SURABAYA, Indonesia 13 Nov. - Pakar biomolekul, Dr. CA Nidom MS mendakwa pengubatan tradisional menggunakan tanaman dan herba seperti temulawak, kunyit dan lidah buaya mampu mencegah dan menyembuhkan selesema burung.

Beliau berkata, pengubatan selesema burung tidak memerlukan teknologi yang tinggi seperti yang dipercayai dan diperkatakan di kalangan doktor serta masyarakat.

Nidom juga menyatakan struktur virus selesema burung mudah dihapuskan dengan menggunakan sabun.

``Virus selesema burung amat sensitif kepada bahan disinfektan termasuk bio-disinfektan. Oleh itu ia tidak memerlukan teknologi canggih untuk menghapuskannya.

``Pengubatan herbal sudah cukup untuk merawat jangkitan virus berkenaan,'' katanya.

Menurut Doktor Bersekutu Haiwan Unggas Indonesia itu, negara tersebut sudah mempunyai banyak bahan herba yang boleh digunakan dalam membendung penyebaran virus berkenaan seperti lidah buaya, temulawak dan kunyit.

``Temulawak dan kunyit yang mudah dimakan dalam bentuk minuman boleh mencegah peningkatan toksin dalam badan yang timbul akibat jangkitan selesema burung terutama virus H5N1.

``Ia sangat berkenaan di mana kandungannya berpotensi sebagai bahan penghalang sintesis toksinnya,'' katanya.

Beliau menambah, lidah buaya pula mengandungi bahan emodin dan scutellaria yang berfungsi sebagai bahan antiviral.

``Bahan-bahan berkenaan mampu menghancurkan enzim virus selesema burung,'' ujarnya.

Bagaimanapun, ahli-ahli farmasi masih menunggu Fakulti Farmasi merumuskan penetapan penggunaan bahan-bahan herba berkenaan bagi melawan virus itu. - Agensi



--
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan Seluruh Alam"

PakNgah
http://pakngah70.blogspot.com/

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke