Pembahagian jarum, kondom percuma boleh galak penagihan dadah
Monday, September 05 @ 18:07:33 MYT


Oleh Wajdi Mayusoh
RANTAU PANJANG, 5 Sept (Hrkh) – Kaedah pembahagian jarum dan kondom percuma bagi menangani masalah penagihan dadah merupakan sesuatu yang tidak munasabah kerana ia boleh menggalakkan lagi gejala tersebut.

Anggota Parlimen Rantau Panjang, Haji Abdul Fatah Haron berkata, penggunaan kaedah rawatan itu mungkin tidak berupaya membantu kerajaan bagi menyelesaikan masalah dadah.

“Biar pun kerajaan mendakwa boleh menjimatkan kos, namun dari aspek lain ia boleh menularkan lagi gejala penagihan dadah,” katanya ketika merasmikan Forum Menangani Gejala Dadah dan Aids anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, di sini, baru-baru ini.

Pogram perintis bagi pembekalan jarum dan kondom percuma kepada penagih dadah dijangka bermula awal Januari depan. Forum berkenaan menampilkan ahli panel Penolong Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Ibrahim Abdul Ghani, Ketua Pengelola Halaqat Kelantan, Ustaz Muhamad Mustafa dan dipengerusikan Setiausaha Agung I-Grad, Zamakhari Muhamad.

Ibrahim berkata, masalah sosial dan jenayah yang semakin parah hari ini kebanyakannya berpunca daripada penagihan dadah.

Tambah beliau, mengikut statistik ADK jumlah penagih di seluruh negara sejak tahun 1988 hingga pertengahan 2005 seramai 282,472 orang atau 1.1 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia.

“Walau bagaimana pun angka sebenar yang tiada dalam rekod adalah jauh lebih besar sebenarnya,” ujarnya. Kata beliau biar pun pelbagai kempen kesedaran dilakukan, ia masih gagal untuk mengurangkan secara drastik jumlah penagih dadah di seluruh negara.

Tambah beliau, punca utama berlakunya penagihan dadah ialah kurangnya pendidikan agama dalam diri remaja, di mana ia dibuktikan melalui kaji selidik yang dibuat ke atas penagih di Pusat Serenti.

Malah katanya, ada di antara mereka yang tidak tahu mengucap syahadah, tidak pandai sembahyang, tidak boleh membaca al-Fatihah dan asas ibadat yang lain.

Muhamad berkata, masalah dadah dan Aids tidak akan dapat diselesaikan selagi manusia tidak mempedulikan ajaran agama atau tidak menjadikan Islam sebagai panduan menguruskan kehidupan.

Katanya, selagi syariat Allah tidak mahu dirujuk dan dilaksanakan dalam menguruskan manusia, selagi itulah masalah penagihan dadah tidak dapat diatasi. 

Turut hadir Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, Abdul Rahman Yunus. Forum berkenaan juga diserikan dengan persembahan sajak bertajuk ‘Suntikan Maut’ oleh Smasiah Chuyu Otoma dan persembahan pentomin bertajuk ‘Tak Dok Penyakit Cari penyakit’ oleh kakitangan urusetia.

Sementara itu, di TANAH MERAH Penyelia Dewan Undangan Negeri Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustafa berkata, Islam merupakan agama yang memberi perhatian serius terhadap institusi kekeluargaan.

Katanya, kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan ulama amat mengambil berat berkenaan kebajikan wanita termasuk menyediakan peruntukan khas untuk golongan armalah (ibu tunggal). 

“Di zaman serba mencabar dengan gejala sosial yang begitu meruncing hari ini, maka ibu bapa mesti mengambil perhatian terhadap pendidikan agama. Ia merupakan asas terpenting ke arah pembentukan masyarakat Islam cemerlang,” katanya pada majlis perasmian penutup Program Cakno Keluarga DUN Gual Ipoh, Sabtu lalu.

Program Cakno Keluarga itu dianjurkan Urusetia Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan Kelantan dengan kerjasama Majlis Tindakan DUN Gual Ipoh dan Badan Kebajikan Wanita Gual Ipoh.
- /mj

Send instant messages to your online friends http://asia.messenger.yahoo.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Islam and the west Islam koran Different religions beliefs
Islam Divine inspiration


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke