Assalamualaikum,
 
Dikala umat Islam di Iraq diratah penjajah

Disaat umat Islam di Selatan Thailand bermandi darah

Anak bangsaku

Yang bangga menjulang Melayu

Kononnya takkan hilang di dunia

Lena dalam fantasi

Mabuk dek tv realiti

Hingga wang ringgit

Seolah tidak berharga

Kerana pemanfaatannya untuk hiburan semata.

 

Dikala saudaraku di Selatan Laut Cina

Meratah siput babi dari pagi ke senja

Anak-anak kecil tercicir dari persekolahan

Ramai yang sudi berkorban

Menderma RM demi undian SMS

Seolah tiada rakyat merintih dan menangis

Hendak makan pun terkais-kais!

 

Umat Islam bukan hilang akidah

Tetapi ia tersangat lemah

Tujuan hidup tidak pasti

Walaupun tahu pengakhirannya adalah mati.

 

Halal-haram itu bukan paksi perbuatan

Dosa-pahala bukan pengendali hawa nafsu

Syurga-neraka bukan motivasi melaksanakan amalan

Hiburan, materialistik, kesenangan – dinobat sebagai teraju.

Laa yu'minu akha dukum hatta yakuuna hawaahu taba'an lima ji'tu bih
Tidak beriman seseorang dari kamu hingga menjadikan hawa nafsunya tunduk dengan apa yang aku bawa (hadis)

 

Assobiyah (nasionalisme) adalah satu sebab

Hingga kita kurang ambil berat dan prihatin

Isu Palestine, isu Iraq dianggap masalah orang Arab

Tak pernah anggap ia isu seluruh kaum Muslimin!

Sabda Rasulullah S.A.W.

Orang-orang yang mukmin itu salam sayang menyayangi, kasih mengasihani, santun menyantuni tidak ubah seperti satu tubuh seperti satu tubuh yang apabila satu anggota daripada tubuh itu, akan menderita pula seluruh tubuh yang lain dengan tidak dapat tidur dan demam.

   

Sempadan geografi menjadi tempurung

Hingga kita lebih hina dari katak

Masalah umat Islam kita tak endah langsung

Kalau sedihpun letih fikir cara nak bertindak.

Sabda Rasulullah S.A.W.

Orang mukmin bagi orang mukmin itu seumpama satu binaan. Kuat menguat diantara satu sama lain .

 

Amat tragis perlakuan Kuffar Barat

Memecah-belahkan umat Islam yang satu

Negara Daulah dihancurkan dan dikerat-kerat

50 lebih negara-negara kecil kini hilang taring & mati kutu.

 

Tragedi Selatan Thailand sepatutnya menyedarkan kita

Tanpa penyatuan seluruh Umat Islam takkan boleh kita buat apa-apa

Penubuhan semula Daulah Islamiyyah bakal menjadi pelindung

Seluruh umat bersatu dibawah seorang penaung.

 

Sesungguhnya Imam—Khalifah—itu bagaikan perisai; dimana (kaum muslimin) berperang dan berlindung di belakang perisai tersebut. (HR. Muslim).

 

Abu Bakar Ash Shiddiq suatu ketika pernah berkata,"Tidak halal kaum muslimin mempunyai dua pemimpin (Imam)."

 

Imam/Khalifah untuk kaum muslimin wajib hanya satu, sebagaimana wali hanya boleh menikahkan seorang perempuan dengan satu orang laki-laki, tidak boleh lebih. (Lihat Dr. Muhammad Khair, Wahdatul Muslimin fi Asy Syari'ah Al Islamiyah, majalah Al Wa'ie, hal. 6-13, no. 134, Rabi'ul Awal 1419 H/Julai 1998 M)

 

"...para imam mazhab (Abu Hanifah, Malik, Syafi'i, dan Ahmad) --rahimahumullah-- bersepakat pula bahawa kaum mulimin di seluruh dunia pada saat yang sama tidak dibenarkan mempunyai dua imam, baik keduanya sepakat mahupun tidak." (Lihat Syaikh Abdurrahman Al Jaziri, Al Fiqh 'Ala Al Madzahib Al Arba'ah, jilid V, hal. 416)

 

Pinggiran Istana Budaya

2 September 2005

 

 

 

 




--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Islam and the west Islam koran Different religions beliefs
Islam Divine inspiration


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke