Subject: sama2 kita fikirkan...

Kahwin Cepat - Yang Berkat Jadi Mudarat? 
MUHASABAH:.....Samer2 Fikirkan.. 

Majlis akad nikah itu baru sahaja usai. Saya dan
beberapa orang sahabat masih menikmati minuman ringan
yang disediakan oleh pihak tuan rumah. Tiba-tiba
seorang lelaki tua yang memang saya kenali menarik
tangan saya dan bertanya, "Kenapa orang sekarang
kahwin lambat sangat?" Saya lantas bertanya, "Tuk dulu
kahwin cepat?" "Umur 15 tahun, nenek kau dah dapat
anak seorang..." Terbayang anak perempuan saya yang
menuntut di tingkatan 5 sekarang. Sukar nak
membayangkan betapalah di usia itu dia sudah mempunyai
anak. 

"Bahagia Tuk?" 

"Tak bahagia apa... anak Tuk 12 orang!" 
Terhibur saya berbual dengannya, semuanya diukur
dengan angka. 

"Saya berkahwin pada umur 21 tahun. Waktu tu masih
menuntut lagi, orang heboh saya tak sabar," adu saya
tanpa dipinta. Sengaja mengundang reaksi. 

"Tak sabar? Pelik, kalau zaman Tuk, tu kira terlajak
dah tu!" 

"Betulkah saya tak sabar, Tuk? " tanya saya semacam
mengusik. 

"Eh, taklah. Kalau nak buat baik, eloklah cepat.
Selamat dari maksiat. Kalau betul tak sabar, Tuk ni
lagilah tak sabar... umur 17 tahun dah kahwin, heh,
heh, heh..."

"Setuju tak Tuk kalau dikatakan soal kahwin ni bukan
 soal cepat lambat, tapi soal dah bersedia atau
tidak?" 

"Setuju. Tapi kena hurailah maksud persediaan tu..."
 tajam Tuk membalas. 

"Kalau ikut pandangan Tuk, apa agak-agaknya
 persediaan tu?" 

"Soal ni tak boleh agak-agak... Mesti tepat." 
Terkedu saya dibuatnya. Tuk ni bukan sebarang orang.

"Maksud bersedia bukan sahaja dari segi umur... Asal
 akil baligh dah boleh kahwin. Bukan sahaja diukur
oleh badan yang sihat, pendapatan yang cukup, tapi
yang penting kematangan diri... Ertinya, seseorang
yang nak kahwin mesti dah mula dapat berfikir dengan
baik, dah boleh sedikit sebanyak kawal perasaan, dan
jiwa tu sikit-sikit dah agak tenang." 

Saya menung panjang. Tertikam di sudut hati
petanyaan, sudahkah saya matang sewaktu mula berkahwin
dahulu? 

"Jangan menung... Tuk cuma kata, dah sedikit
sebanyak matang. Tak payah tunggu matang betul...
nanti tak kahwin pula!" usik Tuk seperti dapat membaca
fikiran saya. Walau tanpa ijazah, Tuk sebenarnya
sedang menjelaskan asas kebahagiaan rumah tangga yang
kadang kala tidak dapat ditimba di mana-mana menara
gading. 

"Macam mana nak matang?" tanya saya perlahan. Malu
rasanya untuk diajukan soalan sedemikian di usia 40-an
ini. Terasa terlambat! 

"Tentulah dengan ilmu. Dulu Tuk dan kawan-kawan...
umur sebelas tahun dah khatam Quran. Dah selesai
belajar ilmu fardu ain. Rukun, sah, batal dan
lain-lain ilmu asas dah OK. Bila sudah baligh buka 
kitab Muhimmah, baik lelaki, baik perempuan. Dah
diterangkan tanggungjawab suami, isteri dan asas-asas
kerukunan rumah tangga." 

"Itu sahaja? Ilmu lain?" soal saya pendek. 

"Eh, perlu. Mesti ada ilmu untuk cari rezeki. Yang
otak baik, jadilah guru, pegawai kerajaan... ikut 
keadaan zaman tulah. Tuk ni tak nasib baik... kerja
kampung sahaja, guna tulang empat kerat, buka 
tanah. Itulah dusun yang Tuk kutip hasilnya sampai
sekarang ni..." 

"Tapi sekarang Tuk dah senang. Dengarnya dah dua
kali naik haji." 

"Tak senang. Tapi mudah-mudahan... tenang. Tulah doa
Tuk, biar hidup kita tenang." 

"Agaknya sebab kurang matang nilah orang sekarang
kahwin lambat?" cuit saya, kembali ke tajuk asal. 

"Ni agak Tuklah. Budak sekarang tak macam dulu.
Mereka ni macam lambat matang. Kalau dulu umur 13 dah
boleh pikul tugas. Dah berdikari, dah boleh harap jaga
emak bapak. Setakat jadi imam dan baca berzanji tu
lancar... tapi sekarang lain, umur dah 23 tahun pun
masih bergantung kepada emak bapak. Nak jadi imam?
Jauh sekali." Terbayang kekesalan di wajahnya. 

Dia menyambung, "Sekali tu Tuk tengok betul-betul
dengan mata kepala ni macam mana seorang bakal
pengantin tersekat-sekat mengucap kalimah syahadah
depan tuk kadhi. Bila tanya rukun sembahyang, geleng
kepala. Yang dihafalnya rukun nikah saja..." 

"Kalau macam tu macam mana?" 

"Baik tak usah kahwin. Macam mana dia nak pimpin
isteri dan anak-anaknya nanti? Tu baru ilmu yang 
paling asas, belum lagi ilmu... apa orang kata...
... parenting skill." 

"Tuk pun tahu parenting skill?" 

"Sekarang ni macam-macam sumber ilmu ada. Di radio,
tv, ceramah, buku-buku... ah, macam-macam." 

"Tapi Tuk, kalau tak kahwin pun susah juga... Nanti
terjebak dengan maksiat," kilas saya. 

"Tulah, ajaran Islam ni macam mata rantai. Lepas
satu disambung satu. Bermula dengan yang paling utama,
diikuti yang kedua, ketiga dan seterusnya...
Ilmu tauhid, fekah dan akhlak perlu diasak di awal 
usia. Diiring ilmu akademik. Jadi, bila dah nak
kahwin nanti, ilmu tu semua dah ada. Persediaan agama 
ada, persediaan material ada." 

"Macam mana kalau ada yang lambat-lambatkan kahwin
kerana katanya belum bersedia, dari segi material dan 
agama?" 

"Apapun biarlah berpada-pada. Kalau nak diikutkan
ilmu agama... sampai mati pun tak akan habis dituntut.
Cukuplah sekadar keperluan dulu dan tambah
lagi selepas kahwin. Begitu juga soal material, 
soal kerja, profesion... Ni pun tak akan habis-habis.
Ukurlah ikut keperluan dan kemampuan diri. Jangan 
sampai terlanjut usia sudahlah. Jangan nanti ilmu
ada, matang ada, duit ada, calon pulak tak ada..." 

"Tuk lihat macam mana keadaan anak muda masa kini?"
terluncur soalan yang berbau akademik tanpa saya
sedari. 

"Akibat tak ikut tertib dalam menghayati ajaran
Islam, keadaan jadi agak lintang-pukang sekarang. Yang
berkat jadi mudarat. Tak dikahwinkan, membuat
maksiat. Bila dikahwinkan, tak bertanggungjawab." 

"Antara dua keadaan ni... yang mana patut kita pilih?"


"Perlukah kita buat pilihan? Pada Tuk... pilihlah
keadaan yang tidak memaksa kita membuat pilihan!" 

Saya terdiam. Kagum. Kata-kata tersirat itu boleh
mengundang seribu wacana para sarjana!

 




                
____________________________________________________ 
Yahoo! Sports 
Rekindle the Rivalries. Sign up for Fantasy Football 
http://football.fantasysports.yahoo.com





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke