Di Sini Kita Bermula..
Dr. Omar Yaakob

22. Tiada bukti sejarah generasi awal berbeza daripada apa yang
tertera dalam Kitab Hadis.

Menurut golongan anti-hadis, .."Rasulullah tidak mengucapkan atau
melakukan seperti-mana yang dilaporkan di dalam kitab-kitab hadis. 
Rasulullah menjalani kehidupan, yang berbeza daripada laporan dalam
hadis.  Hadis yang ada bukan fakta sejarah; malah ianya hanya rekaan
para ulamak yang datang sesudah baginda wafat."

Untuk menimbang pandangan ini, kita perlu menilai kaedah yang
digunakan untuk mempersoalkan kebenaran hadis sebagai satu fakta
sejarah yang sahih.

Kaedah yang sepatutnya digunakan oleh mana-mana pihak yang ingin
mengkritik, mencabar atau mempertikaikan 'well-documented and accepted
fact' ialah pihak tersebut patut mendatangkan bukti yang boleh
meyakinkan bahwa fakta tersebut tidak benar.  Seorang yang ingin
mempertikaikan atau mencabar kenyataan "merokok membahayakan
kesihatan" misalnya sepatutnya mendatangkan bukti dan alasan yang
nyata dan objektif bagi menyokong bantahan beliau tersebut.

Bagi fakta historis juga, sipembawa pandangan yang berbeza dari
kefahaman dan pegangan umum harus mendatangkan bukti.  Misalnya jika
seseorang ingin mengatakan bahawa "orang-orang Portugis tidak pernah
menakluk  Melaka" atau 'peperangan tidak pernah pernah terjadi
diantara tentera Saidina Ali dan Saidina Muawwiyah' contohnya,  maka
beliau mesti membawa bukti yang dapat menegakkan pandangannya yang
bercanggah dengan 'well-documented and accepted historical fact'
tersebut.

Oleh itu,  tanggung-jawab membuktikan (the burden of proof) bahwa
hadis tersebut ialah bukan catatan sejarah sebenarnya tertanggung pada
golongan anti-hadis.

Sehingga kini, golongan anti-hadis masih tidak dapat membawa bukti
secara objektif dan saintifik yang meyakinkan:

•       Bahawa Rasulullah dan para sahabat baginda menjalani kehidupan yang
berlainan daripada yang digambarkan oleh koleksi hadis dan kitab-kitab
klasik yang lain (seerah, tafsir dan seumpamanya).  Tidak ada dokumen
yang boleh dibawa ke hadapan untuk memberi gambaran alternatif
mengenai ucapan perbuatan dan jalan kehidupan yang dilalui oleh
Rasulullah dan para sahabat baginda.
•       Di sana terdapat kecacatan dalam sistem yang digunakan oleh ulama
hadis dalam mengutip, mengesahkan dan mengklasifikasikan
laporan-laporan tersebut.
•       Bahawa himpunan hadis yang ada kini hanyalah rekaan semata-mata.

Apa yang diutarakan oleh golongan ini selama ini hanyalah
andai-andaian yang tidak saintifik dan tidak berpijak di bumi nyata.

..bersambung inshaAllah



--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke