(Assalamu'alaikum wrb) dan Salam Sejahtera,

"Satir"  maksudnya batasan bagi orang yang solat. orang yang solat di atas
sajadah bererti sajadahnya itu dianggap sebagai satir. Orang solat di atas
lantai ruangan yang luas begitu juga orang yang solat di padang pasir
misalnya, disuruh membuat satir atau batas. satir itu boleh dibuat dengan
memacakkan kayu di hadapan kita, boleh dengan menggaris tanah, boleh dibuat
dengan meletakkan sesuatu benda dan sebagainya.

Diriwayatkan oleh Abdul Razaq, bahawa Umar bin Khattab melihat seorang
pemuda sedang mengerjakan solat. Beliau berkata pada pemuda itu: "Wahai
pemuda, majulah ke depan dan dekatkan badanmu ke tiang itu supaya ia
menjadi
satirmu. Jangan biarkan syaitan mempermainkan solatmu. Ini bukanlah saya
katakan sendiri tetapi yang aku dengar dari Rasulullah SAW."

Riwayat dari Ibnu Abi Syaibah, dari Umar bin Khattab mengatakan: " Apabila
solat salah seorang kamu hendaklah solat dengan satir supaya syaitan tidak
lalu dihadapannya ."

Umar bin Khattab adalah manusia yang amat mementingkan masalah satir.
Apabila beliau tidak mendapat sesuatu untuk dijadikan satir, beliau
letakkan
songkoknya di hadapannya ketika solat. Apabila beliau melihat orang
mengerjakan solat tanpa satir atau batasan, beliau duduk di depan orang
yang
solat itu untuk menjadi satir. Ini maksudnya supaya jangan ada lagi orang
yang lalu di antaranya dan diantara orang yang solat itu.

Riwayat dari Abdul Razaq, yang diterima dari Abdullah bin Syaqiq
mengatakan:
Umar bin Khattab lalu di tempat orang yang mengerjakan solat dalam tidak
memakai satir. Setelah orang itu selesai solat, beliau berkata: " Kalau
engkau tidak membuat satir, nanti orang akan lalu di hadapanmu. Tetapi
kalau
tahulah orang yang lalu itu bagaimana dosanya lalu di hadapan orang yang
solat, dia tidak akan melakukannya".

Apabila kita sedang mengerjakan solat, kemudian nampak orang yang mahu lalu
di hadapan kita, maka kita berhak melarangnya. Umar ada mengatakan: "
Jangan
biarkan orang yang lalu di hadapanmu kerana jika dia lalu akan diiringi
oleh
syaitan."

( Daripada buku yang berjudul UMAR IBNUL KHATTAB â?? KEPUTUSAN HUKUM &
FATWA
â?? FATWANYA ).

Daripada saya pulak, kalau boleh sebarkanlah perkara di atas kepada
saudara/i kita yang lain sebab saya sendiri tengok ramai yang tidak tahu
tentang perkara ini. Insya'allah...











------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Stop an Abortion Today. Give Women Options for Life. You can help change a heart
http://us.click.yahoo.com/nfct9A/sp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke