Demam Star Wars
Posted on Monday, July 18 @ 10:44:52 MYT by admin

="Analisis" gunxx writes " Apakah kaitan Star Wars dengan Palestin ? Kenapa tergamak Maszlee Malik mengaitkan filem 'berhantu' ini dengan isu Palestin ? apakah beliau sudah kekeringan idea ?? Sama² kita saksikan ...

Star Wars muncul lagi!, kali ini kemunculannya merupakan penamat bagi saga enam siri filem arahan George Lucas tersebut. Seperti kata-kata yang terdapat di dalam majalah TIME yang menjadikan cerita Star Wars sebagai isu utamanya, "Penghujung Star Wars". Kedatangan semula siri ketiga (walaupun menurut turutan penerbitan, ianya adalah siri yang keenam) ini bagaikan hujan yang turun membasahi kegersangan di hati para peminat saga enam siri tersebut yang menanti-nantikan jawapan muktamad apakah yang menyebabkan munculnya Darth Vader (watak paling jahat dalam saga ini).

Beliau yang pada asalnya seorang Padawan (pelatih) Jedi bernama Anakin Skywalker telah bertukar menjadi pembunuh para pahlawan Jedi yang lain. Yang utamanya, kedatangan semula Star Wars ini telah menyaksikan demam Star Wars merebak ke seluruh dunia, malah negara kita, Malaysia juga tidak terlepas dari diserang wabak demam Star Wars ini.

Kedatangan Star Wars ini telah mengingatkan penulis kepada kenangan silam lebih 20 tahun yang lalu. Sebagai anak JB, kebanyakan budaya yang kami amalkan agak lebih kurang dengan budaya orang Melayu Singapura. Malah, jika ditanyakan saluran TV manakah yang kerap ditonton oleh masyarakat JB, nescaya lebih ramai menonton SBC (sekarang TCS) berbanding RTM 1 dan RTM 2 pada waktu itu. Tidak hairanlah di waktu itu, ramai anak-anak JB yang akan ke Singapura semata-mata untuk membeli figurin-figurin Star Wars yang tidak mereka temukan di Malaysia pada ketika itu. Penulis sendiri tidak ketinggalan, tahun-tahun 1983 menyaksikan koleksi figurin-figurin Darth Vader, Boba Fet, Chew Bacca, Luke Skywalker dan lain-lain watak menghiasi kotak permainan di rumah penulis.

Salah satu watak dalam Star War yang digilai peminat


Kini demam Star Wars kembali menyerang dunia, tetapi penulis mengalaminya dengan keadaan yang berbeza. Jika dulu, diri sendiri telah menjadi mangsa demam tersebut, kini penulis hanya menjadi penyaksi kepada kegilaan demam itu sahaja.

Agama Jedi

Demam yang melanda dunia sewaktu pelancaran filem Star Wars di pawagam-pawagam di seluruh Malaysia menyaksikan bagaimana anak-anak muda Malaysia meniru bulat-bulat gelagat peminat-peminat fanatik saga enam siri ini di barat. Ada yang pergi menontonnya dengan memakai sut lengkap Darth Vader, ada yang berpakaian ala pahlawan Jedi, ada yang mengendung patung Yoda di belakangnya, malah ada yang menyaksikan filem tersebut lebih daripada enam kali semata-mata ingin mengecap kepuasan menonton filem yang dianggap sebagai keramat itu.

Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia agak bernasib baik kerana tidak terpengaruh dengan kemunculan agama "Jedi" yang diilhamkan dari filem Star Wars, dan kini sedang menular aktif di UK dan juga Australia. Agama "Jedi" berinspirasikan ide "The Force" yang mengawal kehidupan ciptaan George Lucas ini telah menarik ramai anak-anak muda untuk beriman kononnya merekalah pahlawan-pahlawan Jedi yang bertanggung jawab menjaga keamanan dunia. Di Australia sahaja, menurut kajian yang dijalankan oleh BBC pada tahun 2002 telah menunjukkan bahawa 70,000 daripada rakyat Australia mempercayai agama tersebut, manakala 5,000 yang lain pula beriman bahawa mereka adalah pahlawan Jedi yang dikuasai oleh "The Force".

Fenomena agama Jedi, walaupun tidak melanda Malaysia dan juga negara-negara majoriti umat Islam yang lain, namun demam Star Wars tetap dirasai. Lihat sahajalah makanan-makanan ringan, syarikat-syarikat telefon mudah alih, syrakiat telekomunikasi dan juga syarikat-syarikat perniagaan yang mengambil peluang meraih pelanggan mereka melalui iklan-iklan yang menampilkan ikon-ikon Star Wars.

Banyak gergasi koprat mengaut keuntungan dengan filem ini


Pendekata, filem futuristik yang menampilkan hero-hero khayalan ini telah mendapat tempat yang amat istimewa di hati sebilangan besar penduduk dunia di milenneum ini. Malangnya, nasib bertuah dan sambutan yang istimewa ini tidak dapat dikecapi oleh drama dua belas (12) siri mengenai pahlawan dunia sebenar yang memperjuangkan kemerdekaan negaranya.

Drama mengenai Yahya Ayyash hasil produser yang baru naik di dunia perfileman di Timur Tengah, Basil al-Khalid ini bukan hanya tidak berjaya menmbuatkan penonton di serta dunia demam, malah di kalangan negara-negara Arab dan umat Islam pun, drama dua belas siri yang memaparkan perjuangan umat Islam di Palestin membebaskan negara mereka ini tidak langsung dikenali. Siapakah Yahya Ayyash hero drama 12 siri arahan Basil ini?

Yahya Ayyash

Beliau merupakan salah seorang daripada pemimpin muda briged komando al-Qassam, sayap ketenteraan gerakan HAMAS di Paelstin. Beliau telah lulus dengan cemerlang dari Universiti Beir Zeit, pada tahun 1988 di dalam bidang "Kejuruteraan eletrik". Menjadi pakar membuat bom dan pakar strategi serangan-serangan ke atas konvoi-konvoi tentera rejim Zionis. Beliau telah .....

 

Baca keseluruhan artikel ini di: www.palestinkini.info  


Start your day with Yahoo! - make it your home page

YAHOO! GROUPS LINKS






--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke