That was very intelligent of you.

ruzaihan.junit wrote:

>Assalamualaikum warahmatullah...
>
>Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi
>bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan
>sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya.
>Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai
>keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin
>& orang2 yang beramal soleh...
>
>Bismillahir Rahmanir Raheem...
>
>Gempar seluruh dunia baru2 ini dengan kisah Rita dan Katrina. Dalam akhbar,
>berita di tv di mana2 sekalipun orang sibuk menyebut tentangnya. Siapa atau
>apa Rita dan Katrina ini sebenarnya? Pelakon Hollywood terbaru? Atau
>penyanyi pop duo daripada Amerika? Atau juara rancangan American Idol?
>Tidak... Tidak... Rita dan Katrina sebenarnya adalah nama bagi ribut2 yang
>melanda Amerika Syarikat baru2 ini.
>
>Tidak seindah namanya, Rita dan Katrina bukanlah penghibur bagi rakyat
>Amerika. Sebaliknya Rita dan Katrina adalah bencana yang memusnahkan negara
>mereka dengan tiada belas kasihan. Rita dan Katrinalah yang menyebabkan
>negara mereka kerugian berbillion dolar. Paling hebat, Rita dan Katrinalah
>yang membongkar akan kepincangan pentadbiran George W. Bush serta 'misteri'
>kehilangan tabung bencana alam negara itu.
>
>Bagi kebanyakan teman2 seagama yang saya temui, tidak terbit rasa simpati
>mereka terhadap mangsa bencana alam tersebut. Bahkan seorang teman saya
>yang beragama Kristian juga berkata 'padan muka' apabila mendengar
>perkhabaran duka ini. Ini semua angkara Bush, kata mereka walaupun mereka
>sedar bencana tersebut meragut nyawa orang kebanyakan, bukan nyawa Bush
>sendiri.
>
>Jika dikira dengan perasaan dendam, rasanya tidak salah 'memadankan muka'
>mereka. Tetapi dalam hati saya timbul juga rasa simpati. Namun bukan itu
>yang ingin saya bicarakan hari ini. Bukan tentang mangsa yang terkorban,
>bukan tentang pentadbiran Bush dan bukan juga mempersoalkan kejadian Allah.
>Sebaliknya saya lebih berminat tentang kita, tentang mesej yang dibawa oleh
>Rita dan Katrina untuk kesemua kita.
>
>Rasanya hampir seluruh penduduk planet bumi tahu akan kehebatan negara yang
>benderanya hampir seperti bendera kita ini. Mereka bukan setakat mempunyai
>teknologi yang terkini bahkan dari segi ketenteraan juga mereka jelas telah
>jauh kehadapan berbanding dengan negara2 maju yang lain. Apatah lagi jika
>debandingkan dengan kita negara yang sedang membangun ini.
>
>Dengan teknologi canggih yang terkini, mereka mula menjadi bongkak. Amerika
>sedar bahawa mereka adalah tentera terkuat. Maka mereka rasakan bahawa
>seluruh negara harus tunduk patuh kepada arahan mereka. Mana negara2 yang
>enggan akan lebur. Lihatlah apa yang terjadi kepada Afghanistan dan Iraq.
>Maka dengan bongkak dan takbur mereka jugalah Allah menunjukkan kuasaNya.
>
>Lalu Allah timpakan bencana ke atas mereka. Hancur sebuah bandar. Hanya
>terlihat tompokan2 kecil yang masih belum ditenggelami air. Bangunan2 rosak
>teruk. Inilah akibat mendahului kuasa Allah. Manakah pergi teknologi yang
>dibangga2kan? Di manakah perginya sistem pengesan bencana yang direka
>ciptakan? Maka seluruh umat manusia harus sedar, Allah berhak melakukan apa
>yang Dia ingin lakukan.
>
>Bagaimana pula kaitannya kepada kita? Sebenarnya saudara2 sekalian, tanpa
>sedar di kalangan kita sendiri ada yang bertindak menjadi Amerika. Ya,
>sesetengah dari kita mungkin adalah ketua sebuah jabatan atau mungkin juga
>sebuah kementerian atau mungkin sebuah negeri atau negara. Dengan kedudukan
>itu, kita sering merasakan bahawa kita mempunyai kuasa ke atas orang2
>bawahan kita.
>
>Tentunya sebagai ketua kita mahu dipatuhi. Kadangkala, kita merasa marah
>kepada mereka yang enggan mematuhi kita. Maka dengan kuasa yang kita ada,
>berbagai 'hukuman' yang kita kenakan ke atas pekerja kita. Kerana kita
>percaya bahawa tidak ada mudharat yang mampu dia (pekerja kita) lakukan
>terhadap kita. Kerana kita percaya bahawa kita 'lebih berkuasa' darinya.
>
>Atau mungkin sebagai ketua sebuah negara, kita kenakan sebuah undang2 yang
>begitu hebat kezalimannya. Barangsiapa tidak mematuhi apa yang kita
>perintahkan, dengan sewenangnya kita akan tahan kemudian tanpa bicara dia
>terus kita penjarakan. Kerana kita yakin bahawa undang2 berada dalam tangan
>kita. Sedang sebenarnya kita lupa bahawa ada yang lebih berkuasa kepada
>kita.
>
>Jika tidak kerana janji Allah untuk memperkenankan doa Nabi saw agar
>umatnya tidak dibalas di dunia ini juga, nescaya setiap dari kita telah
>musnah ditimpa bencana. Namun sesungguhnya kuasa itu juga satu dugaan dari
>Allah. Maka berbahagialah orang yang amanah kepada kuasanya dan deritalah
>untuk orang yang menyalahguna. Janganlah hanya dengan kuasa yang sementara
>ini kita cuba menjadi Tuhan Buatan Sendiri.
>
>Cuba lihat bagaimana Amerika hari ini merayu bantuan daripada negara2 yang
>pernah dia injaki. Begitu juga keadaan kita sebagai lelaki. Mungkin hari
>ini kita berbangga dengan status sebagai suami. Tanpa izin kita takkan
>kemanalah isteri. Kadangkala kita melayannya seumpama dia hanyalah orang
>gaji (housemaid). Setelah begitu banyak pengorbanannya, begitu sukar untuk
>kita lafazkan ucapan terima kasih.
>
>Terkadang terlintas pula di fikiran, untung dia kita peristerikan. Cukup
>kita beri makan dan pakaian. Maka wajib arahan kita mereka patuhkan. Hingga
>kita lupa setinggi2 pokok kelapa akan tumbang juga akhirnya. Tatkala kita
>sakit terbaring tak bermaya, siapa yang akan menyuapkan kita ubat dan
>makanan? Bahkan siapa yang keluar mencari makan? Bukankah beruntung kita
>dia 'persuamikan'?
>
>Allah Tuhan yang Maha Pemberi Balasan. Mungkin hari ini di tempat kerja
>kita diberi tekanan hanya kerana kita orang bawahan. Mungkin hari ini kita
>dianugerahkan majikan yang tak berperikemanusiaan. Akan tetapi ingatlah
>kepada kuasa Allah. Percayalah Allah itu tidak pernah zalim. Mungkin orang
>yang zalim tidak diberi balasan di sini tetapi percayalah tetap ada balasan
>untuk kita di sana.
>
>Kepada mereka yang memegang kuasa, percayalah Allah lebih berkuasa.
>Percayalah kepada Hari Kebangkitan. Di mana setiap kita akan dipersoalkan
>tanggungjawab dan juga amalan. Janganlah kita sibuk mentertawakan Amerika
>yang kononnya ditimpa balasan, sebaliknya pertimbangkanlah diri sendiri.
>Apakah kita tidak pernah berlaku zalim? Pastikah tiada orang yang berdoa
>untuk kemusnahan kita? Adakah Allah meredhai kita?
>
>Rita dan Katrina membawa satu mesej yang jelas. Bukan setakat untuk Amerika
>dan pemimpinnya. Tetapi juga untuk kita semua. Jangan dipersoalkan mengapa
>rakyat yang hancur sedangkan pemimpin masih mampu bergelak ketawa. Kerana
>kekalnya pemimpin itu atas pilihan majoriti rakyatnya. Bagaimana dengan
>kita? Apakah pemimpin yang kita pilih hari ini orang yang Allah redhai?
>Relakah kita pula ditiup Rita dan Katrina nanti?
>
>Jawablah sendiri pertanyaan ini...
>
>Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk
>adalah akibat kejahilan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah,
>
>Wassalamualaikum warahmatullah
>
>-Abu Naqibah-
>
>Komen & kritikan membina dialu-alukan. Email saya di
>[EMAIL PROTECTED]
>
>
>
>
>
>
>
>
>--------------------------------------------------------------------------
>
>All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
>any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
>otherwise. 
>
>If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a 
>daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change 
>your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with 
>the title "change to daily digest".  
>Yahoo! Groups Links
>
>
>
> 
>
>
>
>
>  
>





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke