Assalamualaikum,
 
Rasuah dan segala sekutunya yang haram jadah
Berlaku bukan kerana masalah aqidah
Kepada-Nya masih disucikan dan disembah
Tetapi masih alpa bab larangan dan perintah.
 
Laa yukminuu akhadukum hatta yakuuna hawaahu taba'an lima ji'tu bihi
Tidak beriman seorang dari kamu hingga menjadikan hawa nafsunya tunduk dengan apa yang aku bawa (HADIS)
 
Apabila ketaqwaan bukan agenda utama
Dosa pahala, halal haram, syurga neraka
Tidak jadi kayu pengukur perbuatan
Buat dosa macam takde rasa apa-apa
Semalam hari ni esok lusa
Buat apa sahaja bila ada kesempatan.
 
al birru husnul khuluqi - kebaikan itu adalah akhlak yang baik
wa al ismu - dan dosa itu
maa haaka fii nafsika - apa yang tidak menenangkan diri kamu
wa karihta an yattholi'a alayhinnas - dan kamu tidak suka dilihat manusia (HADIS)
 
Kalau individu melakukan dosa yang tidak dia tahu itu dosa dan salah - tak dapek den nak nolong!
 
Semuga perasaan ketaqwaan yang berskala tinggi di bulan Ramadan akan berterusan dan maintain sepanjang tahun supaya bukan rasuah aje yang dielak, tetapi apa jua yang haram dan dilarang.
 
Wassalam.
 

 
On 10/18/05, RozaliAbdullah <RozaliAbdullah> wrote:
Malaysia oh tanah airku,
tempat tumpah kerja-kerja menipu
Tu hanya satu dalam mungkin beribu
Kita tengoklah betulkah tak pilih bulu
 
Malaysia negeriku Malaysia
Rasuah melata tak kira kecil besar
Yang bilis selalu kena dan yang besar selalu tersasar
Sebab yang bilis pakai peguam yang besar pakai lawyer
 
Tolong sambung lak . . .

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:

Seleweng lot bazar: Anak pegawai tinggi direman

Oleh YAP LEE YING


KUALA LUMPUR 13 Okt. - Seorang anak pegawai tinggi kerajaan bergelar Tan Sri dan seorang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) direman tiga hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan penjualan lot bazar Ramadan di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) di sini.

Kedua-dua lelaki berusia 32 dan 25 tahun itu telah ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) di pusat membeli-belah Jalan TAR pada pukul 4 petang semalam.

Mereka direman selama tiga hari sehingga Sabtu ini dan perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Nazran Mohd. Sham di Mahkamah Majistret Jalan Raja di sini hari ini.

Menurut sumber, ketika ditahan kedua-dua suspek dipercayai sedang berurusan dengan seorang lelaki berhubung penjualan lot bazar berkenaan.

``Tangkapan itu dibuat selepas BPR menerima aduan daripada seorang peniaga berhubung kegiatan penyelewengan dilakukannya.

``Peniaga itu tidak berpuas hati apabila mengetahui semua lot bazar itu dibeli dan dijual semula dengan harga berganda oleh lelaki terbabit,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah beliau, BPR turut merampas wang RM11,000 daripada suspek hasil penjualan lot tersebut.

``Difahamkan anak Tan Sri itu merupakan satu-satunya individu yang berjaya membeli kesemua 18 lot bazar Ramadan di Jalan TAR daripada DBKL walau pun tender pembelian lot-lot berkenaan ditawarkan secara terbuka sebelum ini.

``Suspek dipercayai mendapat keistimewaan itu kerana menggunakan pengaruh bapanya yang berjawatan tinggi dalam kerajaan,'' jelasnya.

Beliau memberitahu, suspek kedua yang merupakan seorang pegawai DBKL dipercayai turut terbabit membantu meluluskan penjualan lot bazar Ramadan terbabit.

``Anak Tan Sri terbabit dipercayai hanya membayar RM60 untuk membeli satu lot bazar tersebut tetapi menjual semula kesemua lot berkenaan kepada peniaga lain dengan harga RM11,000.

``Hasil keuntungan tersebut kemudian dibahagikan kepada pegawai DBKL yang bertindak meluluskan penjualan lot kepadanya,'' ujar beliau.


 


Do you Yahoo!?
New and Improved Yahoo! Mail - 1GB free storage!


Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration


YAHOO! GROUPS LINKS






--
Wanna feel something new ??? Visit www.mykhilafah.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke