Salaam,

    semoga ada manfa'at insha ALlah
    -----------------------------------


    Assalamu'alaikum wbt.
    Kepada muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah swt. Semoga beroleh keberkatan dan perlindungan dari Allah swt.

    Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

      Allah swt. berfirman:
      "Al-Quran ini adalah penjelasan yang cukup bagi manusia dan supaya dengan Al-Quran itu manusia menerima peringatan dan juga agar mereka mengetahui bahawasanya Dia (Allah) adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran".

      Sabda Rasulullah s.a.w.:
      " Manusia yang lebih utama adalah orang mukmin yang alim, jika diperlukan, maka dia akan memberi manfaat; jika tidak di perlukan, dia pun sememangnya kaya dengan dirinya sendiri ."

      Diriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Abu Dzar:
      " Hai Abu Dzar, engkau pergi untuk belajar sebuah ayat dari Kitab Allah, itu lebih baik bagimu daripada engkau bersembahyang seratus rakaat. Dan bila engkau pergi untuk belajar satu bidang ilmu, baik ilmu itu dilaksana atau tidak, itu lebih baik bagimu daripada engkau sembahyang seribu rakaat"



    Dimaklumkan di sini, Insya'Allah, sekali Masjid Asy-Syakirin, KLCC akan menganjurkan Seminar Diskusi 5 Kitab Oleh Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki pada 17 hingga 18 hb September 2005 ini.

    Pihak Masjid Asy-Syakirin, memohon jasa baik muslimin dan muslimat semua, agar memanjangkan posting ini kepada kaum keluarga dan sahabat-handai. Kerjasama dan sokongan semua didahului dengan ucapan ribuan terima. Semoga ianya diterima sebagai amalan yang soleh di sisi Allah SWT.

    Apa yang baik dari Allah SWT, kekurangan adalah kelemahan kami. Ribuan kemaafan dipohon.

    Taqabalallah minna wa minkum.

    B/P Pihak Masjid Asy-Syakirin, KLCC.

    ____________________________________________________________________________________________________________________________________
    Maklumat program adalah seperti berikut:


    • PROGRAM: SEMINAR DISKUSI KITAB KARANGAN SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI.
    • ANJURAN: MASJID ASY-SYAKIRIN, KLCC.
      PENSYARAH:AL-FADHIL SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI
    • TARIKH:17 & 18 SEPTEMBER 2005 BERSAMAAN 13 & 14 SHAABAN 1426
    • TEMPAT: DEWAN MASJID ASY-SYAKIRIN KLCC
    • SASARAN: 300 PESERTA YANG BERSEDIA MENGIKUTI PROGRAM SELAMA 2 HARI
    • YURAN: RM 30.00 (MAKAN UNTUK 2 HARI).
    • HARGA KITAB: RM 40.00 ( UNTUK 5 BUAH KITAB ).


      MUQADDIMAH SEMINAR DISKUSI KITAB KARANGAN SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI:

      Antara keistimewaan Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin ialah beliau mewarisi metodologi pengajian berasaskan sanad ataupun silsilah.

      Sebagai contoh: Sekiranya kita mempelajari hadis, maka hadis itu sampai silsilah periwayatannya sehingga kepada Rasulullah s.a.w.

      Kalau kita mempelajari kitab-kitab ulama muktabar, maka kitab-kitab ini sampai silsilahnya kepada pengarang asal kitab ini seperti Imam As-Shafei, Imam As-Sayuti, Imam Nawawi dan lain-lain lagi. Di sinilah ketulenan dan keberkatan ilmu itu berpindah dari generasi ke generasi. Lantaran itu, amatlah wajar kita meraikan kedatangan Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin dengan mengikuti majlis ilmu yang akan dikendalikan oleh beliau sendiri.

      Mudah-mudahan dengan menghadiri majlis ilmu dan mendampingi ulama, kita semakin hampir dengan Allah s.w.t.

      BIODATA RINGKAS SYEIKH NURUDDIN :

      Al-Fadhil Syeikh Nuruddin Bin Hj. Marbu Bin Abdullah Thaiyyib bertasal dari Banjar Masin. Dilahirkan di sebuah desa bernama Harus Amuntai pada 1 September 1960 M. Beliau dan keluarganya kemudiannya menetap di tanah suci Makkah pada tahun 1974. Madrasah Shaulathiah adalah tempat beliau menimba ilmu pengetahuan di sana. Pada tahun 1982 beliau menamatkan pengajian di madrasah Shaulathiah dengan keputusan cemerlang (mumtaz).

      Sepanjang di Makkah beliau banyak mendapatkan ilmu dari tokoh-tokoh ulama seperti Syeikh Allamah Hasan Masshath yang digelar Syeikul-Ulama rahimahullah, Syeikh al-Allamah Mohd Yasin Al-Fadani yang bergelar Syeikul Hadith wa Musnidud Dunya, Syeikh Ismail Usman Zain yang digelar Al-Faqih Ad-Darrakah dan ramai lagi tokoh-tokoh ulama di Makkah.

      Pada tahun 1983 beliau melanjutkan pelajaran ke Univ. Al-Azhar As-Syarif Mesir dalam jurusan Syariah Islamiah hingga mendapat ijazah sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajian di Maahad 'Ali Liddirasat al-Islamiah di Zamalik hingga mendapat diploma am "Dirasat Ulya" pada tahun 1990.

      Setelah menamatkan pengajian di univ. al-Azhar, beliau menumpukan perhatiannya dengan mencurahkan ilmunya kepada ratusan pelajar yang datang dari Asia termasuk dari Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Univ. al-Azhar Mesir sehingga beliau digelar sebagai al-Azharus Tsani ( Univ. Al-Azhar kedua). Di samping mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab berbahasa Arab serta karya ilmiah dalam berbagai bidang. Beliau telah menghasilkan karangan dan mentahqiq kitab-kitab muktabar tidak kurang dari 50 buah karangan. (rujuk biodata beliau dalam kitab beliau bertajuk At-Tamassuk Bil Kitab Wassunnah edisi terjemahan bertajuk Berpegang Dengan Kitab Dan Sunnah).
      [list=1]
      KITAB-KITAB KARANGAN AL-FADHIL SYEIKH NURUDDIN YANG AKAN DIDISKUSIKAN :
    • Isra' Dan Mikraj - Kitab Terjermahan
    • Riwayat Hidup Imam Shafie - Kitab Terjermahan
    • Bab Pemindahan Organ - Kitab Bahasa Arab.
    • Amal Maaruf Wal Nahi Mungkar - Kitab Bahasa Arab
    • Riwayat Hidup Khalifah Omar Abd. Aziz - Kitab Terjermahan


      TENTATIF PROGRAM:

      17 - 18 HB SEPTEMBER 2005 ( SABTU DAN AHAD )
    • 08.15 pagi : Pendaftaran / Taklimat Ringkas
    • 08.30 pagi - 10.30 pagi : Diskusi 1
    • 11.00 tgh - 01.00 tgh : Diskusi 2
    • 03.00 ptg - 07.15 ptg : Diskusi 3
    • 09.15 mlm - 11.00 mlm : Diskusi 4
      (BERGANTUNG KEPADA ARAHAN PENSYARAH)


    Semoga kita mendapat manfaat dari majlis diskusi yang di hadiri?amiin.

    ____________________________________________________________________________________________________________________________________
    BORANG PENYERTAAN SEMINAR DISKUSI 5 KITAB BERSAMA AL-FADHIL SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI PADA 17 - 18 HB SEPTEMBER 2005 ( SABTU DAN AHAD ), ANJURAN MASJID ASY-SYAKIRIN, KLCC.


    NAMA :___________________________________________________________


    ALAMAT :___________________________________________________________


    ____________________________________________________________


    NO. TEL. :________________________NO. H/PHONE: ______________________


    E-MAIL :_ ____________________________



    BERSAMA INI SAYA SERTAKAN BAYARAN RM 30.00 UNTUK YURAN SEMINAR.


    T/TANGAN : ________________________________ TARIKH
    _____________________________



    BORANG PENYERTAAN HENDAKLAH DISERAHKAN KE PEJABAT MASJID ASY-SYAKIRIN, KLCC, ATAU DIFAXKAN KE NO. FAX: 03-23801291, ATAU E-MAILKAN KE [EMAIL PROTECTED] SELEWAT-LEWATNYA PADA 15 SEPTEMBER 2005.

    SEBARANG KEMUSYKILAN SILA HUBUNGI :

    ZAKARIA : 012-3938645 / US. SHAZILI : 019-4467464 / US. SHAARANI : 012-0126458083


New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage!


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Islam and the west Islam koran Different religions beliefs
Islam Divine inspiration


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke