SERANGAN BOM BERANI MATI :

Tuduhan Dan Hakikat Perjuangan

 Setelah bertahun-tahun diburu, akhirnya Dr Azhari Husin, 48, seorang ahli kumpulan Jemaah Islamiyyah (JI) yang paling dikehendaki oleh Polis Indonesia terkorban bersama-sama dua orang pembantunya di dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah yang terletak di Batu Malang, Jawa Timur pada 9hb November yang lalu. Beliau didakwa menjadi perancang utama di dalam beberapa siri serangan bom di Indonesia. Pada hari yang hampir sama, berlaku letupan bom di tiga buah hotel di Amman, ibu negara Jordan. Di dalam kejadian tersebut, seramai 59 orang termasuk 11 rakyat asing terkorban manakala lebih 100 lagi cedera. Letupan tersebut melibatkan dua hotel mewah, Hotel Radisson SAS dan Hotel Grand Hyatt. Satu lagi letupan berlaku di Hotel Days Inn yang sering menjadi tumpuan golongan tokoh-tokoh korporat dan pelancong Barat [Utusan Malaysia 10-11hb Novembar 2005].

Dr. Azhari pada hakikatnya merupakan manfestasi daripada gerakan Islam yang lahir daripada kebencian terhadap negara-negara kuasa besar seperti Amerika dan British yang tidak henti-henti melakukan pencerobohan dan campurtangan di dalam dunia Islam. Kebencian tersebut ditunjukkan melalui siri serangan bom ke atas lokasi-lokasi kepentingan Barat. Walaupun begitu, seringkali terdapat kesangsian di dalam beberapa kejadian tersebut sehingga menyebabkan kita terfikir adakah pengeboman ini benar-benar berjaya menakutkan Amerika dan sekutunya ataukah mereka pula yang mengambil kesempatan daripada serangan-serangan   tersebut?

Kesangsian ini ada asasnya berdasarkan beberapa peristiwa yang berlaku sebelum ini. Terdapat dua peristiwa yang menunjukkan tidak semua serangan bom ke atas orang awam itu dilakukan oleh orang Islam. Peristiwa pertama merujuk kepada kejayaan penduduk tempatan Iraq menangkap dua orang rakyat Amerika yang menyamar dengan memakai pakaian Arab ketika cuba untuk meletupkan bom jerangkap samar pada sebuah kereta di tengah-tengah kawasan penempatan penduduk awam di Barat Baghdad pada 11hb Oktober lepas. Namun begitu tidak berapa lama kemudian kawasan tersebut tiba-tiba dikepung oleh tentera-tentera Amerika yang kemudiannya membawa kedua-dua rakyat Amerika itu pergi, meninggalkan para penduduk kehairanan [ al Quds Press]

Peristiwa kedua merujuk kepada  penangkapan dua anggota perisikan British oleh polis Iraq di al Basra, sebuah bandar di selatan Iraq. Kedua-dua perisik itu dituduh cuba menyebabkan letupan di al Basra. Tetapi kedua-duanya telah berjaya dilepaskan daripada tahanan oleh tentera-tentera British dengan menggunakan kereta kebal. Peristiwa ini telah menjejaskan hubungan antara pihak polis Iraq dan tentera British [ al Quds Press].

Kedua-dua peristiwa di Iraq itu menimbulkan persoalan kepada kita, siapakah yang sebenarnya melancarkan siri serangan bom ke atas penduduk awam di Iraq selama ini? Hakikatnya, kejadian-kejadian ini merupakan contoh-contoh jelas bagaimana Amerika dan British mencetuskan ketidakstabilan di dunia Islam agar mereka dapat terus campurtangan di dalamnya.

Kewujudan skuad pengebom berani mati dalam gerakan Islam seperti  Hamas dan Jemaah Islamiyyah (JI) telahpun diketahui umum. Mereka ini wujud akibat dari perasaan tanggungjawab atas kesengsaraan yang melanda dunia Islam pada ketika ini dan merasakan perlu melakukan sesuatu untuk membela nasib umat Islam. Demi untuk membela umat Islam, mereka sanggup untuk mengorbankan jiwa mereka dan mereka yakin bahawa   tindakan tersebut diredhai oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Amerika kemudiannya bertindakbalas melalui pendekatan 'reverse psychology' - memutarbalikkan kenyataan itu dengan mengatakan ia adalah suatu perbuatan ganas semata-mata dan tidak ada kena-mengena dengan ajaran Islam. Bahkan propaganda mereka itu menjangkau lebih jauh dari itu - mereka menganggap bahawa sebarang   slogan yang mengutuk atau membenci tindakan mereka adalah seruan-seruan yang boleh mencetuskan  keganasan dan oleh itu ia juga dikatakan sebagai  sesuatu yang ganas. Akibatnya sesiapa yang mengkritik dan melaungkan slogan anti-Amerika akan dilabel sebagai pencetus keganasan. Jika mengkiritik British pula, seseorang itu akan dianggap penjenayah dan boleh ditangkap.   Menyuarakan pendapat yang bertentangan dengan Barat dianggap fundamentalis. Menyuarakan pandangan yang bertentangan dengan pemimpin yang menerapkan sistem selain daripada Islam dianggap pengganas dan mengancam keselamatan masyarakat. Maka di manakah prinsip kebebasan bersuara yang menjadi asas sistem demokrasi Barat? Adakah prinsip ini benar-benar wujud atau sekadar menjadi kempen atau slogan Barat yang 'mempersonakan'?

Sikap Umat Islam

Pada masa ini, pelbagai pihak menuding jari ke arah  al Qaeda kerana mendakwa merekalah yang menjadi dalang di sebalik kejadian di Amman, Jordan. Hakikatnya, sebagai seorang Muslim, kita juga tidak terlepas daripada kesan tuduhan tersebut. Sebagaimana yang menimpa umat Islam di Eropah, khususnya di Britain yang hidup di dalam kebimbangan kerana masyarakat Barat mula bersikap syak wasangka terhadap mereka. Umat Islam dicaci dan bahkan diancam secara fizikal. Umat Islam tidak lagi bebas untuk bergerak di negara-negara barat sebagaimana dahulu. Perilaku setiap Muslim diperhati dan disiasat jika keadaan memerlukan. Barat dilihat mempunyai pelbagai justifikasi untuk menyerang kaum Muslimin dengan keganasan-keganasan yang berlaku ketika ini. Maka untuk berlepas diri, ramailah pemimpin dan kaum Muslimin yang turut mengutuk orang-orang Islam yang terlibat di dalam siri serangan bom ini.

Memang benar, Islam tidak mengizinkan sebarang tindakan ganas yang boleh membunuh orang-orang awam yang tidak berdosa, tetapi pada masa yang sama, Islam juga tidak membolehkan kita menuduh orang lain tanpa mendatangkan bukti-bukti yang nyata hanya semata-mata untuk berlepas diri. Tanpa disedari atau tidak, dengan tindakan seumpama ini, kaum Msulimin telah mengikut telunjuk Barat dan seterusnya menyebabkan orang Islam yang lain diperlakukan dengan undang-undang rimba ciptaan Barat. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa" [TMQ Al Hujurat (49):12]

Umat Islam seharusnya menyedari bahawa pada hari ini, kita juga sebenarnya membenci tindakan-tindakan kaum kuffar Barat sepertimana kebencian yang ada pada Dr Azhari dan rakan-rakan seperjuangannya serta kita ingin sekali melihat bilakah Amerika dan sekutu-sekutunya akan dikalahkan oleh Islam dan seterusnya   keamanan di bumi kaum muslimin dikembalikan.

Namun harus kita ingati bahawa sampai bila-bila pun umat Islam tidak akan mampu menentang Amerika dan sekutu-sekutunya selagi mereka berada di dalam keadaan yang berpecah-belah. Hanya dengan penyatuan di bawah sebuah kepimpinan politik sahajalah umat Islam akan berupaya untuk berhadapan dengan kuasa-kuasa besar ini. Apa yang penting, kita mestilah menetapkan keyakinan dan berpegang teguh kepada Islam. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

"Mengapa kami tidak bertawakal kepada Allah padahal dia telah menunjukkan jalan kepada kami, dan kami sungguh-sungguh akan bersabar terhadap gangguan-gangguan yang kamu lakukan kepada kami. Dan hanya kepada Allah saja orang-orang yang bertawakkal itu berserah diri" [TMQ Ibrahim(14): 12]

Sesunguhnya tidak cukup bagi kita untuk hanya berdoa dan bertawakkal tanpa berusaha. Usaha membina semula negara Islam yang telah diruntuhkan 81 tahun yang lalu bukanlah sesuatu yang mudah, namun begitu, bukanlah sesuatu yang bersifat mustahil. Pada waktu yang sama, dalam menegakkan semula Daulah Islam ini, kita haruslah dengan teliti memerhatikan agar usaha ini dilaksanakan menurut tareqah yang ditunjukkan oleh Rasululllah Sallallahu 'alaihi wasallam 100% dan tidak terperangkap di dalam sistem yang ada pada hari atau 'dipaksa' mengikut tareqah yang bertentangan dengan syara'.

Tareqah Rasulullah

Pada ketika ini, banyak gerakan Islam bergerak dengan pelbagai tareqah yang berbeza dalam usaha untuk menegakkan kembali syiar Islam. Persoalannya, bagaimana kita dapat membuat keputusan yang manakah berada pada jalan yang benar?   Apa yang pasti, Rasulullah saw tidak pernah menganjurkan sebarang tindakan kekerasan ke atas penduduk kafir Mekah ketika peringkat awal dakwah baginda walaupun ketika itu terdapat kaum Muslimin yang terbunuh akibat disiksa oleh pemuka-pemuka Quraisyh. Tareqah Rasulullah inilah yang merupakan satu-satunya kaedah yang benar untuk mengembalikan kehidupan Islam yang amat kita rindui sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

"Sesunggguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmah) Allah dan (Kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah"  [TMQ Al Imran(3):21]

" Katakanlah : jika kamu (benar-benar) mencintai Allah ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu" [TMQ Al Imran (3):31]

"Apa saja yang diberikan Rasul kepadamu terimalah dia, dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah " [TMQ Al Hasyr (59):7]

Sepertimana amalan-amalan lain di dalam Islam, dakwah juga tidak terlepas daripada ketetapan-ketetapan yang telah ditentukan oleh Syara'. Izin dakwah hanya diperolehi daripada Allah, bukannya daripada yang lain. Melalui tareqah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah, para pemikul dakwah harus bersikap terbuka, berani, jelas dan menentang segala sesuatu yang bertentangan dengan Islam, baik ia berupa agama, ideologi, pendapat, konsep, sistem, kebiasaan mahupun tradisi. Matlamat dakwah adalah untuk mengembalikan kehidupan Islam yang   sebenar ke dalam masyarakat sebagaimana yang dikehendaki oleh Syara'.

"Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang di turunkan Allah "  [TMQ Al Maidah ( 5) : 49].

Menelusuri sirah Rasulullah, kita akan dapat menyimpulkan bahawa tareqah yang ditempuh baginda dapat dibahagikan kepada tiga tahap yang utama;

(i)        Tahap Pembinaan (Marhalah Tatsqif). Di dalam tahap dakwah ini, dakwah dijalankan dengan menumpukan kepada pembinaan-pembinaan intensif (Tatsqif Murakkaziy) di dalam halaqah-halaqah khusus untuk melahirkan kelompok-kelompok yang bersedia untuk memikul dakwah.

(ii)                 Tahap Interaksi dengan umat (Marhalah Tafa'ul). Ia dijalankan tanpa sebarang tindakan fizikal/keganasan dalam rangka untuk memperjelaskan pemikiran dan penyelesaian daripada Islam kepada   umat melalui pembinaan-pembinaan umum (Tatsqif Jama'iy) serta mendorong mereka agar turut serta berganding bahu dengan para pemikul dakwah untuk mengembalikan kehidupan Islam yang sebenar di  dalam masyarakat dan negara.

(iii)                Tahap Penerapan Hukum (Marhalah Tathbiq) melalui dokongan kuasa politik (Thalab al Nushrah). Pada peringkat ini, hukum Islam diterapkan secara sempurna dan dakwah Islam diserukan ke seluruh dunia.

Khatimah

Matlamat perjuangan gerakan-gerakan Islam seperti Hamas dan Jemaah Islamiyyah adalah untuk melihat syiar Islam kembali ditegakkan. Mewujudkan sayap perjuangan seperti skuad pengebom berani mati mungkin benar untuk suatu keadaan tetapi tidak di dalam keadaan yang lain. Ia merupakan suatu tindakan yang terpuji di dalam peperangan sebenar atau sebagai langkah mempertahankan diri tetapi tidak diizinkan sekiranya ia dilakukan di tempat-tempat awam dalam keadaan biasa.

Keagungan syiar Islam hanya dapat dicapai melalui tareqah yang ditempuh oleh Rasulullah. Setelah itu, Islam diterapkan secara keseluruhan di dalam kehidupan peribadi dan masyarakat. Ini adalah pra-syarat untuk umat Islam merasai darjat kehidupan manusia yang bermaruah dan mulia. Penerapan Syariat Islam secara sempurna hanya boleh diperolehi dengan menegakkan semula institusi Khilafah Islamiyah melalui tareqah dakwah Rasulullah. 

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam diutus ke dunia bukanlah sekadar untuk memperbaiki akhlak dan mengajarkan aspek-aspek kerohanian semata-mata. Baginda diutus ke dunia untuk memenangkan Deen Islam ke atas seluruh Deen di dunia ini:

"Dan Dialah yang telah mengutus RasulNya dengan petunjuk dan Deen yang benar untuk dimenangkanNya atas segala Deen (yang lain), walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai" [TMQ At Taubah(9):33]            

Wallahua'lam

"Petikan dari Artikal 'Sautun Nahdhah'...dapatkan naskah anda hari ini"



--
Wanna feel something new ??? Visit www.mykhilafah.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke