Terbaru, kes yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Fenomena yang sedang berlaku di kalangan umat Islam di Malaysia khususnya di negeri Selangor untuk dikongsi bersama. Baru-baru ini JAIS mengendalikan kes seorang perempuan Islam yang telah berkahwin dengan pendatang tanpa izin dari pakistan. Malangnya selepas beberapa bulan berkahwin, suami perempuan tersebut telah dihantar pulang ke negara asalnya oleh pihak Imigresen kerana bersalah memasuki Malaysia secara tidak sah. Kemudian dengan marah, perempuan tersebut telah pergi ke JAIS dan meminta supaya suaminya dipanggil balik ke Malaysia dengan segera dan diberikan hak kerakyatan. Sambil mengugut, jika pihak JAIS gagal bawa balik suaminya ke Malaysia, dia akan keluar daripada agama Islam (murtad). Terkejut dengan tindakan perempuan tersebut, JAIS sedang memberi khidmat kaunseling kepadanya. Langsung JAIS menggalakkan kepada wanita-wanita dara/janda supaya mencari suami rakyat Malaysia supaya tidak wujud masalah dimasa hadapan.

 

Nisbah penduduk di Selangor ialah 1 lelaki = 14 wanita (1:14)

 

 

Menurut JAIS, negara merancang membawa masuk 100,000 orang pekerja daripada pakistan untuk menampung kekurangan pekerja disektor perladangan/industri/pembinaan dalam tempoh terdekat, masing-masing muka macam hero hindustan dan semuanya berbulu dada macam carpet. Waspada kepada gadis yang mempunyai selera bersuamikan muka macam Shah Rukh Khan! Jangan mudah jatuh cinta dengan mamat-mamat hidung mancung nieh J

 

 

Oleh kerana rakyat Malaysia enggan menceburi bidang pembinaan dan perladangan menyebabkan 1.6 juta pekerja indonesia membanjiri negara. Bayangkan jika setiap seorang menghantar RM100.00 ke indon jumlahnya bersamaan 1.6 juta orang X RM100.00 = RM160 juta sebulan atau dianggarkan RM1.92 billion setahun dibawa keluar ke indon.

 

 

Menurut JAIS lagi, ajaran sesat yang sedang bergiat aktif mencari ahli-ahli baru di selangor kini mencecah 20 ajaran dan ajaran terbabit sedang dipantau oleh JAIS sebelum diambil tindakan.  Sebahagian besarnya bergiat aktif beroperasi di kawasan Rawang dan Shah Alam. Cadangan JAIS, jangan percaya jika ada mana-mana individu atau kumpulan yang mengajak menyertai kumpulan mereka dan mendakwa boleh memberi jaminan syurga kepada ahlinya. Sila hubungi JAIS jika anda was-was. Talian JAIS  03-33726924 (sebarang pertanyaan/aduan)

 

 

Pesanan JAIS, bawa mahram lelaki dan sentiasa membawa air minuman sendiri dari rumah jika pergi berubat dengan pengamal perubatan tradisional dan elakkan meminum air yang disediakan kerana dikhuatiri air tersebut di sihir. Cadangan ini sebagai langkah mencegah dan berjaga-jaga sebelum terkena. Banyak kes-kes rogol dan cabul melibatkan pengamal perubatan sejak akhir-akhir ini.

 

 

Regards,
Syed Abd Rahman bin Syed Abdullah


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke