From: mohd safwan [EMAIL PROTECTED]
Date: Sun, 31 Jul 2005 06:14:32 +0100 (BST)
Subject:Persamaan halal haram dalam semua agama .....<brita harian 31/7/05[IMG]

Persamaan halal haram dalam semua agama
Oleh Lokman Ab Rahman


Secara jelas al-Quran memberi pengiktirafan bahawa makanan ahli kitab halal 
bagi orang Islam





MASYARAKAT industri hari ini melihat penggunaan simbol halal sebagai penanda 
aras yang sangat penting untuk meyakinkan pengguna. Malangnya, kebanyakan 
pengguna tidak mempunyai maklumat cukup untuk membuat keputusan terhadap 
sesuatu pembelian barangan.


Maka tidak hairanlah masyarakat awam sentiasa dalam keadaan ragu-ragu ketika 
menggunakan barangan sungguhpun terpapar perkataan halal dari pihak 
berkuasa.


Bagi kebanyakan golongan agama masih terikat dan ketinggalan dalam 
perspektif fiqh klasik tanpa menilai perubahan pantas dunia industri. Pada 
masa yang sama berlaku peningkatan permintaan pasaran global dan peluang 
perniagaan produk halal tanpa mengira agama dan budaya. Sedangkan syariat 
Islam yang menjadi sandaran kepada prinsip halal memberi tawaran yang sangat 
istimewa terhadap kepentingan manusia sejagat.


Sebenarnya di sinilah tersembunyi rahsia kekuatan makna halal yang dapat 
memenuhi keperluan fitrah manusia. Naluri murni manusia sangat cenderung 
kepada kesucian, kebersihan, keselamatan, kualiti dan kesan positif terhadap 
pembentukan insan. Malahan menolak segala sumber dan menutup segala ruang 
boleh mendatangkan penyakit dengan berkonsepkan pengawalan lebih baik 
daripada pengubatan.


Berteraskan prinsip ini Malaysia dengan yakin mengorak langkah 
memperkenalkan sistem pensijilan halal sebagai satu standard. Panduan 
pelaksanaannya dapat difahami dengan mudah melalui MS1500:2004 diterbitkan 
oleh Jabatan Standard Malaysia dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 
diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.


Tanpa melihat standard tersebut, jika kita ingin membandingkan tahap 
pencapaian dan kemampuan pengeluar makanan negara maju seperti Australia dan 
New Zealand yang kaya dengan daging dan tenusu, kedudukan Malaysia berada 
jauh ke belakang. Malah banyak peralatan teknologi dan sistem amalan 
pengeluaran produk bermutu lagi selamat, industri negara kita sendiri tidak 
memilikinya.


Pada satu aspek, mereka telah berjaya memenuhi tuntutan standard toyyiba 
dalam syariah. Sebaliknya dalam ketinggian teknologi ini mereka masih 
kekurangan dari aspek pengurusan halal untuk mengagih pasaran ke 
negara-negara Islam yang dianggarkan berjumlah 1.5 bilion penduduk.


Sebenarnya sasaran pasaran dan pengeluaran produk halal bukan hanya datang 
dari negara-negara Islam saja. Malahan banyak negara Barat dan Eropah 
bersedia dan meminta produk halal bagi pasaran negara mereka.


Contohnya negara Britain melalui syarikat pengeluar negara tersebut mengikat 
kontrak dengan New Zealand supaya memasarkan daging dan daging terproses 
yang disahkan halal. Pada hakikatnya agama rasmi kedua negara tersebut 
adalah Kristian. Begitu juga dengan tetangga Malaysia, Thailand begitu gigih 
membina pengaruh sebagai pengeluar produk halal dunia, di mana negara-negara 
Timur Tengah menjadi sasarannya. Langkah ini mula diikuti oleh China yang 
kaya dengan hasil bumi dan tenaga manusia.


Seperti kita maklum, Thailand dan China dua negara yang berpegang teguh 
dengan dengan agama Buddha dan jumlah penganut Islam adalah penduduk 
minoriti.


Selain faktor perdagangan, kenapa mereka menyambut baik halal sebagai satu 
standard yang dihormati dalam aktiviti urus niaga? Sedangkan halal adalah 
kayu ukur yang hanya bersumberkan syariat Islam secara mutlak dan sudah 
tentu bertentangan dengan amalan masyarakat Barat dan Asia yang tidak 
bercirikan Islam.














Standard halal terutamanya berkaitan makanan menerusi pelbagai budaya bangsa 
sebenarnya membawa pendekatan mengembalikan mereka kepada teks asal 
kepercayaan mereka lebih-lebih lagi kepada penganut agama samawi seperti 
Kristian (Nasrani) dan Yahudi, sebagai ahli kitab.


Ini adalah kerana kebanyakan perkara membabitkan halal-haram makanan pada 
asasnya dalam ketiga-tiga agama ini tidak jauh berbeza. Oleh itu pada 
dasarnya secara jelas al-Quran memberi pengiktirafan bahawa makanan Ahli 
Kitab halal bagi orang Islam dan makanan orang Islam halal bagi mereka. 
Firman Allah SWT di dalam surah al-Maidah ayat 5 yang bermaksud; “Pada masa 
ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. 
Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal 
bagi kamu dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak 
salah kamu memberi makan kepada mereka)…”.


Apa yang telah berlaku ialah penganut mereka memprotes teks asal agama 
mereka. Contohnya berkenaan daging babi, binatang yang tidak disembelih, 
bangkai, dan minuman beralkohol atau arak. Ini boleh dirujuk dalam 
Perjanjian Lama dan Baru Bibel. Ekoran itu Amerika pernah mengharamkan 
rakyatnya mengambil arak dan akan dikenakan hukuman berat kepada sesiapa 
ingkarinya pada abad ke 18. Memandangkan ramai rakyatnya suka meminum arak, 
peraturan tersebut telah dibatalkan.


Orang Yahudi menamakan makanan halal mereka sebagai Kosher dan bagi orang 
Kristian tiada nama pengenalan khusus. Penganut Yahudi hari ini dari segi 
prinsipnya masih berpegang kepada ajarannya mengenai pengambilan makanan. 
Tetapi dalam sesetengah keadaan makanan Kosher mereka membenarkan penggunaan 
alkohol dan unsur campuran dari babi dalam produk makanan.


Bagi orang Kristian hari ini dilihat begitu bebas dalam soal pengambilan 
makanan mahupun minuman seolah-olah tiada sebarang sekatan langsung dalam 
ajaran sedangkan kitab suci telah memberi beberapa panduan tentang perkara 
tersebut. Amalan dua golongan ini menyebabkan bertentangan langsung dengan 
syariat Islam dan terlalu sukar untuk diiktiraf sebagai ahli Kitab yang 
masih murni seperti yang diakui oleh Quran.


Amalan ini juga menimbulkan keraguan kepada badan-badan Islam di seluruh 
dunia mengakibatkan binatang sembelihan dan makanan berasaskan daging 
dianggap tidak halal kerana status ahli Kitab mereka tidak meyakinkan.


Selain daripada dua agama samawi berpengaruh ini, ajaran Confucius yang 
terkandung dalam Confucian Book of Rites semenjak ribuan tahun dahulu juga 
tidak menggalakkan pengikutnya memakan babi dan anjing. Sesiapa yang 
mengambilnya dianggap rendah budi pekertinya. Begitu juga dengan ajaran 
Buddha melarang pengamalnya mengambil sebarang bentuk yang memabukkan 
seperti tercatat dalam The Teaching of Buddha (Bab 2:iii).


Bukan ajaran Buddha saja, malah ajaran Hindu tidak menimbulkan pertentangan 
dari segi prinsipnya kerana penganutnya dituntut hanya memakan 
sayur-sayuran. Namun demikian di kalangan pengamal vegetarian terutamanya 
membenarkan alkohol dalam pemakanan mereka seperti untuk “dressing”, sos dan 
pewarna vanilla. Malahan ramai di kalangan mereka suka menggunakan arak 
sebagai bahan resipi dalam masakan. Tambahan pula, menurut Daily Telegraph, 
London yang disiarkan pada 2001 menyatakan kerajaan Hindu Gujarat India 
begitu rancak mempromosikan penggunaan air kencing lembu yang dianggap 
sebahagian daripada vegetarianisme kerana ia adalah satu pemberian tuhan. 
Dalam Islam penggunaan arak dan air kencing binatang adalah haram dan amat 
bertentangan sekali dalam konsep halal sama ada bagi makanan atau minuman.








Setelah kita melihat secara perbandingan menerusi pelbagai dimensi agama 
samawi dan agama budaya, adalah jelas tiada sebarang percanggahan ketara 
pada dasarnya dalam konsep halal, sungguhpun konsep halal mempunyai 
pengertian tersendiri yang membezakan dengan yang lain. Percanggahan yang 
berlaku adalah hasil pembawaan penganut masing-masing sama ada di kalangan 
penganut agama samawi mahupun agama budaya.


Malahan pendekatan prinsip halal dalam syariat Islam bukanlah suatu 
percubaan menserasikan mereka dengan Islam yang sudah pasti dari segi 
akidahnya memang bercanggah, terutamanya agama budaya. Sebaliknya suatu 
kenyataan mendekati dan memahami semula teks ajaran mereka dengan harapan 
mereka merujuk semula kepada ajaran asal masing-masing. Ini adalah kerana 
sifat kesejagatan nilai Islam dapat diterima oleh semua, demi kepentingan 
keselamatan manusia tanpa mengira latar belakang kepercayaan.


Dalam analisis ahli fiqh Islam, ajaran Yahudi lebih banyak mengharamkan 
makanan sehingga mendatangkan kesulitan. Ajaran Kristian pula begitu mudah 
menghalalkan sesuatu secara mutlak. Di antara dua keterlaluan ini, Islam 
menawarkan kesederhanaan dengan tidak mudah mengharam dan tidak mudah 
menghalalkan sesuatu. Penilaian dibuat berdasarkan syariah demi memelihara 
kepentingan fitrah manusia.


– Rencana sumbangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
 
 






--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke