Chua nafi peralat isu DEB untuk dapat sokongan
Pauline Puah

Terjemahan Calon jawatan presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng hari ini menafikan yang beliau memperalatkan isu Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk mendapat sokongan menjelang pemilihan parti tersebut.

Beliau menegaskan demikian dalam reaksinya terhadap kenyataan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin semalam yang menuduh beliau mempolitikkan isu tersebut untuk kepentingan diri sendiri.

“Saya tidak bermain politik. Siapa yang bermain politik? Saya hanya bertanya sama ada perlu dihidupkan semula dasar tersebut,” kata Chua ketika dihubungi.

Naib presiden MCA itu berkata, beliau pernah membangkitkan kebimbangan masyarakat Cina berhubung DEB di Dewan Rakyat pada tahun 1988.

Oleh itu, katanya, ianya bukan satu isu yang cuba dimainkannya hanya kerana pemilihan MCA semakin hampir.

“Pemilihan itu hanya satu kebetulan. Saya tetap akan membangkitkan isu ini, tidak kira ada pemilihan parti ataupun tidak...rekod prestasi saya, jelas membuktikannya,” tegasnya.

Minggu lalu, sewaktu perhimpunan agung Umno, Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishammuddin Hussein menggesa supaya DEB dihidupkan semula.

Dalam satu kenyataan kemudian, Chua menolak cadangan itu sebagai ‘satu langkah mundur ke belakang’, sambil menegaskan ia akan membangkitkan rasa bimbang di kalangan masyarakat dan pelabur asing.

Kekalkan semangat DEB

Chua berkata hari ini, semangat DEB – penyusunan semula masyarakat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum – juga terkandung dalam Dasar Pembangunan Baru (1990-2000) and dan Dasar Wawasan Baru.

“Mengapa kita perlu menghidupkan semula DEB kerana matlamat serampang dua matanya masih wujud dalam dasar-dasar negara.

“Intipati kenyataan saya ialah apabila anda mahu menghidupkan semula DEB, anda memberi tanggapan yang DEB sudah tiada lagi. Biasanya, anda menghidupkan semula sesuatu yang sudah tiada...anda tidak hidupkan semula sesuatu yang masih wujud,” katanya.

Menurutnya, beliau juga terperanjat kerana Khairi memilihnya sebagai sasaran, tanpa menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkannya berhubung isu tersebut.

“Sebagai seorang pemimpin kanan dalam parti kedua terbesar dalam kerajaan, saya perlu menyatakan ini kerana orang ramai bercakap mengenainya di kedai kopi dan juga di peringkat akar umbi. Ia menyebabkan mereka merasa tidak terjamin,” katanya.

Ditanya mengapa beliau menjadi sasaran sedangkan Presiden MCA, Datuk Ong Ka Ting dan pemimpin parti yang lain juga tidak bersetuju dengann cadangan itu, Chua berkata ianya kerana beliau membuat kenyataan kepada akhbar semua bahasa.

“Saya tidak menyembunyikannya di kalangan bangsa saya sendiri (merujuk kepada media Cina). Kita sudah sampai ke peringkat di mana sudah wujud perpaduan nasional,” tambahnya.

Chua denies using NEP for mileage in MCA polls
Pauline Puah

MCA presidential candidate Chua Jui Meng today denied that he has used the New Economic Policy (NEP) issue to garner political mileage.

He was responding to Umno Youth deputy chief Khairy Jamalauddin’s assertion yesterday that he (Chua) has politicised the issue for personal gain.

“I am not playing politics. Who is playing politics? I just asked if it is necessary to bring back the policy,”said Chua when contacted.

The MCA vice-president said he had previously raised the concerns of the Chinese community in relation to the NEP in Parliament in1988.

Therefore, it is not an issue on which he has been harping just because the MCA elections are around the corner.

“The party elections are just a coincidence. I would have raised the issue whether there is a party election or not...my track record shows this clearly,” he stressed.

Last week, Umno Youth chief Hishammuddin Hussein had called for the revival of the NEP, during the party’s annual assembly.

In a statement later, Chua had dismissed the proposal as “retrogressive and a step backwards”, saying the move would arouse fear and insecurity among other communities and foreign investors.

NEP spirit remains

Chua said today that the spirit of the NEP - restructuring society and alleviating poverty irrespective of race - is also in the New Development Policy (1990-2000) and the New Vision Policy.

“Why do we need to revive the NEP as its dual prongs still exist in the national policies?” he asked.

“The core of what I said was that when you say you want to revive the NEP, you are implying that the NEP is gone. Usually you revive something which is gone, you don’t revive something that still exists.”

He also expressed surprise that Khairy had chosen to attack him without answering the questions he had raised on the matter.

“As a senior leader in a second largest party in the government, I need to say this as people are talking in coffee shops and on the ground. Insecurity has been created,” he said.

Asked why he had been targeted when MCA president Ong Ka Ting and other party leaders
who had also disagreed with the NEP revival were let off the hook, Chua said this was because he made a statement to newspapers of all languages.

“I don’t hide it within my own race (referring to the Chinese media). We have come to this stage, national unity is already there,” he added.


New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage!


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke