From: "shamsiah"

MUTIARA MINDA 
 

Teringat pesan ayahanda... 

"Sudahkah di Qada' Solat yang lepas-lepas? Jika tidak ingat, gantikanlah dengan 
mengira berapa usia kita sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil 
baligh kita..." Subhanallah, betapa alpa nya kami... Sesungguhnya Engkau maha 
penerima taubat... 

 

Peringatan buat diriku yang sering lupa........ 

Adakah kita seorang Islam???? Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini 
hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah 
bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar 
kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah 
pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan 
kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari. Dunia yang 
semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu, kegawatan 

ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa bumi, peperangan 

dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah 
kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan 
Allah!! Adakah kita benar-benar seorang Islam???? Maka, adakah kita fikir 
bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga?Adakah kita 
fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak 
malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin ... walhal semuanya adalah 
kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah. 
Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.Adakah 
kita yakin kita seorang Islam??? 

Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik 

sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana 
menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita masih leka di 
buai perasaan...  

 

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah.. 

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah... 

 

Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun??? 

Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal 

dari sekepal tanah yang hina!!!! Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah???? 

Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih 

mendedahkan aurat?. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu. 

Syariat,Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf... Dapatkah 

kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal 
menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus mempersalahkan 
puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri 
gagal memperhebatkan pertahanan diri. 

 

Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang 

tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa. Dosa!!! 

Kita tidak takut dosa.Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa 
seharian??? Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat???? Siapakah kita 
menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam. Bersediakah kita berhadapan 
dengan malaikat maut. Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga 
tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar. 

Kita pergi kuliah, pergi kerja ** kita yakin kita telah menutup aurat? Kita 
solat ... ** kita yakin solat kita tidak tercela? 

Kita makan ... ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah? 

Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti 
yang kita minum sekarang?

Kita ketawa ... ** kita tidak malu pada Allah?

 Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++, ... 

* kita yakin semua itu dapat membantun kita menjelangnya fitnah kubur? 

Kita berpuasa ** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela 

kita di hari akhirat?

 Kita sihat ... ** kita yakin Allah muliakan kita?

 Kita sakit ... ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat 
kesihatan? 

Siapa Kita???? 

Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina.. betapa 
hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa. Bersedialah 
menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh sakaratul maut. 
Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya. 

Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI......!!!! 

Siapa kita....???? 

 

Wallahu'alam - JKIM : 

ibu utama 

A) Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud : 

Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu: 

1 ) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN. 

2 ) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP. 

3 ) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA. 

4 ) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR 

 

B) Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran. 

 

C) Beberapa kata renungan dari Qur'an : 

Orang yang tidak melakukan sholat pada : 

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar 

Zhuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya 

Asar : Dijauhkan dari kesihatan / kekuatan 

Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya. 

Isya' : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnyaAl-Quran: 

 

Sembahyanglah sebelum kau disembahyangkan oleh orang lain. 




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/sTR6_D/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke