Wa'alaykumussalam... tanggungjawab ibubapa untuk memastikan makanan yang dibeli untuk seisi keluarga, halal dan tiada syubahat.. tetapi sejauh mana ibubapa berkemampuan untuk mengawal kesemua pembeliannya.. mungkin ada yang terlepas pandang.. disinilah peranan utama pihak yang berwajib, samada JAKIM, Kementerian Dalam Negeri dan apa jua Kementerian yang bertanggung jawab.. memastikan setiap barangan yang diimport mematuhi kriteria2 yang ditetapkan, ditapis pengimportannya dari masa ke semasa. Harus ada undang2 yang ketat dan keras kepada mereka yang melanggar undang2 berkaitan umat Islam, cthnya dalam bab pemakanan, premis makan.. dikenakan tindakan undang, menyita/menutup premis makanan atau kilang pembuatan makanan, pusat penyembelihan yang memalsukan logo halal. Malangnya, yang mengaku beragama Islam dan duduk dikerusi2 yang dipertanggungjawabkan tidak merasa berat akan masalah yang semakin meruncing, sebaliknya mengambil ringan, dan remeh perkara2 ini seolah2 ianya ada kes kecil. Kerana tidak prihatin dan kurangnya keimanan serta jahil maka kita boleh lihat anak2 muda melayu Islam menyajikan/bersubahat/menjual minuman arak di 7-Eleven tanpa ada tegahan/bantahan. Seharusnya sebagai sebuah kerajaan yang diterajui oleh pemipin2 yang majoriti beragama Islam sudah lama menyelesaikan masalah2 yang mudah ditanggani ini. Jika dikatakan tiada dana, maka dengan kompaun/denda juga yuran yang dikenakan kepada premis makanan/ kilang/ individu sudah dapat sekurang2nya membiayai petugas penyemak status halal. Pekerja boleh diambil dari kalangan orang melayu Islam sendiri yang ketandusan mencari peluang pekerjaan.
 
Ingatlah, wahai pemimpina samada dalam Kerajaan bahagian atasan, di jabatan dan kementerian, tanggungjawab anda kepada ummah Islam.. sekiranya tidak diselesaikan masalah ummah ini.. kelak diakhirat kami akan menuntut atas ketidak adilan, kelemahan anda dalam menguruskan masalah2 ini.. hingga mengakibatkan kami bergelumang dengan dosa kerana memakan makanan haram. riba dsbnya.. WALlahu'alam


[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:

Assalammu'alaikum.......

 

Saya tertarik untuk respon terhadap topik ini.  Berdasarkan pemerhatian saya, saya dapati memang menjadi kebiasaan masyarakat Melayu Islam di Malaysia kurang prihatin tentang isu ini.  Kebanyakan mereka mengambil langkah mudah dengan beranggapan semua makanan yang terdapat di pasaran Malaysia adalah terjamin halal.  Kalau diperhatikan, banyak 'jajan-jajan' atau makanan ringan anak-anak kita yang tiada tanda halal dari Jakim tetapi diambil oleh anak-anak atas kebenaran ibubapa mereka.  Ini terutamanya manisan seperti gula-gula "FruitPlus" dan "Sugus".  Saya amat pasti ramai ibubapa yang biasa membelikan anak-anak mereka dengan 2 contoh gula-gula yang saya nyatakan di atas.  Tetapi pernahkah anda sedar bahawa tiada tanda halal dari Jakim pada bungkusannya?  Banyak lagi sebenarnya makanan ringan kanak-kanak yang kita tidak pasti kehalalan dan kesuciannya tetapi diambil oleh kanak-kanak atas kebenaran ibubapa kerana kita terlalu mengambil mudah tentang perkara ini.  Fikir-fikirkanlah......



[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:


>
>Assalamualaikum.....
>
>Saya ingin menarik perhatian saudara/saudari muslim yang  dirahmati Allah
>tentang satu produk roti yang amat digemari  oleh sebahagian daripada kita
>iaitu Roti Boy. Kalau anda prihatin tiada logo halal Jakim yang terdapat di
>premis-premis perniagaan ini  mahupun dibalutan plastik roti tersebut. Saya
>pernah bertanyakan  Manager di Premis Roti Boy di Subang Parade, Subang
>Jaya tentang ketiadaan  tanda halal Jakim tersebut. Menurut Manager
>tersebut memang mereka  tidak mempunyai tanda tersebut...... Hari ini saya
>berpeluang untuk bercakap sendiri dengan seorang pegawai Jakim, Putrajaya
>iaitu PN. Najibah - no tel - 88864851. Menurutnya, Pihak Roti Boy setakat
>hari ini tidak pernah memohon untuk mendapatkan status halal daripada pihak
>Jakim. Jadi nasihat Pn. Najibah ..selagi belum terbukti tahap halalnya
>produk tersebut  sebaik-baiknya kita  jangan makan.
>
>Jadi ...saya sekadar menjalankan tanggungjawab saya sebagai  saudara
>ISLAM..terpulanglah kepada budi bicara dan rasa hati masing-masing untuk
>menentukannya. Ingatlah bahawa  apa jua yang kita makan akan menjadi darah
>daging kita  dan tahap ketaqwaan seseorang itu turut  bergantung terhadap
>apa yang dimakannya.....
>
>Yang baik itu semuanya dari Allah ....dan buruk itu dari kelemahan saya
>jua.......TQ
>
>
>
>  GåmâTherâpy®
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>---------------------------------
>  Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.

_________________________________________________________________
Block pop-up ads with MSN Toolbar. http://toolbar.msn.com.my/




Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com


Meet your soulmate!
Yahoo! Asia presents Meetic - where millions of singles gather

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke