From: "azura" <[EMAIL PROTECTED]>
Date: Thu, 11 Aug 2005 17:29:36 +0800
Subject:  Berapa ramai suami yang boleh jadi imam???


 

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam??
Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki 
tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka 
terasa hati.



"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat 
kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak 
sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan 
perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke 
rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh 
semangat.
"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk 
belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si 
gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak 
sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh 
menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai 
wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan 
hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah 
jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama 
kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih 
tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa 
walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain 
video game di komputer mereka rasa lebih
perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika 
handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh 
memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. 
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak 
pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, 
sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman 
wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang 
jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan 
memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanitakini kepada beberapa lelaki 
tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan 
al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih 
handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada 
juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita 
perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam 
supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 
queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh 
belajar, apa salahnya lelaki!


---------------------------------




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke