IRAQ DAN PARSI : Pertempuran Di Zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a.

Rujukan : Sejarah dan Kebudayaan Islam, Prof Dr Ahmad Shalaby, Jilid 1, 1988.

Fiqh Al-Harakah dari sirah Nabawiyyah, Haji Abdul Hadi Awang, Jilid 1 & 2, 1988.

Oleh: Pak Ngah

Pertempuran-pertempuran kecil di antara Umat Islam dan Parsi telah berlaku dibawah pimpinan al-Muthanna bin Harithah asy-Syaibany di mana dengan bilangan tentera dan kelengkapan yang kecil tentera Islam dapat menewaskan tentera Parsi yang besar dan mempunyai kelengkapan yang banyak.

Melihat kejayaan ini, Khalifah Abu Bakar r.a. mula menghantar balatentera yang lebih besar dipimpin oleh Khalid al-Walid. Khalifah Abu Bakar r.a. mengutus surat kepada al-Muthanna memintanya supaya menyambut khalid al-Walid serta taat dan tunduk pada perintahnya.

Apabila Khalid al-Walid tiba di Iraq, Bandar-bandarnya menerima tawaran perdamaian serta tunduk dan membayar jizyah kepadanya dan berjanji akan bersama-sama menentang Parsi.

Negeri terpenting menerima tawaran perdamaian ialah Hirah. Dari sini Khalid al-Walid menuju ke Anbar dan mengepungnya, akhirnya mereka menyerah dan meminta damai. Khalid al-Walid meneruskan kemaraannya ke Ainut-Tamar dan berlaku pertempuran dan kepungan oleh tentera Islam, akhirnya mereka menyerah kalah. Khalid al-Walid telah membebaskan sekumpulan orang Arab yang telah ditawan oleh tentera Parsi yang dikurung di dalam gereja di Bandar Ainut-Tamar.

Di antara pertempuran terpenting yang diharungi Khalid al-Walid ialah Mauqi'ah Zatis-Salasil(Pertempuran Askar Berantai) yang dipimpin oleh Hormuz panglima Parsi . Tentera Parsi secara paksa diikat dengan rantai-rantai besi di antara satu sama lain supaya mereka tidak lari meninggalkan medan pertempuran tetapi ini tidak membantu mereka. Setengah dari mereka dapat melarikan diri sementara yang lain gugur terbunuh. Hasil dari pertempuran itu tentera Islam dapat menakluki al-Ubullah yang terletak di Teluk Parsi.

Khalifah Abu Bakar r.a. mengarah Khalid al-Walid dan tenteranya membantu tentera Islam yang berada di Rom kerana kesulitan dan kepayahan yang mereka alamai. Tentera yang dipimpin Khalid al-Walid beralih arah menuju ke Rom, ini menyebabkan tentera al-Muthanna menjadi lemah dan tidak berdaya menentang tentera Parsi. Akhirnya mereka kembali semula ke Semenanjung Arab.

Di masa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab r.a. keadaan balatentera Islam jauh lebih kuat daripada askar Rom iaitu sesudah mendapat kemenangan gilang-gemilang dalam pertempuran Ajnadain. Oleh itu Khalifah Umar r.a. pun mengirim kembali tentera ke Parsi.

Artikel seterusnya akan melihat penyebaran dakwah dan perluasan Empayar Islam di zaman Khalifah Umar al-Khattab r.a. terutamanya peperangan al-Jasr, Mahran, al-Qadisiyah, Mada'in, Jalula' dan Nahawand yang akhirnya melenyapkan penentangan bangsa Parsi dan akhirnya memasukkan Parsi ke dalam alam Islam buat selama-lamanya.

Wallahu a'lam…

--
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan Seluruh Alam"

PakNgah
http://pakngah70.blogspot.com/

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke