Diabetes: Komplikasi bahaya! ( Bhgn 4 )
Oleh: TAJAIYAH IHSAN

Minyak Kelapa Dara (VCO) : http://www.maynetwork.net/biovco/

Doktor juga akan menasihatkan pesakit mengambil ubat-ubatan yang
sesuai dan jumlah dos yang patut diambil.

Andainya ubat oral tidak berkesan, insulin digunakan kepada pesakit
diabetes jenis 1 tetapi ia juga diperlukan sekiranya pesakit jenis 2
tidak mencapai tahap yang dikehendaki.

Semua ubat-ubatan mestilah mendapat preskripsi doktor terlebih
dahulu.

Pengurusan diabetes

Amalkan pemakanan sihat seperti kurangkan makanan yang bergula,
berlemak dan berminyak.

Makanan berprotein seperti ikan, makanan laut daging merah, telur,
keju rendah lemak juga hendaklah diambil secara sederhana.

Banyakkan memakan kacang, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Makan makanan berkarbohidrat dalam sajian yang sesuai pada setiap
hari.

Adalah penting untuk tidak mengelak atau melangkau waktu makan. Ikut
waktu yang telah ditetapkan. Cuba aturkan masa makan yang sesuai
sepanjang hari. Padankan waktu makan dengan waktu makan ubat.

Makanlah mengikut umur dan tahap aktiviti fizikal anda. Lakukan
senaman ringan atau sederhana dan bersenamlah selama setengah jam.

Antara aktiviti kecergasan yang boleh anda lakukan mengikut
kesesuaian usia adalah berjalan pantas, mengayuh basikal, berkebun,
berenang, memancing, mencuci rumah, mengemop lantai, bermain bola
tampar, golf dan lain-lain.


Hipoglisemia

Hipoglisemia atau kekurangan gula di dalam darah boleh berlaku dari
semasa ke semasa di kalangan pesakit diabetes.

Ia terjadi akibat pengambilan ubat-ubatan yang berlebihan, melangkau
waktu makan, senaman berlebihan, pengambilan alkohol yang tinggi
atau mengambil ubat-ubatan lain bagi penyakit-penyakit lain.

Tanda-tanda hipoglisemia adalah lapar, berpeluh, tidak dapat memberi
tumpuan, berdebar, semakin resah dan loya.

Apa yang boleh anda lakukan adalah membuat pilihan seperti berikut:

* Minum sedikit jus buah-buahan.

* Ambil setengah tin minuman ringan, dua sudu teh gula.

* Makan sedikit snek, tujuh biji kekacang jeli atau gosokkan serbuk
glukosa ke gusi.

Anda dinasihatkan membawa gula-gula pada bila-bila masa sebagai
persediaan seandainya paras gula di dalam darah menurun.

Siri 1 hingga 4 boleh dibaca di blog maynetwork : 
http://maynetwork.blogspot.com/

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TESTIMONI :

Saya akan pergi mengerjakan ibadat Haji pada bulan Disember 2003
ini. Setelah menjalankan pemeriksaan kesihatan, didapati tahap
kencing manis saya terlalu tinggi iaitu 21. Ini menyebabkan pihak
Tabung Haji menahan saya dari pergi mengerjakan ibadat Haji atas
sebab kesihatan.

Anak saya telah memperkenalkan Minyak Kelapa Dara (VCO) tetapi agak
keberatan untuk memakannya kerana saya sukar untuk mempercayainya.
Walaubagaimanapun saya amat terdesak untuk menunaikan ibadat Haji.
Setelah memakan hanya dua botol Minyak Kelapa Dara (VCO), segalanya
berubah. Tahap kencing manis saya telah turun dengan mendadak dari
21 kepada 11. Kini tahap sakit saya menjadi 5 sahaja dan kembali
normal. Saya telah di sahkan oleh Tabung Haji dapat pergi menunaikan
ibadat Haji pada tahun tersebut. Saya amat bersyukur dan gembira
tidak terhingga kerana telah ditemukan dengan Minyak Kelapa Dara
(VCO).

Puan Fatimah bt Safran, 52 Tahun
FELDA Sungai Tengi, Hulu Selangor

Maklumat lanjut mengenai Minyak Kelapa Dara (VCO) dan lain-lain
testimoni : http://www.maynetwork.net/biovco/ Tel : 013-3014262

Minyak Kelapa Dara "biovco" dijual pada harga RM30.00 sebotol
(120 ml) semenanjung & RM35.00 utk Sabah & Sarawak. Kami mengalu-
alukan wakil jualan diseluruh Negara. Daftar PERCUMA untu menjadi
wakil jualan : http://www.maynetwork.net/biovco/rakaniaga.html

Nota: Testimoni ini adalah berdasarkan pengalaman yang dialami oleh
individu di atas. Kesan yang dialami mungkin berbeza antara seorang
dengan seorang pengguna yang lain.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~







--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke