Nasihat 1(amanat penting)
 

Assalamualikum kepada pembaca budiman sekalian semoga anda dirahmati Allah SWT.
Dengan rahmatnya dapatlah anda membaca apa yang saya tulis pada kali ini.
Sesungguhnya segala usaha adalah dibayar oleh Allah SWT.
Jika nak kata anda suka beli nasi lemak bungkus dan makan. Maka seharusnya
anda dapat bungkus nasihat-nasihat ini seperti anda bungkus nasi lemak anda.
Anda dapat faedah dari ilmu dan amalnya kelak.

Di sini saya akan memberikan khasiat makanan. Anda boleh membacanya jika anda suka.
Jangan berhenti membaca, seharusnya teruslah sampai habis. Selamat membaca daripada saya.

====================================================================================

Makanan dan khasiatnya:

====================================================================================
(disini akan dipapar 3 jenis makanan dan khasiatnya)
Jintan manis(anisun)
Antara banyak khasiatnya ialah biji ini melegakan sakit dalam badan,
 menambahkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan air mani, dan membuang gas dalam usus.
Boleh juga digunakan dalam bentuk teh, sapu kemata untuk menguatkan pandangan mata.
Adalah diberitakan bahawa ular keluar dari tempat kediaman musim sejuknya
pergi mencari jintan manis dengan menyapukan matanya pada pokok itu, kerana penglihatannya
lemah dalam musim sejuk.
Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Adalah dikatakan epal
boleh menguatkan hati.
Asparagus (hiyawn)
Panas dan lembab. Asparagus membuka sekatan pada buah pinggang, dan
memudahkan kelahiran anak. Adalah dikhabarkan asparagus membunuh anjing yang memakannya.

=====================================================================================
Cerita Sufi
=====================================================================================

Seorang sufi boleh mengubati pesakit dengan hanya membacakan sesuatu dan menghembuskanya
kepada orang yang sakit itu. Sebentar kemudian pesakit itu mula sembuh. Tetapi orang
tidak melihat betapa lamanya sufi itu beramal sebelum dapat melakukan perkara yang luar biasa.
Mungkin sufi berkhalwat dan beruzlah selama 30 tahun, berzikir
dan membaca nama-nama Allah atau ayat-ayat al-Quran tertentu selama 50 juta kali,
untuk menyembuhkan seseorang. Mungkin tujuan utama sufi itu hidup di maya pada ini
adalah untuk menyembuhkan penyakit orang sahaja.

Seorang sufi, Barkat Ali, pernah berkata: "Hanya hati yang boleh menyampaikan ilmu
tentang hati. Ilmu ini dikurniai bukan dipelajari".
 
=====================================================================================

Perniagaan
http://rapid.eramaya.net/?x=monthly

=====================================================================================
Cara-cara nak berjaya dalam Perniagaan:
Ini adalah cerita orang yang dah berjaya:....
mungkin kita boleh ikut strategy orang yang dah berjaya ni
untuk renungan bersama:...

Walaupun saya telah pun masuk dalam bidang akademik
tapi jiwa saya masih kuat untuk menceburi dalam bidang
perniagaan. Pengalaman 5 tahun dalam bidang perniagaan
sebelum ini banyak membantu saya yang cuba mengariskan
langkah-langkah untuk berjaya dalam perniagaan .
Mungkin dari kecil saya minat dalam berniaga yang
telah saya perolehi dari ayah saya. Berjual seluruh
kampung menjaja ubi kayu, keledik, keladi, batang
suluh dan lelain sayuran kampung untuk mencari duit
poket. Membuatkan saya sangat berminat dalam mendalami
ilmu dan selok belok dalam perniagaan. Bukan lah saya
orang yang terbaik untuk berbicara tentang motivasi
berniaga ni tapi moganya ia menjadi satu kekuatan bagi
saya dan sekurangnya kepada mereka yang membaca. Dalam
pengalaman ini saya akan selitkan motivasi dan juga
panduan-panduan dalam dunia perniagaan yang saya tahu
secara teorinya dan menjadi peganggan bagi saya.
Terdapat beberapa petua untuk menjadi seorang yang
berjaya dalam bidang perniagaan dan menjadi ushawan
yang terbilang. Saya akan cuba kupas dari hari ke hari
dan berkongsi apa yang ada. NABI ada bersabda yang "9
dari 10 punca rezeki adalah dari bidang perniagaan"
tapi masalahnya kenapa kita tidak boleh berjaya dalam
pernagaan yang kita jalankan.
Kata kuncinya adalah “JANGAN BERI ALASAN”. Kalau kita
banyak sangat memberi alasan dan kita tidak mahu
berusaha untuk berjaya tentunya sampai bila pun kita
tidak akan maju.
Langkah pertama
1.      Terima hakikat yang kita punya masalah yang perlu
kita perbaiki
-      Perkara yang paling basic adalah patuh semua suruhan
Allah dan meninggalkan segala yang dilarangnya
termasuk dalam urusan perniagaan . Sesetengah dari
kita misalnya sampai sanggup meninggalkan sembahyang
dengan alasan terlalu sibuk dalam perniagaan. Sebagai
contoh,  bila ada pasar malam misalnya, masa azan
magrib masa itu le juga sibuk berkemas dan sibuk
dengan jualan. Itu adalah contoh kecil yang boleh saya
bawa. Contoh lainnya misalnya, dalam perniagaan selalu
di jalankan dengan amalan rasuah, dan rezeki yang kita
perolehi itu tidak berkat. Bila tidak berkat,
bilamananya kita akan memperolehni kejayaan yang kita
angankan?
-      Kita juga kadang-kadang ingkar pada perintah ibu
bapa, pasangan dan orang yang lebih berpengalaman
dalam membuat keputusan.
2.      Jahil
·      Dengan keadaan yang sombong dan berlagak pandai
biasanya kita malu nak bertanya dan tak nak belajar
dari kesilapan. Perkara ini perlulah diperbaiki kalau
kita ingin maju, kita boleh belajar dengan sesiapa
sahaja tak kira kcil, tua, muda. Selalu lah berfikiran
positif dalam perkara ini. Selalu saya bercakap dan
mengingatkan diri saya sendiri dimana setiap orang
yang melintas di depan saya pasti ada sesuatu ilmu
yang boleh saya dapat darinya dan membuatkan kita
tidak memandang rendah dengan sesiapa pun.
·      Kecil hati, ini lagi satu penyakit kita orang
melayu. Bagi menjadi sorang yang cemerlang dan
terbilang harusnya kita membuang jauh-jauh perasaan
kecil hari. Ini tidak, kalau ada je kawan menegur
kita, biasanya akan menjadi musuh dan selalu kita
berkecil hati. Bila bangsa kita nak maju dengan sikap
berkecil hati ni, dan membataskan kita memandang ke
depan dengan lebih jauh. Apa bila kita berkecil hati
sesuatu perkara yang besar akan terbantut dan kita
tidak lagi bersemangat untuk mengusahakanya. Perkara
ini cuba kita elakkan dan cuba kita berusaha dan
menerima semua teguran itu sebagai penguat semangat
untuk terus maju dalam perniagaan.
“ Musuh yang selalu mencela kita itu akan membuatkan
kita terbangun dari kelalaian, tapi teman yang selalu
memuji-muji selalu membuatkan kita tidak tahu diri”.
·      Perasaan ego dan besar diri sampai tak boleh di
tegur, masalah ini timbul bila mana kita berasa diri
kita telah sampai satu tahap yang tinggi dan  kita
tidak suka di tegur. Berprasangka baik dengan teguran
itu, tentunya orang yang menegur itu berniat melihat
kecemerlangan dalam perniagaan kita.
3.      Tahu tapi tak amal
·      Ini satu penyakit yang lebih parah, kekadang dah
penuh dinding pejabat kita dengan sijil kursus
kecemerlangan yang kita hadiri dan perlagai cara kita
tahu secara teorinya untuk berjaya tapi masalah yang
beri saya adalah bila mana kita tidak mengamalkannya.
Sampai bila pun kita tidak akan berubah.
4.      Buat yang terbaik setiap apa yang kita lakukan
nescaya kita akan berjaya. teringat saya pada satu
nasihat lokman nur hakim kepada anak nya. Dimana
lokman berkata pada anak nya :”kalau terdapat 1000
orang yang terbaik dalam kumpulan kamu, berusahalah
dan pastikan salah seorang dari 1000 orang itu adalah
kamu, kalau ada 100 orang yang baik pastikan salah
seorang nya kamu dan kalau hanya ada seorang sahaja
yang terbaik dalam kumpulan itu, pastikan yang seorang
itu adalah kamu”. Dengan motivasi itu membolehkan kita
selalu berfikir untuk menjadi yang terbaik dimana-mana
sahaja dan apa sahaja yang kita lakukan. “Noting shot
of the best”
Sabda Nabi, manusia ini terdapat 3 golongan:
·      Mereka yang sentiasa berubah menjadikan hari ini
lebih baik dari hari semalam. Harapnya kita pada
golongan ini, sentiasa mahukan perubahan dari masa
kesemasa.
·      Golongan yang kedua adalah mereka yang  menjadikan
hari ini sama sahaja dengan hari semalam. Tidak
apa-apa perubahan pada diri kita dan tidak ada
langsung motivasi memikirkan bagaimana nak memajukan
perniagaan kita bak kata orang untung sabut timbul,
untung batu tenggelam.
·      Golongan yang terakhir adalah golongan orang yang
celaka dimana hari ini lebih teruk dari semalam.
Moganya kita terhindar kari golongan yang ketiga ni.
Rumusan yang saya boleh buat untuk langkah pertama ini
adalah jangan hanya melihat tetapi hendaklah berusaha
dengan sepenuh keyakinan dan kerja yang sungguh-sungguh.

=============================================================================
 

Selamat maju jaya.
Daripada:
http://teamtali.uni.cc
 
 

=============================================================================
Tamat

=============================================================================
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Discover Yahoo!
Stay in touch with email, IM, photo sharing & more. Check it out!


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke