Nasionalisme: Punca Umat Islam Berpecah Belah
Sejak sekian lama setelah runtuhnya Daulah Khilafah pada 3 Mac 1924 umat Islam di antero dunia masih tidak dapat disatukan di bawah satu kepimpinan. Pelbagai faktor perpecahan ditampilkan oleh pelbagai pihak mengikut analisis masing-masing. Yang pasti perpecahan ini ditimbulkan oleh musuh-musuh Islam dengan menggunakan pelbagai pendekatan termasuklah kuncu-kuncu mereka di kalangan umat islam sendiri.
Realiti Nasionalisme
Dalam abad ke 18 dan 19, ketika benua Eropah sedang mengalami zaman intelektual yang mendewa-dewakan pemikiran manusia, pelajar-pelajar Muslim mula membanjiri Eropah dan terpedaya dengan hujjah-hujjah sarjana Eropah yang membincangkan asal usul dan ciri-ciri tamadun. Idea-idea nasionalisme dibincangkan dengan meluas di kalangan pemikir-pemikir Eropah pada masa seperti itu seperti isu bangsa manakah yang paling tulen?, kesusasteraan bangsa manakah yang paling hebat? atau negara manakah yang merupakan negara bertamadun yang tulen?. Di antara pemikir-pemikir Eropah yang menonjol ialah Rousseau, Voltaire, Adam Smith dan Montesquieu. Rousseau berpendapat kesetiaan paling baik ialah kecintaan terhadap negara sendiri yang merupakan asas nasionalisme. Rakyat pada pendapatnya mesti dididik tentang kelebihan dan kebahagiaan semangat patriotik. Idea-idea ini berjaya mempengaruhi orang-orang
Islam yang meraba-raba untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang sedang dihadapi mereka ketika itu. Di antara mereka yang terpengaruh ialah Sheikh Muhammad Abduh (Mesir), Mustafa Kamal (Turki) dan Zia Golkap (Turki). Penjajahan wilayah umat Islam oleh kuasa-kuasa Eropah telah membolehkan kuasa-kuasa Eropah mewujudkan institusi-institusi politik dan pendidikan seperti di Lubnan, Mesir dan
Orang-orang Eropah menggunakan pelbagai cara untuk menyemai benih-benih keraguan dan perpecahan di kalangan umat Islam. Salah satu kaedah yang digunakan ialah dengan memesongkan fakta sejarah. Pemikir-pemikir Eropah berpendapat jika orang-orang Islam boleh diperdayakan bahawa kerajaan Islam adalah zalim dan tidak bermoral, mereka boleh mempengaruhi orang-orang Islam bahawa jalan penyelesaiannya ialah mencari alternatif baru bagi menggantikan Islam. Pemikir-pemikir Eropah mengemukakan gagasan seperti demokrasi, kapitalisma, kebebasan (freedom), sosialisma dan komunisma kepada umat Islam. Kaedah ini digunakan ketika Napoleon (Perancis) menjajah Mesir dan seterusnya beberapa orang penulis sejarah Muslim seperti Abdul Rahman ibnu Hasan al-Jabarti (1756-1825) mengubah fakta sejarah untuk disesuaikan dengan aliran pemikiran Eropah yang kononnya bertamadun. Karya Abdul Rahman penuh dengan
cerita tentang penderitaan orang-orang Mesir yang kononnya disebabkan oleh dasar-dasar Islam. Sheikh Muhammad Abduh (Mesir) pula mengarang kitabnya Tafsir al-Manar yang mengandungi tafsiran-tafsiran yang menyeleweng yang dilakukan untuk disesuaikan dengan corak pemikiran Eropah. Idea-idea Eropah hari ini telah sebati dengan ramai umat Islam malah pemimpin pergerakan Islam seperti Rashid Ghanushi (
Umat Islam dihasut bahawa Islam adalah panduan lapuk yang turun lebih seribu tahun dahulu kepada orang-orang Badwi yang ketinggalan zaman dan tidak sesuai dengan perkembangan zaman moden. Pemimpin-pemimpin boneka British dan Perancis seperti Keluarga Ibnu Saud yang memerintah Arab Saudi (sepatutnya bernama wilayah Hijaz dan Najd tetapi diubah kepada Arab Saudi yang bermaksud wilayah milik keluarga Ibnu Saud) mengikut telunjuk tuan mereka dengan mengemukakan nasionalisme yang mencerminkan identiti bangsa dan negara mereka. Idea-idea nasionalisme ini juga berkembang ke Rantau Melayu dan memukau intektual-intelektual Melayu. Akibatnya, rakyat negara Islam mula memberontak untuk menubuhkan kerajaan berasingan yang dipimpin oleh bangsa sendiri. Inilah yang menyebabkan tertubuhnya negara-negara seperti
Racun nasionalisme masih lagi digunakan oleh kuasa-kuasa barat pada hari ini untuk melumpuhkan perpaduan umat Islam. Di Iraq, kuasa-kuasa barat ingin melihat
Pendidikan sekular: Mangkin kepada Nasionalisme
British dan Perancis menubuhkan sekolah-sekolah yang mengembangkan pendidikan sekular yang mana Islam dihadkan kepada perkara-perkara ritual sahaja seperti sembahyang, mengerjakan haji, menyambut Hari Raya dan sebagainya tetapi dalam bidang seperti politik, ekonomi dan sosial, Islam dipinggirkan dan diganti dengan sistem buatan manusia. Lulusan-lulusan sekolah ini kemudiannya menjadi pemimpin umat Islam. Di Syria, Perancis menubuhkan sekolah-sekolah dan biara-biara Kristian. Dalam abad ke 18, pendidikan Kristian lazimnya dilaksanakan oleh Perancis dan Itali. Pendidikan Kristian
Peringatan
Perang Dunia Pertama, Revolusi Arab dan akhirnya kehancuran Khilafah Usmaniyah dalam Mac 1924 sepatutnya mengingatkan kita tentang peristiwa-peristiwa lampau yang malang. Kita sepatutnya memahami kesan dan akibat dari peristiwa-peristiwa itu dan faham tentang peranan kuasa Eropah seperti Perancis dan
Aspek menyayat hati dalam Perjanjian Sykes-Picot yang dipersetujui oleh British dan Perancis ialah pembahagian wilayah umat Islam di Timur Tengah.
Khatimah
Kuasa Barat yang tidak pernah duduk diam dengan mudahnya dapat mengeksploitasi umat Islam kerana mereka telah berpecah belah menjadi lebih dari 50 buah negara sekular. Islam disempitkan sebagai prinsip-prinsip akhlak dan nilai-nilai murni/mulia dan sistem demokrasi dijadikan sistem politik. Sesetengah pemikir-pemikir Islam terpengaruh dan terikut-ikut dengan idea negara-bangsa dan mengkritik idea penyatuan umat Islam di bawah satu kepimpinan yang dituntut oleh Quran dan Sunnah. Contohnya, Fazlur Rahman, seorang pemikir Islam kontemporari menekankan bahawa matlamat Perpaduan Politik Islam tidak sesuai dengan keadaan geografi negara bangsa yang terhad lagi merdeka di dunia ini. Inilah warisan dan kejayaan musuh-musuh Islam dalam memporak-perandakan umat Islam.
Hanya satu jalan penyelesaian yang harus ditempuh oleh seluruh kaum muslimin di manapun mereka berada untuk bersatu kembali dan seterusnya menyelesaikan segala permasalahan umat yang lainya. Apakah dia jalan itu ? Kaum muslimin haruslah menambahkan tsaqafah Islam dengan lebih mendalam dan melibatkan diri dengan gerakan yang memperjuangkan Islam secara menyeluruh dengan membawa fikrah dan thariqah yang jelas tanpa mengenal batasan geografi. Umat Islam juga seharusnya mengikis kesemua habuk-habuk pemikiran sekularisma dan menjauhkan diri dari berjuang di dalam
Dialah yang mengutuskan RasulNya dengan (membawa) petunjuk dan agama yang haq, agar Dia memenangkan agamanya ke atas agama-agama yang lainnya [At Taubah:33/ Al Fath:28/ As Shaf:9]
Start your day with Yahoo! - make it your home page
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.