OKU-Peristiwa di KTMB, Johor Baharu
Oleh: Pak Ngah

Tujuan aku menulis artikel sebegini adalah sekadar berkongsi
pengalaman suka dan duka sebagai orang kurang upaya(OKU) kepada
masyarakat, semoga ia menjadi pengajaran berguna kepada kita semua.
Sebelum ini aku banyak menulis artikel mengenai agama, isu semasa dan
politik. Rasanya sudah genap setahun aku menjadi penulis setia di
internet terutamanya yahoogroups harakahdaily, PAS Selangor, PAS
Wilayah dan hidayahnet iaitu bermula Ramadhan/oktober 2004. Terima
kasih kepada moderator yang menyiarkan tulisanku.

Berbagai email aku terima meminta nasihat, pandangan malah meminta aku
menulis artikel sebagai hujah dalam masalah wahabi dan sebagainya,
dari pengirimMalaysia hinggalah Indonesia. Ada yang memanggilku Ustaz,
terdetik dihatiku, jika mereka tahu aku hanyalah seorang hamba yang
lemah. Pak Ngah adalah OKU, seorang insan yang selalu dilabel warga
kelas kedua. Perkara ini tentu tidak akan berlaku.

Masih segar dalam ingatanku suatu peristiwa di Keretapi Tanah Melayu
Berhad, Johor Bharu(KTMB JB). Peristiwa itu berlaku dalam bulan April
1994.  Mungkin ini merupakan satu kisah dukaku. Ketika itu aku baru
sahaja habis final exam bagi semester terakhirku di UTM, aku juga
telah berjaya menyiapkan projek tahun akhirku di dalam bidang
Statistik atau sesetengah pelajar mengatakan tesis.

Semua kerja telah beres, 2 atau 3 hari lagi aku akan pulang, sebagai
pengguna setia kerusi roda dan sebuah motorsikal yang diubahsuai khas
untuk orang-orang cacat. Aku perlulah menghantar dahulu motorsikalku
balik ke rumahku di Kuala Lumpur. Aku telah meminta tolong pada dua
orang sahabatku yang ku panggil Shamsul dan Lebai untuk menemani aku
dari Skudai ke Johor Baharu(JB) yang jaraknya kira-kira 14 km. Bagi
OKU sepertiku itu adalah perjalanan yang jauh dengan kesibukan
kenderaan yang melalui jalanraya menuju ke JB.

Aku menunggang motorsikalku yang besar terpampang 'AWAS PEMANDU CACAT'
sendirian dan 2 orang sahabatku dengan sebuah motorsikal lain.
Sesampai di KTMB, JB kawanku pergi ke kaunter penghantaran barang
bertujuan untuk mengepos motorsikal roda tigaku.

Pegawai KTMB tidak mahu membawa motorsikalku dengan berbagai alasan,
puas kami merayu tetapi tidak dilayan. Kena marah adalah dengan
jelingan yang sungguh tajam dari pegawai-pegawai KTMB.
Mentang-mentanglah kami hanya student, ikan bilislah katakana. Aku
sebenarnya sudah letih memandu ketika itu, hanya Allah sahaja yang
tahu bagaimana perasaanku, terasa hina betul diri ini, maklumlah warga
kelas kedua. Hanya kesabaran yang tinggi sebagai pengubat duka bagiku.

Kemudian, aku terpaksa menyewa teksi. Motorsikal roda tigaku dipandu
oleh Shamsul sementara Lebai memandu motorsikal yang satu lagi. Kami
terus bertanya ke kedai di sekitar JB jika ada syarikat pengangkutan
yang boleh membawa motorsikal roda tigaku ke KL.  Mereka kata di
Tampoi ada.

Kami pun berpatah balik ke Tampoi, Akhirnya dapat juga aku mengepos
motorsikalku dengan syarikat penghantar berlori. Aku dikenakan caj
RM200, suatu nilai yang besar untuk pelajar ketika itu. Jika melalui
KTMB sekitar RM70-RM80 sahaja. Bila balik di kampus UTM, caj teksi
pula.

Itulah sikap masyarakat kita! , padahal masa aku pos motorsikal dari
KL ke JB setahun yang lepas boleh aje. Walaupun ayahku kena sindir
pada mulanya, pakcik nak berniaga tak payahlah guna khidmat KTMB.
Ayahku menerangkan ini motorsikal orang cacat bukan untuk berniaga.
Mungkin kerana malu agaknya maka motorsikal roda tigaku yang ada side
car bertujuan membawa kerusi rodaku selamat di bawa KTMB ke JB.

Inilah sebenarnya sikap masyarakat kita! Padaku slogan masyarakat
penyayang adalah hipokrik semata-mata. Di dalam iklan PETRONAS ada
iklan kononya ada skim bantuan untuk orang cacat. Bagiku itu juga
semata-mata retorik. Aku pernah minta bantuan Jabatan Kebajikan
Masyarakat dulu masa di UTM, ditolak sebab tak layak. Kamu ada
komputer alasanya, tanpa komputer macam mana aku nak menyiapkan tesis
tahun akhirku.

Insyallah, aku akan kembali lagi dengan kisah suka dukaku bertujuan
untuk masyarakat menyelami kehidupan OKU. Memang ada tulisan tentang
OKU di akhbar-akhbar tapi itu tidaklah mengambarkan keadaan
sebenarnya. Hanya mereka yang mengalami yang tahu apa ertinya menjadi
OKU. Dalam media bila OKU dapat jemputan ke majlis, terima bantuan
sedikit sudah digambarkan terlalu gembira.

Adakah setakat program berkala, kadang-kadang bila hendak tiba
Aidilfitri sudah cukup mencapai sasaran, MASYARAKAT PENYAYANG? Adakah
ini sudah memadai?

Wallahu a'lam.

--
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan
Seluruh Alam"

PakNgah
http://pakngah70.blogspot.com/




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Click here to rescue a little child from a life of poverty.
http://us.click.yahoo.com/rAWabB/gYnLAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 




Kirim email ke