongsi pendapat :

  Kebanyakan para fuqaha' dari kalangan mazhab Maliki,
Syafi'i, Zaidiyah dan sebahagian mazhab Hanafi
berpandangan bahawasanya solat berjemaah bagi solat
fardhu lima waktu adalah sunat muakkadah. Ada pula
sebahagiannya menyatakan bahawa hukumnya adalah fardhu
kifayah. 

 Terdapat banyak hikmat solat berjemaah antaranya
ialah ia lebih utama daripada solat sendirian dengan
dua puluh tujuh darjat. Solat fardhu berjemaah boleh
ditinggalkan jika ada keuzuran seperti sakit, hujan
lebat dsb. Makruh meninggalkannya bagi yang mampu.
Jika tiada orang yang buat solat fardhu berjemaah
dalam sesuatu kawasan atau kariah maka seluruh
penduduk akan berdosa. 

 Tetapi, ia bukanlah suatu paksaan ; hinggakan dipulau
jika tidak ke masjid. Islam tidak mengajar sedemikian.
Seperti di tempat saya ; kami sentiasa menjaga
hubungan, sesama tetangga,sama ada yg ahli surau
ataupun jarang2; ataupun yg tak pernah ke surau
langsung pun ada.Jemputan kenduri tetap dimeriahkan;
tak kira ahli surau atau tidak.

 




--- norjannah mohamed noh <[EMAIL PROTECTED]>
wrote:
> From: Tunku Jayadi [mailto:[EMAIL PROTECTED]
> 
> Masjid dan Orang Mesjid
> 
> Ni teman nak pesan nih…selalu2 lah datang masjid.
> Gi dengar ceramah ke…sembahyang…ke…kawan2lah dengan
> orang masjid.
> Bukan apa kengkadang tu bila ada kematian, pertama
> kalilah si-polan tu masuk
> masjid (dah jadi arwah dah pun).
> 
> Kengkadang tu teman terdengar jugak dioarang dok
> cakap2….dah mati baru nak
> cari orang masjid nak settlekan.
> 
> Nak suruh mandikanlah, nak suruh kapankanlah,
> sembahyangkanlah…masa hidup
> batang hidungpun tak pernah nampak kat masjid!
> 
> Teman malu jugak kalau dengor macam tu…maklumlah
> yang datang masjid tu pun
> rambut sama hitam…ada yang sama putih…mulut lain2.
> 
> Tapi benor jugak cakap diorang tu…
> 
> Bila nak buat khenduri baru sebok cari orang masjid.
> 
> Ada jugak telinga teman dengor orang cakap macam ni,
> datang mesjid tak
> pernah, balik2 suruh kita datang rumah dia baca doa
> selamat…lepas tu bagi
> makan…apa ingat kita ni lapar sangat ke!
> 
> Tu lah teman dah khabor dah, cop sama orang mesjid
> tapi mulut tetap lain2.
> 
> Pernah teman datang khenduri doa selamat kat rumah
> sorang hamba Allah.
> 
> Famili dia yang masih hidup tu memang tak pernah
> jengok masjid.…alih2 jemput
> orang masjid baca doa selamat lepas isyak….tunggu
> punya tunggu sorang pun
> tak datang.
> 
> Akhirnya dia satu famili (termasuk teman dan kawan
> teman sekalilah) wallap
> apa yang ada…
> 
> Teman pun tak paham camne boleh jadi macam tu.
> 
> Tapi lepas tu teman dapat tahu malam tu ada jemaah
> masjid buat khenduri time
> yang sama.
> 
> Kita kena tunaikan hajat jemaah dulu…kata geng
> diorang.
> 
> Lepas diorang baca yaasin, makan, lepas tu badan
> naik letih lepas tu terus
> ca alip bot rumah masing2 sebab besok tu nak bangun
> pepagi.
> 
> Sebenornya Tuhan jugak yg menggerakkan hati diarang
> tu…
> 
> Kita malas nak jenguk rumah Dia (masjid tu kan rumah
> Dia), Kalau nasib tak
> baik Tuhan nak test kita, macam tulah jadi nya.
> 
> Kengkadang tu bila dah petang teman belilah pisang
> banyak2 lepas tu teman
> bagilah monyet2 kat Lake Garden tu makan.
> 
> Tengah dok perati monyet2 tu makan terpikir pulak
> teman… sejak bila orang
> Melayu suka sedekah pisang kat mesjid?
> 
> Ada jugak teman dengor ada orang kat mesjid tu
> bersungut, ingat kita ni
> apa…,(malas teman nak khabor)
> 
> Teman rasa kalau nak sangat sedekah tu carilah
> alternatif lain pulak, epal
> ke, limau ke (limau bukan untuk orang cina aje ye!),
> kalau letak nasi
> bungkus lagi best!
> 
> Tu lah teman nak pesan nih, kalau malas nak gi
> mesjid, malas nak join orang
> mesjid, kalau kenduri tu paling baik tok sah panggil
> orang mesjid.
> 
> Teman pun dok pikir jugak…dia orang yang bersungut
> kat mesjid tu salah ke
> atau kita yang malas gi mesjid tu salah!?!
> 
> ~tunku~
>  
> 
> 
> 

Ahmad Fadzli bin Ahmad Saleh
 



                
Yahoo! Mail
Stay connected, organized, and protected. Take the tour:
http://tour.mail.yahoo.com/mailtour.html





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Has someone you know been affected by illness or disease?
Network for Good is THE place to support health awareness efforts!
http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke