Assalamualaikum warahmatullah...

Teringat lagu Raihan "Iman tak dapat diwarisi... Dari seorang ayah yang
bertaqwa..."
___________________________________________________

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam
mengetuai upacara memperingati wira negara yang terkorban dengan meletak
kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara di sini sempena sambutan Hari
Pahlawan 2005. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
dan beberapa menteri…….

Ia diikuti tiupan bugle Last Post dan bacaan sajak bertajuk Pahlawan oleh
Asisten Superintendan Rose Baini Kassim dengan iringan muzik Pancaragam
Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Source: BERITA HARIAN 1 Ogos 2005 Wira negara dikenang
(http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Nasional/20050731234033/Article/
)

Tajuk : Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=371


ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991 (Enakmen 3/91)

Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1)
Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh
Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu
adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu: “Meletakkan kalungan
bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan
upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

Tajuk : Bacaan doa di tugu peringatan
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=428


Berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram
kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah,
surah al Maidah ayat 90 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan
al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis
daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga
kamu berjaya”.

Keterangan: “Al-Ansab” maknanya batu orang-orang jahiliyah sembelih korban
disisinya dan beribadat kepadanya. Berdoa adalah ibadat, berdoa di batu
tugu peringatan sama seperti orang-orang jahiliyah beribadat di al-Ansab
yang dimaksudkan di dalam ayat 90 itu.

Tajuk : Upacara Hari Pahlawan di tugu peringatan
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=608


Bahawa haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala kepala selama
20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu, bacaan sajak yang boleh
menimbulkkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat
tidak dilakukan dihadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh
syarak kerana semua ini adalah upacara agama juga.


Layari  http://rozmal.blogspot.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke