Karnival Makanan Halal dan Nasyid di Kota Bharu
Tuesday, May 10 @ 17:33:10 MYT


KOTA BHARU, 10 Mei (Hrkh) - Kerajaan negeri akan menganjurkan Karnival Makanan Halal dan Nasyid selama 12 hari bermula 29 Mei hingga 9 Jun depan yang julung kali diadakan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam dan Dakwah Negeri, Ustaz Hassan Mohamood berkata, program itu dianjur Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (Jaheaik) akan diadakan di Padang Perdana bermula jam 9 pagi.

Katanya, pelbagai program menarik akan diadakan antaranya vacana halal dan kepenggunaan yang bakal disertai 500 peserta. Ia akan diadakan di Dewan Jubli Perak MPKB,” katanya di sini, hari ini.

Program tersebut akan dirasmikan Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan penutupnya oleh Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob.

Selain itu, katanya, dianggarkan 200 pengusaha pelbagai produk halal akan menyertai Seminar Persijilan Halal yang dijangka diadakan di Hotel Perdana pada 2 Jun depan.

“Kerajaan negeri mengambil tanggungjawab menganjurkan program ini supaya rakyat Kelantan dapat menikmati makanan halal hasil produk yang dikeluarkan pengusaha tempatan,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mempelawa pengusaha produk makanan dan minuman menyertai seminar tersebut bagi membolehkan mereka layak mendapat sijil halal dikeluarkan Jaheaik.

“Setakat ini kesedaran pengusaha Kelantan untuk merebut peluang tanda sijil halal amat rendah, di mana hanya 85 syarikat yang beroperasi di negeri ini memiliki sijil tersebut,” ujarnya.

Bagi menarik pengunjung pihak penganjur turut mengadakan persembahan nasyid yang mewakili setiap jajahan di Kelantan. Johan pertandingan tersebut akan mewakili negeri ini bertanding di peringkat kebangsaan. – SMH/mj


How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke