Di Sini Kita Bermula..
Dr. Omar bin Yaakob

26. Anti-Hadis adalah sebahagian gerakan liberal-modenis

Sebenarnya apa yang diutarakan oleh golongan ahli hadis masa-kini
bukanlah satu perkara yang baharu.

Misalnya, keinginan berpegang kepada Islam mengikut selera
masing-masing ini telah diakui oleh Prof. Asaf Fyzee (The Modern
Approach to Islam (1963)), "..  kepercayaan saya adalah kepunyaan
saya, difesyenkan mengikut hidup saya, berdasarkan falsafah saya,
pengalaman saya.. saya juga memberikan setiap Muslim hak memfesyenkan
kepercayaannya sendiri.."

Sementara itu, Dr. Fazlur Rahman dalam bukunya Islam (1966) telah
menyebutkan " Sembahyang lima waktu tidak disebut di dalam
al-Quran.... hakikat sembahyang tiga waktu yang asal ditenggelami oleh
hadis yang direka bagi menyokong idea tersebut".

Orientalis berkulit coklat seperti mereka inilah yang mencanangkan
idea Joseph Schact (Origin of Mohamedan Jurisprudence (1955)) bahawa
hadis adalah rekaan ulama Damsyik.

Idea songsang yang dibawa oleh orientalis berkulit putih sukar
diterima oleh umat Islam tetapi racun bersalut gula yang kini
disebarkan pula oleh murid-murid mereka yang berkulit coklat dan
sawo-matang mungkin lebih mudah disambut oleh sebahagian umat yang
kurang berhati-hati.

Orang-orang seperti ini jugalah yang mempelopori idea "..untuk
kemajuan umat Islam (kononnya) al-Quran mesti ditafsir untuk
menyesuaikannya dengan kehendak dan citarasa manusia masakini dengan
menurut aliran falsafah tamaddun moden".

Oleh itu Asaf Fyzee juga menyatakan " ...Kita tidak perlu kembali
kepada al-Quran. Kita mesti membawanya ke hadapan, memahaminya dan
mengaplikasikannya kepada keadaan sekarang dan mempercayainya selagi
ianya sesuai dengan abad kedua puluh". Penulisan orang-orang seperti
Syed Amer Ali (Spirit of Islam (1922)) yang antara lain menyarankan
supaya poligami dihapuskan, Dr.  Taha Hussein (On PreIslamic Poetry
(1926)) yang memperkecilkan kewibawaan dan keilmuan Imam-Imam hadis
memainkan rentak yang sama.

Kini orang-orang seperti Astora Jabat, Kassim Ahmad dan Marina
Mahathir menjadi icon yang membawa mesej  yang sama; tanpa perlu
pedoman hadis dan huraian ulama' muktabar, Islam bebas ditafsir
menurut apa yang sesuai dengan kehendak diri masing-masing.

Apabila Islam ditafsirkan sewenang-wenangnya maka yang lahir nanti
bukannya Islam tetapi hanyalah kumpulan nilai-nilai sejagat yang
difikirkan sesuai dengan abad dua puluh.

Sekiranya ini dibiarkan berlaku maka bukan Islam yang mentadbir,
mengarahkan dan menentukan corak kehidupan manusia tetapi sebaliknya
manusia yang akan mengarahkan, memerintahkan dan menentukan corak
Islam yang 'sesuai dengan zaman'.  Akan timbul konsep moral baharu di
mana kriteria baik dan buruk, benar dan salah bukannya dari tuntutan
ilahi tetapi berdasarkan persepsi subjektif seseorang individu atau
sesebuah masyarakat mengenai apa yang baik dan buruk baginya.

Jika ini dibiarkan berterusan, berkemungkinan (na'uzubillah) Islam
juga akan menerima nasib seperti yang diterima oleh agama Kristian
setelah isi kitab Injil dibiarkan ditafsirkan sewenang-wenangnya
kononnya mengikut peredaran zaman (contohnya Church of England kini
memandang remeh bahkan meng'halal'kan riba, arak, judi,
homoseksualiti, hubungan di luar nikah dan pengguguran anak).

Bersambung.. inshaAllah…



--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke