http://www.abim.org.my/web/modules/news/article.php?storyid=598

 

MUKTAMAR SANAWI ke-34 ABIM dan
SEMINAR UMAT ISLAM DAN CABARAN KETAMADUNAN

19-21 Ogos 2005 / 4-6 Rejab 1425
Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET), Bangi, Selangor



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mengadakan Muktamar Sanawi ke-34 ABIM pada 19-21 Ogos 2005 di Dewan Besar , Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET), Bangi, Selangor Darul Ehsan. Tema muktamar kali ini ialah "Memimpin Perjuangan: Merangsang Kejayaan Masa Depan". Bersempena dengan Muktamar ini juga, ABIM turut menganjurkan Seminar Umat Islam dan Cabaran Ketamadunan yang bertujuan antara lain mengkaji cabaran-cabaran ketamadunan dalam dunia semasa, membina strategi dan agenda tindakan sebagai pendiri tamadun dan alternatif kepada kemelut dunia semasa; serta mengemukakan din al-Islam sebagai agama yang toleran dan terbuka yang menganjurkan kedamaian kepada setiap bangsa dan semua negara.

Muktamar kali ini yang dihadiri oleh lebih kurang 600 para perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara juga menyaksikan perubahan kepimpinan ABIM dari generasi kedua kepada generasi ketiga pimpinan ABIM. Tuan Haji Ahmad Azam bin Abdul Rahman, Presiden ABIM kelima melepaskan jawatan dalam suasana yang penuh muhibbah. Muktamar Sanawi ABIM ke-34 telah memilih barisan kepimpinan baru ABIM yang diketuai oleh Saudara Yusri Mohamad (biodata dilampirkan), sebagai Presiden ABIM keenam.

Senarai barisan kepimpinan baru ABIM boleh didapati daripada laman web ABIM Online (
www.abim.org.my).

KHAIRUL ARIFIN BIN MOHD MUNIR@ ZAHARI
Setiausaha Agung
Angkatan Belia Islam Malaysia
21 Ogos 2005

AHLI JAWATANKUASA KERJA ABIM PUSAT SESI 2005-2007

 

Presiden : Yusri Mohamad

Timbalan Presiden : Rumaizuddin Ghazali

Naib-Naib Presiden :

- Ahmad Shaiful Alwi Mohd Noor

- Azril Mohd. Amin

- Dr. Mastura Badzis

 

Setiausaha Agong : Khairul Ariffin Mohd.Munir

Pen. SUA : Azwiralbukhairi Ab Aziz

 

Setiausaha Kewangan : Ahmad Saparuddin Yusup

 

Ahli-ahli Exco:

1. Mohd. Zaidi Aziz

2. Fadhlina Siddiq

3. Mohd. Raimi Abd Rahim

4. Jufitri Joha

5. Dr. Saifullah Al-Hani

6. Maria Kamel

7. Ahmad Shabrimi Sidek

8. Fauwaz Hasbullah

9. Marzuki Mohamad

10. Dr. Haslinda Abdullah

11. Mohd Yusni Khusaini Mohd Yussof

 

 

Presiden ABIM yang baru  Sdr Yusri Mohamad dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1972 kini berusia 33 tahun. Bapa beliau, Allahyarham Dato’ Haji Mohamad bin Che Wook merupakan bekas Mufti Besar Kelantan. Bapa dan ibunya, Datin Hajjah Nik Zahrah Nik Yahya, merupakan antara generasi awal graduan Melayu lulusan Mesir. Beliau menerima pendidkan menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1985-1989 dan kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Malaysia di dalam bidang undang-undang (LLB) pada tahun 1995 dan undang-undang (shari’ah) (LLB(S) pada tahun 1996. Pengajian sarjana undang-undang (LLM) (Undang-Undang Islam) di School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London, England. Kini beliau melanjutkan pengajian PhD dalam bidang Teori Perundangan Islam di UIAM.

 

 

 

 

 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke