Kerana tidak pasti tujuan dihidupkan di dunia

Ramai umat Islam yang tidak tahu apa nak dicapai

Kesempatan mengecap nikmat hidup jadi agenda utama

Kurang arif persediaan akhirat hingga nak beramal pun terkapai-kapai!

 

Amat payah untuk bertemu di bulan Ramadhan

Kecuali nak shopping berkumpulan atau join moreh

Kalau disebut tentang diskusi Islam, dakwah serta kewajipan

Seringkali ditolak atas alasan nak kejar fadilat terawih.

 

Mendalami Islam juga tidak istiqamah

Lebih dekat dengan Rabb-nya hanya di bulan Ramadhan 

Paling sedih dan terasa lemah

Usrah sanggup dikesampingkan kerana nak kejar sunat

Hingga yang wajib (mendalami Islam & berdakwah) ditinggalkan.

 

Keutamaan yang tidak ketahuan menjadikan ibadah kecelaruan

Mana satu perlu dibuat dulu : yang wajib atau yang sunat

Bukan tidak menggalakkan amalan nawafil di bulan penuh keberkatan

Sekadar mengingatkan jangan sampai yang sunat itu dianggap lebih bermanfaat.

 

Memiliki ilmu itu paling utama

Tanpanya ibadah mungkin jadi sia-sia

Apatahlagi jika bantai taqlid buta

Malas nak belajar, bab hukum-hakam sub-con pada Majlis Fatwa! 

 

Sikap inilah menjadikan umat Islam lemah

Sana-sini ditindas, yang sihat hanya mampu bersedih

Tak mampu membantu saudaranya yang kian parah

Sekadar menderma sambil mengesat airmata yang meleleh.

 

Hidup tanpa tujuan yang pasti amatlah menyedihkan

Makan minum, kumpul harta, kerja dan kahwin jadi keutamaan

Mendalami dan mendekati Islam hanya untuk ibadah khusus

Muamalat, politik, perundangan, pendidikan berasaskan alQ & sunnah  

-          masih blur dan berkabus!

 

Cantiknya Islam tidak dilihat dari perilaku individu

Bersongkok berketayap bukan lebih bertaqwa dari yang bertopi

Penerapan sistem Islam Kaffah (keseluruhan) itu teramat perlu

Agar dapat melahirkan individu bersyahsiyah Islam sejati.

 

Tapi perlu diingat matlamat utama bukan sekadar meraih kuasa

Puas dengan sokongan tapi pendokongnya lemah aqidah 

Angguk-angguk - bab solat, zakat, haji dan puasa

Geleng-geleng - bab politik (siyasah), perundangan (uqubat) dan muamalah.

 

Kembali pada kehidupan Islam (isti'naf fii al-hayati al-islam ) patut jadi 
agenda utama

Ajak umat Islam agar mengambil Islam sepanjang masa untuk semua perkara

Sedar hubungan ONLINE dengan Allah Subhanahu Wa Taala ( idra' sillah  bilLah) 
setiap saat

Bukan hanya di bulan Ramadan atau sewaktu melaksanakan solat.

 

Hadiri dan anjurkan usrah mendalami agama untuk seluruh alam

Tapi  bukan untuk melahirkan ulama' Haid & Nifas sahaja 

Tujuan utama agar ujud pandangan umum (public opinion) tentang Islam

Mampu menyelesaikan masalah umat sepanjang masa dimana jua.

 

Semuga Ramadhan ini menjadi pencetus

Ilmu Islam didalami dan diamal bukan sekadar ibadah khusus

Ia berkekalan sesudah berakhirnya Ramadhan

Manisnya iman bila dosa-pahala, syurga-neraka – jadi sandaran perbuatan!

 

Kepada yang masih belum menghadiri usrah secara regular

Kejarlah peluang ini sementara umur masih ada

Lihatlah keliling antum dan bertindak segera

Allah pasti membantu sesiapa yang ingin memartabatkan agama-Nya!

 

 

Shell Jalan Pahang (citybound)

13.10.2005




On 10/11/05, grad it <[EMAIL PROTECTED]> wrote: 
Bismillahirrahmanirrahim
 
Hidup nafsi-nafsi di zaman ini sangat berleluasa
Seolah-olah sudah jadi budaya manusia
Kalau berjumpa pun kebetulan sahaja atau kerana perlu atau terpaksa
Kalau bukan kerana yang disebutkan tadi tidak perlu berjumpa
 
Kerana hubungan hati sesama manusia sudah tidak ada
Rindu-merindui sesama manusia lebih-lebih lagi tidak ada
Manusia kalau sengaja hendak berjumpa sesama terseksa
Prejudis sesama, curiga-mencurigai sentiasa ada
 
Manusia hari ini hidup tidak ada erti apa-apa sesama manusia
Hidup menyendiri tidak mampu pula
Kerana satu sama lain mahu tidak mahu perlu-memerlu
Di dalam perlu-memerlu itu tautan hati tidak ada 
Pertemuan fizikal bukan pertemuan hati manusia
Aduh! seksanya hidup di zaman ini
 
Berada di tengah ramai dirasa keseorangan
Masing-masing membawa hal masing-masing
Hidup yang dituju sebenarnya tidak ada
Kecuali makan, minum, rehat, tidur baring, kahwin
Selain ini tidak tahu ke mana tujuan hidup yang sebenarnya
 
Hanya mereka faham selepas hidup mati
Mengapa hidup tidak tahu jawapannya
Mengapa mati lebih-lebih lagi tidak ada jawapan yang pasti
Cuma ada juga dengar-dengar di cuping telinga ada azab ada nikmat
 
Tapi keyakinan itu tidak dihayati
Kerana itulah bimbang selepas mati itu tidak begitu ditakuti
Seolah-olah susah dan senang itu hanya ada di dunia
Begitu dahsyat sekali fahaman umat Islam di hari ini
Sekali pun yang nampaknya beragama
 
 
 Nukilan: Ust Hj Ashaari Muhammad

12.5.2004 Menjelang tidur
 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Click here to rescue a little child from a life of poverty.
http://us.click.yahoo.com/rAWabB/gYnLAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke